Saturday, May 30, 2009

SIAPA PENGUMPUL HADITS, TUAN?

"Baiklah tuan" ujar sang penanya,"Bolehkah saya menanyakan hala hal yang lain? Dan saya minta maaf telah mendesak anda. Tapi hal itu saya lakukan kerana saya ingin mengetahui sejauh mana kebenaran Islam. Dan kalau memang terbukti benar tentu saja saya berniat untuk menganutinya."
"Ya.....tidak apa apa tuan. Memang sudah semestinya anda menanyakan sebelum anda menganutnya. Saya kagum kepada ketelitian dan ketulusan tuan. Bahkan sekali lagi saya minta maaf kepada anda, kerana saya tidak dapat banyak menolong anda. Dan mengenai pertanyaan andfa, saya fikir saja, semoga saya dapat membantu anda."
"Terimakasih tuan. Pertanyaan saya menyangkut dasar Islam yang lain. Ia itu hadits, sebagaimana anda terangkan tadi."
"Oh.....Silakan, tuan."
"Baiklah, terima kasih. Pertanyaan saya adalah siapa pengumpul kata kata atau perbuatan Nabi itu, tuan? Apakah juga Utsman?" soal sipaenanya tadi.
"Oh tidak. Pengumpulnya banyak. Misalnya Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i dan lain lain."
"Apakah mereka itu juga sahabat sahabat besar Nabi, tuan?" tanyanya.
"Bukan!" jawab sang guru," Mereka adalah orang orang besar yang rata rata lahir sekitar akhir atau setelah abad kedua setelah wafatnya Nabi."
Setelah sang guru menjawab, dalam hatinya ada rasa keheranan. Kerana ia melihat sang penanya yang duduk didepannya mengerut keningnya. Pertanda ada sesuatu yang ia fikirkan atau ada sesuatu yang ia anggap aneh lagi. Tapi apa?
Setelah termangu sebentar, sang penanya meneruskan soalannya.
"Bagaimana caranya mereka menulis tuan. Bukankah jarak mereka dengan Nabi anda sangat jauh."
Sang tokoh tersenyum, kerana ia telah memperkirakan pertanyaan tersebut, dan ia telah mempersiapkan jawapannya. Maka langsung saja ia menjawab tanpa ia sedari bahawa ia akan tyerjepit lagi dengan jawaban nya.
"Mereka itu menulis dari orang orang yang pernah mendengar suatu hadits melalui orang orang lain, hingga sampai kepada Nabi."
"Sampai berapa orang kira kira, sehingga menyambung kepada Nabi?" Soal sipenanya pula.
"Ya.....boleh jadi lima orang atau lebih," jawab sang guru. Masih belum menyadari bahawa ia akan terjepit lagi.
"Apakah mereka boleh dipercaya, tuan?" Sipenanya mulai mempemasaalahkan keabsahan salah satu dasar agama Islam.
"Oh.....sudah tentu dapat dipercaya. Mereka itu dapat dipercaya. Mereka diteliti melalui sejarah. Ya...yang memang terbukti tidak dapat dipercaya atau bukan orang orang yang sholeh, haditsnya akan digugurkan." Jelas sang guru meyakinkan sipenanya.
Tapi ya.....dasar orang kafir, ia tidak terikat dengan ini atau itu mengenai Islam. Maka ia tanyakan apa saja yang ingin ia tanyakan. dan sudah tentu dengan bahasa yang lepas bebas. Maka ia bertanya sambil mendesak sang guru lagi.
"Tuan," katanya," kalau demikian halnya maka agama tuan yang anda fahami dan bawa belum tentu benar."
"Kenapa begitu?" Sang guru keheranan.
Ya.....kenapa ya?"

Wednesday, May 27, 2009

TIDAK MUNGKINKAH TUHAN TUHAN BERKERJASAMA....?

Sang guru masih ngelamun.

Sang penanya berkata lagi.

"Baik tuan, katakanlah Tuhan Maha Sempurna, Suci dan Kuat sehingga tak ada yang lebih bijak atau lebih kuat.Tapi itukan kalau dihubungkan dengan kita sebagai makhluk. Tapi kalau dinubungkan dengan sesama Tuhan bukan kah hal itu mungkin mungkin saja tuan. Dan kalau tidak mungkin apa dalilnya? Atau bisa saja malah diantara sesama Tuhan tidak bertengkar. Bisa saja bahkan mereka hidup rukun dan berkerjasama dalam penciptaan. Sehingga dengan demikian tidak akan ada perselisihan seperti yang anda katakan atau khawatirkan tadi. Sebab kalau kita saja suka kepada kerukunan, apalagi Tuhan. Dan kalau anda katakan 'tidak mungkin', kerana Tuhan tidak boleh berkerjasama kerana hal itu akan menunjukkan kekurangannya, apa dalilnya. Kita sesama makhluk berkerjasama,mengapa tidak mungkin sesama Tuhan berkerjasama? Bukankah hal itu tidak bisa dikatakan bahawa Tuhan bersifat seperti makhluk Nya yang kekurangan? Sebab, makhluk nerkerjasama dengan makhluk dan minta tolong kepada Tuhan, dan Tuhan berkerjasama dengan Tuhan dan mereka tidak perlu bantuan makhluk? Atau, katakanlah Tuhan mempunyai kesamaan sifatdengan makhluk, lalu kenapa? Misalnya anda katakan bahawa Tuhan mempunyai sifat wujud, hidup. Bukankah kita juga hidup dan wujud?"
Wah.........susah ni? (fikir sang guru). Yang satu masih belum terjawab datang lagi persoalan yang lain yang tak kalah susahnya. Mau saja di usirnya sang penanya ini, atau dia bangun saja meninggalkan majlis, malah mengajaknya bertengkar dan berkelahi saja, tapi (ia fikir) apakah begitu saorang yang mengaku pembela Islam? Membela Islam dengan kekurangan dan kebodohan? Ah........tidak......tidak.......aku tidak boleh berlaku begitu.
Kini dia semakin sedar bahawa ilmunya tidak dapat dengan baik menolong orang lain yang ingin mengetahui Islam. Maka dengan itu ia segera memutuskan untuk minta maaf atas kekurangannya itu dengan katanya:
"Maaf Tuan, dalam soal ini saya tidak dapat menjawabnya."

