Thursday, May 14, 2009

TERKENANG DULU DULU.......

Hari ini aku baca dalam Harakah e-mel dari seberang menceritakan kisah masuknya Islam saorang lagi ilmuan barat, Prof. Dr. Jeffrey Lang. dan salah satu paragraf yang sangat menyentuh hatikecilku adalah persoalan yang terungkap dalam hatinya sangat mirip dengan apa yang pernah terjadi kepada ku sewaktu aku berada ditingkatan 4 yang telah menjadi satu isu kontroversi disekolahku waktu itu sehingga aku dipandang serong oleh kawan serta guru ku.
Inilah persoalan yang menjadi isu kerana aku sering bertengkar dengan kawan kawanku mengenai masaalah ketuhanan iaitu aku sering menyatakan/menanyakan kepada mereka:
"Kalau Tuhan itu adil dan Dia penuh dengan kasih sayang terhadap hambanya serta berkuasa terhadap hamba hambanya mengapa TUHAN MENJADIKAN MANUSIA BERBILANG BILANG AGAMA? MENGAPA DIA TIDAK MENJADIKAN HANYA SATU AGAMA SAHAJA? MENGAPA TIDAK TUHAN JADIKAN SEMUA MANUSIA BERIMAN KEPADANYA? BUKANKAH ALLAH YANG MENJADIKAN MANUSIA DENGAN KUASANYA DAN DIA BERKUASA MENJADIKAN SEMUA MANUSIA BERIMAN? TIDAKKAH DENGAN ITU DIA TELAH MENZALIMI HAMBA YANG DIA CIPTA SENDIRI DENGAN SEBAHAGIAN DIPILIH UNTUK MEMASUKU SYURGA DAN SEBAHAGIAN LAGI DIBIARKAN MEMASUKI NERAKA, SEDANGKAN IA BERKUASA UNTUK MEMASUKKAN SEMUA MEREKA KEDALAM SYURGA?
DIMANAKAH SIFAT TUHAN YANG ADIL ITU?
Dan banyak lagilah yang aku persoalkan sehingga aku dituduh telah sesat waktu itu. (Tapi dengan pertanyaan pertanyaan itulah aku dapat mencari kebenaran Islam yang telah menjawap segala pertanyaan tersebut sehingga keIslaman ku bukan kerana aku warisi dari keturunanku tetapi adalah hasil dari pengajianku sehingga aku tidak goyah dengan keIslamanku. Aku juga banyak membaca buku buku agama yang lain tetapi tidak ada jawapan yang aku cari. AlhamdulilLah, Islam telah mengajar ku erti kebenaran. Aku tidak menganut Islam kerana mengikut-ikut sahaja, walaupun amalanku kadang kadang rompong/rongak tetapi akidah ku