Tuesday, May 26, 2009

DARI BEIRUT KE JERUSALEM



"Saya mempercayai kebaikan negara negara 'Kristian' Barat dan kebenaran negara Israel. Saya menyangka saya arif tentang kitab Injil dan Tuhan berada di pihak KAMI."


"Cerita kegemaran saya dalam Old Testament pada masa itu adalah bagaimana Joshua menawan Jericho dan kisah David dan Goliath. Saya bergembira dengan kemenangan tentera Israel. Seperti rakan rakan Kristian yang lain, saya merayakan'kejayaan agung' tentera Israel dalam 'Perang Enam Hari' pada 1967, sekaligus tertawannya Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Saya menunggu nunggu hari penubuhan negara Israel sebagai saat untuk diraikan."


"Namun pada pagi itu, diShabra dan Shatila, Tuhan telah mencabut rasa megah yang menebal dihati saya. Saya disuakan dengan jasad jasad yang bergelimpangan dilorong loreong kecil disitu. Melalui mereka saya menemui erti agama dan Tuhan. Dosa bukan lagi urusan minda dan intelek. Dalam masa beberapa detik sahaja, dosa kebencian , pembunuhan, militerisme, ketamakan, amarah dan kekejaman telah diterjemahkan kedalam jasad jasad remuk mangsa......."

Bagi sesetengah orang jenayah peperangan adalah dosa yang dilakukan oleh orang lain: dan itulah hakikatnya. Tetapi pada pagi itu, dan ditengah tengah bahang matahari Beirut,saya mengerti- rakyat Palestin dibunuh kerana, secara kolektif, kita membenarkannya berlaku.


Seperti peristiwa penyaliban Nabi Isa, sesetengah penganut Kristian menyalahkan pemimpin Yahudi ketika itu; sementara yang lain menyalahkan Pontius Pilate dan orang Rom. Malah ada pula pihak yang menyalahkan orang ramai yang menjerit, 'salib dia'. Justru, saya sering bertanya-"tangan siapakah yang dipenuhi darah rakyat Palestin?"


Stelah berkali kali memeriksa diri, saya membuat kesimpulan bahawa darah rakyat Palestin turut membasahi tangan saya. Sehingga kesaat itu, saya masih berprasangka dan bersikap berat sebelah. Saya tidak boleh memaafkan diri sebdiri dengan berlindung disebalik dakwaan kejahilan.


DARI BEIRUT KE JERUSALEM


DR.ANG SWEE CHAI.







Monday, May 25, 2009

DARI MANA TUAN TAHU BAHAWA........

"Sebab kalau Tuhan yang satu itu bersaing dengan melakukan apa yang anda katakan ini maka pastilah tuhan yang lain tidak akan membiarkannya. Dan pasti akan timbul pertengkaran yang akan membawa kehancuran alam semesta ini , tuan." Jelas sang guru.
"Tuan, bagi saya pertengkaran itu belum tentu membawa kehancuran. Sebab, tuhan tuhan itu kan berkuasa untuk tidak membuat kehancuran. lagi pula bisa saja tuhan tuhan yang lain itu membiarkan tingkah tuhan yang satu itu kerana mereka tidak memerlukan poengaruh dari manusia, tuan."
"Ah, .....hal itu tidak mungkin, tuan." kata sang guru,"Tak akan ada tuhan begitu. Ada yang buat masaalah dan ada pula yang mengalah...."
"Laa......Kenapa tidak mungkin? Apa alasannya, tuan?'
"Sebab, Tuhan itu Maha Sempurna" kata guru "kerana itu tidak mungkin ada yang lebih bijak dari Nya sehingga ada yang mengalah atas kelakuan Nya; atau Tuhan itu Maha Suci, hingga tak mungkin Tuhan itu akan saling berebut pengaruh; atau Tuhan itu Maha Berkuasa dan Kuat, hingga tidak mungkin ia membiarkan yang lain menganiayaiNya."
"Dari mana tuan tahu bahawa Tuhan mempunyai sifat sifat seperti itu? Dan bukan kah tuab sendiri yang mengatakan bahawa kalau ada lebih dari satu tuhan akan timbul persaingan? Lagi pula kalau anda boleh mengatakan bahawa tuhan tuhan itu akan bersaing, mengapa saya tidak boleh mengatakan bahawa sebahagian dari mereka ada yang mengalah? Bukankah yang saya katakan masih lebih baik dari apa yang anda katakan, sebab masih ada sebagian yang lain yang masih ada sifat kesempurnaan? Dan kalau saya dalam perkataan saya itu apa yang anda jadikan dalil untuk menyalahkan saya?" Soal sang penanya terus mendesak. Sang guru tak mampu menjawab. Dia bahkan hanyut dalam lamunan.
Celaka! Sang guru makin bingung. Kata kata sang penanya sekilas nampak lucu dan mengada ngada. Tapi.....bagaimana mau menjawabnya?.......Kalau dijawab dalilnya alQur'an, dalam hal ini alQur'an masih belum dapat dibuktikan kebenarannya. Dan justru sekarang ini dalam merangka membuktikan kebenaran alQur'an. Dan kalau dijawab semacam itu bererti untuk membuktikan satu ayat perlu ditunjang dengan ayat yang lainyang masih akan dipertanyakan kebenarannya, dan akan begitu seterusnya sampai akhir ayat alQur'an. Memang..... ia pernah mendengar golongan kaum Muslimin yang membolehkan penggunaan akal dalam agama walaupun dalam batas batas tertentu. Tapi dia tidak dapat memanfaatkan i;mu mereka, sewbab ia tidak sealiran dan memang belum mempelajarinya. Walau pun ia telah berpuluh tahun belajar dipendidikan Islam.

TUHAN HANYA SATU.....BUKAN TIGA!

"Sebab didalam alQuran dinyatakan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Dia adalah Allah. Bukan Ahuramazda, Yazdan dan Ahriman." Jawab sang guru dengan wajah berseri-seri kerana ia merasa dapat mempertahankan kesucian alQur'an dengan ucapannya.
"Tuan, anda tidak dapat berdalil dengan ayat yang mengatakan bahawa Tuhan hanya satu itu, lalu anda menutup kemungkinan bahawa Tuhan lebih dari satu." Ujar sipenanya.
"Kenapa?"
"Sebab anda sendiri tidak dapat membuktikan kebenaran ayat itu tuan, kerana keterbatasan akal sebagaimana yang anda katakan tadi. Dan mengenai alQur'an yang tidak bisa ditiru, bukankah telah saya katakan bahawa hal itu hanya membuktikan bahawa alQur'an datang dari Tuhan. Kerana ia mempunyai kekuatan yang tidak bisa dijangkau manusia, tapi tidak dapat dijadikan bukti akan adanya satu Tuhan." Ujar lagi saipenanya.
Wah..... Pening. Sang guru jadi pening. Ia tidak mengira sama sekali permasaalahan akan jadi serumit ini. Bahkan belasan tahun ia belajar, tidak pernah menghadapi permasaalahan seperti ini. Dan kitab yang di bawa oleh beberapa ekor unta itu tidak dapat menjawap pertanyaan sipenanya iniu. Ya, maklumlah, sang guru ini selama belasan tahun hanya belajar dipusat ilmu pengetahuan dari kalangan yang mengharamkan akal dalam agama. Kasihan....Akhornya kerana ia bingung, ia ganti bertanya.
"Apakah hal itu mungkin tuan? Apakah mungkin salah satu diantara Tuhan tuan menurunkan alQur'an dan merubah nama serta mengaku hanya sendirian?" Tanya sang guru.
"Ya, kalau hanya dari jawapan jawapan anda, hal itu mungkin saja. Apalagi anda pernah jelaskan dulu kepada kami bahawa seandainya ada dua Tuhan atau lebih, maka dunia ini akan hancur kerana mereka akan bersaing. Ya, barangkali mereka bersaing khususnya yang satu ini, mung ia ingin mendapatkan pengaruh dari manusia, maka dari itu ia mengaku sendirian dan menurunkan alQur'an. Dan tiga tuhan ini sebenarnya sekedar contoh, sesuai keyakinan kami. Akan tetapi barangkali sebenarnya tuhan malah lebih dari itu." Kata sipenanya tadi.
"Ini tidak mungkin, tuan." kata sang guru.
"Kenapa pula tidak tian?" tanya si penanya pula.

Friday, May 22, 2009

APA YANG RUMITNYA......?

"Apa yang rumitnya, tuan?" tanya sang guru.
"Tadi tuan mengatakan bahawa akal itu terbatas, dan anda mengatakan pula Tuhan ada dan Esa dari alQur'an. Sementara sekarang anda mengatakan bahawa kebenaran alQur'an harus dibuktikan sebelum kemudian mengimaninya. .....Wah......... kalau akal terbatas bagaimana caranya membenarkan ayat ayat alQur'an yang mengatakan bahawa 'Tuhan itu ada' atau 'Tuhan itu Esa dan lain lainnya?"
Sang guru terperangah....Dia bingung,bagaimana harus menjawab nya. Jelas sipenanya yang satu ini bukan sembarangan. Tapi dia berusaha menutupi kebingungannya, walau kurang berhasil. Dia bingun kerana permasaalahannya kian bertambah pelik, padahal sebelum itu tidak pernah ada permasaalah yang serumit ini. Dan satu satunya yang menjadi alat pembuktian kebenaran alQur'an selama ini, kerana tidak adanya orang yang mampu membuat satu ayat pun seperti alQur'an. Dia tidak tau mengapa dulu dia tidak mempermasaalahkan alQur'an seperti sipenanya ini. Tapi, seandainya ia pernah kafir atau dilahirkan dari ibu saorang kafir, maka ia akan tahu bahawa pertanyaan tersebut adalah wajar saja, dan mesti pula ada jawabannya. Tapi apa boleh buat, dia sudah terlanjur memasuki aliran 'anti akal' dalam memahami agama. Maka, tinggal satu lagi jawaban yang ia harap mampu memberi penjelasan mengenai kebenaran alQur'an kepada sang penanya tersebut.
"Tuan, Dalam alQur'an Allah berfirman, bahawa kalau manusia manapun tidak percaya dan ingin membuktikan kebenaran alQur'an maka hendaklah ia membuat satu ayat saja seperti ayat alQur'an. Tapi ternyata sudah beabad abad tidak seorang pun yang mampu melakukannya. Apalagi sampai sati surat, satu juz bahkan satu kitab. Dengan bukti ini dapat ditarik suatu kesimpulan bahawa alQur'an memang datang dariNya." Ujar sang guru. Yakin.
"Baik!" Kata siPenanya. "Dalil anda tadi hanya membuktikan bahawa alQur'an dari Tuhan, bukan dari manusia. Tapi, hal tersebut tidak dapat membuktikan bahawa Tuhan hanya satu. Sebab, seperti agama kami, Majusi, ada tiga Tuhan, iaitu Ahuramazda, Yazdan, dan Ahriman. Nah, barangkali alQur'an itu datang dari salah satu dari mereka. Apa jawab tuan tentang hal ini?"
"Ah....itu tidak mungkin, tuan!" Sergah sang guru.
"Kenapa?"


DAH AGAK DAH.......

LEPAS BALIK KEJE, AKU KE MAHKAMAH PUTRAJAYA BERSAMA FARIZAL DAN TENGKU HASMAWI, NAK DENGAR KEPUTUSAN HAKIN BERKENAAN KES RAYUAN DS.NIZAR DAN ZAMBEROK TU. SEBELUM TU AKU DAH BERSEMBANG DENGAN BEBERAPA ORANG SEKERJA KU DAN AKU BERPENDAPAT BAHAWA SI ZAMBEROK TU AKAN MENANG RAYUAN MEMANDANGKAN KEADAAN SEKARANG BANYAK HAKIM DAH KENA BELI.
KEPUTUSANNYA.......BETUL 1000%.......TAK PAYAH NAK ULAS. SEMUA SKRIP TELAH DISEDIAKAN OEH NAJISALTANTUYA........

Thursday, May 21, 2009

PERCAYA KEPADA ALQUR'AN DULU SEBELUM......


"Anda tadi mengatakan bahawa anda mengetahui bahawa alam ini ada penciptanya, dan penciptanya hanya satu, dari alQur'an. Sementara anda juga mengatakan bahawa alQur'an adalah kumpulan firman Nya. Ya.....bagi saya hal itu cukup aneh, tuan." kata sang penanya.
Rupanya sang guru ini belum faham juga. Dia pun bertanya.
"Kenapa aneh tua?"
"Dengan semua itu, iaitu alQur'an adalah ukuran segala galanya, termasuk ada dan satunya Tuhan dan tidak boleh dengan jalan lain, menandakan bahawa manusia harus beriman dulu dengan alQur'an itu tuan, sebelum mereka mengimani Tuhan itu sendiri. Bukankah hal itu cukup aneh?"
"E.....er....maaf, saudara, saya masih belum faham maksud saudara?" Tanya sang guru ingin penjelasan dari sang penanya.
"Tuan, apakah tidak aneh kalau manusia disuruh mengimani kata kata Tuhan sebelum mengimani adanya Tuhan itu sendiri? Atau mereka disuruh mengimani alQur'an terlebih dahulu sebelum mengimani adanya pengirim alQur'an?" Soal sipenanya.
Sang guru tertegun sejenak. Sekarang ia faham apa maksud sebenarnya soalan sipenanya. Dan ia ada jawapan untuk soalan itu. Maka ia pun berkata.
"Katakanlah itu aneh, akan tetapi yah......memang harus begitulah pada kenyataannya. Sebab, seperti yang saya katakan tadi bahawa akal kita terbatas, yakni tidak akan dapat mengenaliNya. Maka, dengan itu kita harus kembali kepada firman-firman Nya."
"Baik. ...Bererti manusia disuruh percaya kepada alQur'an lebih dahulu sebelum mempercayai Tuhan krerana keterbatasan akal mereka. Begitu bukan? Sekarang saya mau bertanya kepada tuan, bagaimanakah caranya supaya manusia mempercayai alQur'an?" Tanya sang penanya.
"Yah.....kita harus melihat bukti buktinya." jawab sang guru.
"Kalau begitu kita harus membuktikan kenaran ayat-ayatnya, bukan?"
"Benar." Jawab sang guru pendek.
"Wah.....permasaalahnya sekarang bertambah rumit." Kata sipenanya, mengeluh.
Kenapa rumit?

Wednesday, May 20, 2009

KEPADA SIAPA ATAU APA ANDA MERUJUK AGAMA?

"Tapi baiklah....anda tak perlu menjawabnya. Sekarang boleh kah saya bertanya masaalah lainnya?" Ujar sipenanya mengalih pembicaraan kerana dilihatnya sang guru sangat kebingungan.
"Si...silakan." Sang guru memaksa diri mempersilakan sipenanya untuk bertanya.
"Tadi anda mengatakan bahawa agama adalah penentu segala-galanya, dan manusia tidak boleh mempersoalkannya. Apakah masuk akal atau tidak? Pertanyaan saya, kepada siapa atau apa anda merujuk agama?" Sipenanya membuka masaalah baru.
"Kami merujuk kepada alQur'an dan Hadits." Jawab sang guru sambil mencari apa sebenarnya yang difikirkan oleh sipenanya itu.
"Oh....benar! Saya terlupa untuk menanyakannya. Apa sebenarnya alQur'an dan Hadits itu, tuan?" Soal sipenanya setelah berkalih duduk.
Kerana sang guru telah tahu siapa orang yang lebih muda didepannya ini, ia mulai berhati hati dalam menjawab pertanyaan tersebut.
"AlQur'an adalah berasal dari firman firman Tuhan yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad, yang kemudian ditulis ketulang tulang atau kulit kulit kayu dan lain lain oleh para sahabat nya dengan didiktekan kepada mereka. Dan setelah beliau wafat ,maka firman firman itu dikumpulkan dan disusun menjadi suatu kitab oleh atau atas ide sahabat besar beliau yang bernama Utsman bin Affan. Sedangkan Hadits adalah kumpulam kata kata Nabi atau perbuatabnnya." jawab sang guru.
"Aneh juga agama tuan ini!" Sipenanya keheranan. Memang dengan kecerdasannya, dia dapat merasakan keanehan itu sebelum sang guru menyadarinya.
"Apa?.......Apa kata tuan? Aneh?" Sang guru tersinggung. Bingung.
"Benar tuan" Sipenanya terpaksa menjawab, walau dia tau bahawa sang guru sudah mulai tersinggung. Ia sudah terlanjur mengatakan kata kata itu tadi.
"Kenapa begitu?" sang guru ingin tau.

Tuesday, May 19, 2009

SURAT 68: kepada salman al farisi sebelum kekhalifahan Amirul Mukminin.


Amma ba'du. Contoh dunia ini adalah ibarat ular yang lembut dalam sentuhan tapi racunnya mematikan. Oleh kerana itu jauhkanlah diri anda dari apa saja yang nampak baik bagi anda, kerana tinggalnya berserta anda singkat. Janganlah anda cemas atasnya kerana keyakinan anda bahawa ia akan meninggalkan anda dan keadaannya tak tetap. Bilamana anda merasa sangat tertarik kepadanya, jauhkanlah ia sekuat mungkin, kerana bilamana sesaorang telah yakin akan kebahagiaan didalamnya, ia melimparkannya kedalam bahaya; atau bilamana ia merasa aman didalamnya, dunia mengubah keamanannya menjadi ketakutan. Wassalam.


NAHJUL BALAGHAH: PUNCAK KEFASIHAN.
ALIMAM AMIRUL MUKMININ
ALI BIN ABI THALIB A.S.

DENGAN APA ANDA MEMBENARKAN AGAMA ANDA ?

"Tuan, harap anda tahu, bahawa dalam agama kami dan agama agama lain, masing masing mengajarkan bahawa agama agama itulah yang benar, yang lain salah. Lalu, mengapa tuan tidak memilih agama kami saja dan meninggalkan Islam?" Soal si penanya.
Wah.....wajah sang guru mulai memerah. Lebih lebih setelah beberapa tamu lainnya tertawa tertahan. tapi, ya...apa boleh buat, memang dia sendiri yang menyuruh orang orang untuk bertanya apa saja. Sekarang? Apa akan ku jawab.
"Tidak.....Tidak.....Hal itu tidak mungkin akan kami lakukan." Jawab sang guru sambil berfikir untuk mencari jalan keluar dari pertanyaan pertanyaan si penanya yang bertalu yang kelihatan cerdik itu.
"Kenapa tuan?"
"Kerana hal itu merupakan dosa yang paling besar dalam agama kami." Jawab sang guru yang kelihatan jawapannya hanya asal jawab saja.
"Kalau keluar dari agama tuan anda katakan dosa atau dapat murka Tuhan tuan, apakah tuan tidak terfikir bahawa jika kami keluar dari agama kami, kami pun akan mendapat murka dari Tuhan kami?" Tanya si penanya.
Wah......apa akan di jawab? Soalnya bertambah rumit.


Monday, May 18, 2009

APAKAH AGAMA TUAN MENGUNCI MATI AKAL, TUAN?

Apakah agama tuan mengunci mati akal? Soal sipenanya. Kehairanan. Sebab mengikut kata orang, yang didengar orang orang muslim malah ramai nyang pandai.
"Tidakk" sanggah sang guru. "Agama kami tidak mengunci mati akal. Tetapi, yang menyangkut agama kami, mesti mengambil apa apa yang ada dalam alQur'an dan Hadits tanpa boleh bertanya kenapa demikian, misalnya. Sebab, sudah kami katakan bahawa akal manusia terbatas. Maknanya, tidak mampu menjangkau kebenaran hakiki. Berbeda dengan agama yang dapat menjangkaunya."
"Baik, lalu dengan apa anda membenarkan agama anda? Apakah dengan agama anda pula dan tidak dengan akal?" Sang penanya mendesak.
"Be...be...benar." Sang guru menjawap terpaksa, kerana tiada pilihan lain dan sedikit tergagap. Sebab yang selama ini ia pelajari adalah dalam menentukan segala sesuatu harus dengan agama, tidak boleh dengan akal. Lhaa....! Sekarang ditanya dengan apa mengatakan dan membuktikan agama Islam itu benar? Waah.....ini susah menjawabnya........

SABDA YESUS A.S.

Yesus A.S pernah bersabda: CINTA DUNIA ADALAH AKAR SEGALA DOSA. KEKAYAAN DUNIAWI MERUPAKAN SUATU PENYAKIT YANG HEBAT." Mereka bertanya." Apakah penyakit tersebut?"Dia bersabda:"PEMILIK KEKAYAAN TIDAK DAPAT MENGHINDARKAN DIRI DARI SOMBONG DAN BANGGA TERHADAP DIRI SENDIRI." Mereka bertanya ," Seandainya dia bisa menghindari hal itu?" Yesus menjawab:" PENIMBUNAN HARTA KEKAYAAN MENJAUHKAN MANUSIA DARI MENGIGAT TUHAN."

Di kutip dari: The Muslim Yesus.
Tarif Khalidi.

Sunday, May 17, 2009

tERKEnanG KAmpuNG ku.....DOOOluuu...

kampungku.... dulu memang kampung yang sangat indah......sekurang kurangnya ia adalah yang terindah dimataku. bagi orang lain aku tak tau.
untuk kekampung ku hanya ada satu saja jalan penghubung nya dari bandar tangkak. melalui sebuah ladang getah, aku panggil estate, milik sebuah syarikat inggeris. dari bandar tangkak kekampung ku terpaksa melalui sebuah hutan yang agak tebal juga yang ada sabuah sungai yang sangat jernih dan dalam airnya. ah....sangat sejuk dan nyaman. disinilah kami selalu mandi dan bermain. (tapi sekarang segalanya hanya tinggal kenangan kerana sungai itu telah kering kerana kerakusan manusia atas nama pembangunan).
sebuah jambatan kayu dibena melintasi sungai tersebut. ditebing sungai ditumbuhi dengan pokok kayu yang besar besar, ada yang lebih sepemeluk besarnya. ada yang hampir tumbang kedalam sungai, yaa,,,,sangat indah dan cantik. sungguh sebuah hutan malar hijau yang sempurna.
dari atas jembatan tersebutlah aku dan kawan kawan ku akan terjun diving seperti tarzan. ada juga yang berani terjun dari pokok yang hampir tumbang tersebut. dan ada yang lebih berani lagi akan terjun secara bergayut macam tarzan kedalam sungai dari dahan pokok yang tinggi sambil mengigit sebilah pisau dimulutnya. macam tarzan sungguh. sambil menjerit dan melaung juga macam tarzan.
ya....tarzan....waktu itu filem tarzan sangat sering diputar dipawagam dengan pelakun pujaan kami....johnny wesmuller......dengan rambut panjangnya dapat berkawan dengan binatang binatang dihutan.....sangat mengagumkan.....dan kami seperti sebahagian dari diri tarzan itu sendiri.
kami terjun...berenang....menyelam...kemudian kami akan melakunkan watak watak dalam cerita tarzan tersebut. ada orang jahatnya yang kami akan bergaduh dan bertumbuk. bertembak pakai senapang kayu. cuma yang tak adanya adalah jean, watak perempuan yang menjadi heroin filem tarzan itu. mana nak cari perempuan dalam permainan macam itu.


Saturday, May 16, 2009

SIAPA ALLAH....TUAN?

"Siapa Allah yang dapat mengetahui isi hati itu, tuan?"
"Allah itu adalah tuhan pencipta kita dan alam semesta ini" jawab sang guru.
"Dari mana anda tau, tuan bahawa alam ini ada penciptanya dan Dia itu adalah Allah?"
soal sipenanya.
"Dari alQur'an" jawab sang guru. Pendek.
"Apakah Ia satu satunya Tuhan bagi sekalian alam ini, Tuan? Sebab dalam agama kamiada tiga Tuhan" soal lagi sipenanya.
"Benar saudara, Dialah satu satunya tuhan bagi sekelian alam ini. Dan mustahil adanya dua tuhan atau lebih" Jelas sang guru.Tegas.
"Dari mana anda tahu itu, tuan?" Tanya lagi sipenanya yang memang nampak ingin tau.
"Dari alQur'an dan al Hadits"
"Apakah tidak ada pembuktian yang lain selain alQur'an dan alHadits itu, tuan? Seperti failosof failosof yunani da Parsi. Walaupun hasil pembuktian mereka memang ada yang berbeda" Kata sipenanya yang kelihatannya memang banyak tahu tentang ilmu pengetahuan.
"Tidak ada saudara. Para failosof berusaha mengenalNya dengan akal mereka , Sedang kan akal sangatlah terbatas kemampuannya. Oleh sebab itu dalam agama kami dilarang menggunakan akal dalam mengenaliNya, dan juga dalam menentukan baik buruknya sesuatu kami harus kembali kepada apa yang dikatakan alQur'an atau Hadits saja." jelas sang guru penuh yakin memantapkan posisinya.
"Apa kah agama tuan mengunci mati akal?" soal si penanya ingin tau.


Thursday, May 14, 2009

TERKENANG DULU DULU.......

Hari ini aku baca dalam Harakah e-mel dari seberang menceritakan kisah masuknya Islam saorang lagi ilmuan barat, Prof. Dr. Jeffrey Lang. dan salah satu paragraf yang sangat menyentuh hatikecilku adalah persoalan yang terungkap dalam hatinya sangat mirip dengan apa yang pernah terjadi kepada ku sewaktu aku berada ditingkatan 4 yang telah menjadi satu isu kontroversi disekolahku waktu itu sehingga aku dipandang serong oleh kawan serta guru ku.
Inilah persoalan yang menjadi isu kerana aku sering bertengkar dengan kawan kawanku mengenai masaalah ketuhanan iaitu aku sering menyatakan/menanyakan kepada mereka:
"Kalau Tuhan itu adil dan Dia penuh dengan kasih sayang terhadap hambanya serta berkuasa terhadap hamba hambanya mengapa TUHAN MENJADIKAN MANUSIA BERBILANG BILANG AGAMA? MENGAPA DIA TIDAK MENJADIKAN HANYA SATU AGAMA SAHAJA? MENGAPA TIDAK TUHAN JADIKAN SEMUA MANUSIA BERIMAN KEPADANYA? BUKANKAH ALLAH YANG MENJADIKAN MANUSIA DENGAN KUASANYA DAN DIA BERKUASA MENJADIKAN SEMUA MANUSIA BERIMAN? TIDAKKAH DENGAN ITU DIA TELAH MENZALIMI HAMBA YANG DIA CIPTA SENDIRI DENGAN SEBAHAGIAN DIPILIH UNTUK MEMASUKU SYURGA DAN SEBAHAGIAN LAGI DIBIARKAN MEMASUKI NERAKA, SEDANGKAN IA BERKUASA UNTUK MEMASUKKAN SEMUA MEREKA KEDALAM SYURGA?
DIMANAKAH SIFAT TUHAN YANG ADIL ITU?
Dan banyak lagilah yang aku persoalkan sehingga aku dituduh telah sesat waktu itu. (Tapi dengan pertanyaan pertanyaan itulah aku dapat mencari kebenaran Islam yang telah menjawap segala pertanyaan tersebut sehingga keIslaman ku bukan kerana aku warisi dari keturunanku tetapi adalah hasil dari pengajianku sehingga aku tidak goyah dengan keIslamanku. Aku juga banyak membaca buku buku agama yang lain tetapi tidak ada jawapan yang aku cari. AlhamdulilLah, Islam telah mengajar ku erti kebenaran. Aku tidak menganut Islam kerana mengikut-ikut sahaja, walaupun amalanku kadang kadang rompong/rongak tetapi akidah ku tidak goyah.)
Ternyata persoalan yang terjadi kepada sang Prof. Jeffrey Lang telah mengingatkan aku kembali kepada apa yang terjadi kepada ku itu;
" JIKA TUHAN ADA DAN DIA PUNYA BELAS DAN KASIH SAYANG LALU MENGAPA ADA BEGITU BANYAK PENDERITAAN DIATAS BUMI INI? MENGAPA DIA TIDAK MASUKKAN SAJA SEMUA ORANG KESYURGA? MENGAPA DIA MENCIPTA ORANG ORANG DIATAS BUMI DENGAN BERBAGAI PENDERITAAN?
Kesimpulan yang dapat aku rumuskan dari kenyataan tersebut adalah KITA HARUS BANYAK BERTANYA UNTUK MENEMUKAN JAWAPAN.

Monday, May 11, 2009

MUNAFIK

"Benar" jawab sang guru."Memang demikian lah kenyataannya. Dan mereka disebut munafik. Yaitu yang mengamalkan Islam tetapi tidak mengimaninya didalam hati."

"Apakah memang benar ada orang munafik, tuan? Sebab, kalau begitu mereka hanya berpenat penat serta sia sia mengerjakan sesuatu yang mereka tidak yakini?" Ujar sang penanya sedikit heran.

"Menurut sejarah serta alQuran, mereka memang benar benar ada" kata sang guru. "Bahkan semenjak dari zaman nabi lagi. Yang menunjukkan hal itu adalah adanya satu surah dalam alQuran yang dinamakan 'Surah alMunafiqun', yang bererti 'Orang orang Munafik. Atau dalam surah atTaubah ayat 101, disini bahkan dikatakan bahawa Nabi tidak mengetahui keadaan mereka itu. Ayat tersebut mempunyai makna demikian:

"Dan sebahagian orang orang desa yang ada disekelilingmu adalah orang orang munafik. Dan betu pula sebahagian orang orang Madinah. Mereka ketelaluan dalam kemunafikan. Engkau (Muhammad) tidak mengetahui mereka. Sedang kami mengetahui mereka".

"Lalu, untuk apa mereka berkelakuan begitu tuan?" tanya sipenanya kehairanan.

"Ya...Kami juga tidak tau. Mungkin mereka ada maksud tersembunyi, misalnya , untuk merosak Islam dari dalam atau untuk mendapat kepentingan duniawi lainnya, siapa tau. kata sang guru.

"Apa betuk mereka tidak dapat di ketahui, tuan?" lagi lagi sipenanya keheranan.

"Memang betul....ya, maklumlah namanya saja sudah munafik. Lain dimulut lain pula dihati. Dalamnya laut dapat diterka tapi dalam hati siapa tahu.Masaalah hati hanya Allah yang tau." Tegas sang guru dengan menghela nafas panjang.

"Siapa Allah yang dapat mengetahui isi hati itu, tuan?" Soal sipenanya.

Apakah jawapan sang guru?


MB PERAK; DS NIZAR

SAH....MB PERAK DS IR. NIZAR JAMALUDDIN.
AMACAM BN......?
MELOPONG........

Sunday, May 10, 2009

SeLaMaT hArI iBu......(buat mak TerCinTa)

Malam ini.....mama
Bagai malam malam yang telah liwat
Telah terlalu dewasa lah aku
Dalam asuh mu yang
tak pernah mengerti erti lelah
Telah terlalu dewasa lah aku
dalam tangis mu yang tak pernah
dapat aku makna kan
dalam jalur hidup ku.

Seluruh nafasmu
telah kau serahkan hanya
buatku.....
saorang anak yang sejak dulu
tak pernah mahu mengerti
apakah makna senyum tawamu
apakah makna sedan tangis mu
sewaktu engkau mengendongku
sehingga kini
dalam kedewasaanku
yang telah berlalu.

Engkaukah itu .......mamaku
engkaukah yang telah membayar
harga termahal demi hidup ku yang
kini sedang aku telusuri?

Terlalu mahal hargamu
Mama ku
sehingga aku pun tidak tau
apa yang harus ku ucapkan untumu
mamaku.....
Apakah hanya sekedar ucapan
"SELAMAT HARI IBU"

SABDA YESUS.......


Yesus ibn Maryam bersabda: "Orang yang paling celaka diantara manusia adalah yang dikenal kerana ilmunya dan tidak dikenal kerana amalnya."
Bihar al Anwar, 2, 52, 19.
DARI: GOSPEL OF ALI (Penghargaan Islam Keatas Yesus)

APA NAMA AGAMA TUAN?........

Soalan saya yang pertama,

Apa nama agama tuan? Dan apa saja ajarannya, serta apa dasar dasarnya?

Dengan penuh hikmah dan hati hati sang guru menjawab:

Agama saya adalah 'Islam'. Ajaran umumnya adalah menganjurkan kebaikkab dan melarang membuat kemungkaran sehingga dunia ini dipenuhi dengan rasa aman dan tenteram. Dasar dasarnya ada dua bentuk:

Pertama: yang bersangkutan dengan lahiriah manusia, iaitu membaca dua kalimah syahadat, syalat lima kali sehari semalam, membayar zakat bagi mereka yang mampu, berpuasa di bulan Ramadhan,dan pergi haji bagi mereka yang mampu.
Kedua: Adalah yang menyangkut hati nurani manusia, yaitu
Beriman kepada Allah, Malaikat malaikat, Kitab kitab Allah, Rasul Rasul Allah, Hari kebangkitan setelah kematian dan mengimani takdir Allah (Qada' dan Qadar).
Yang kedua ioni disebut Rukun Iman.
Bolehkah anda memperjelaskan lagi tentang maksud dari rukun Islam dan rukun Iman itu?
"Oh....sudah tentu," jawab sang guru yang kemudian melanjutkan huraiannya satu persatu dari masing masing rukun darim kedua rukun tersebut.dan sang penanya mendengarkan dengan saksama dan penuh rasa ingin tahu.
Setelah sang guru selesai merinci semua point rukun Islam dan rukun Iman sang penanya pun bertanya:
"Sesuai dengan penjelasan tuan, rasa rasa nya tersirat suatu pengertian bahawa yang masuk Islam atau mengamalkan rukun Islam belum tentu masuk Iman. Bukan demikian, tuan?"
Apakah jawapan sang guru?.......panjang lagi ceritanya....Tunggu.

Thursday, May 7, 2009

PERAK:UmpNo-BeEnd.......

Perak makin kecoh.......makin berjerebu dengan gelagat kerakusan UmpNo-BeEnd.
Rampas kerusi Speaker.....Apa ni......Kata pendukung undang undang....ceehhh...Ptuuii....
Jenis buta dan tamak kuasa.....Buat apa aje ikut suka ati dia. Polis yang dah jadi sekutu BeEnd pun ikut tumpang sekaki......tunggulah PRU13 nanti.....itupun kalau SPR sekutu BeEnd tu tak istiharkan tak payah Pilihanraya lagi......Perintah terus sampai muntah............
heeeh........meluatnya aku. sekarang nik aku dah hilang langsung rasa hormat pada semua sekutu BeEnd ni.........Tak boleh nak cakap lagi dah ni.......Mendidih darah aku ni...........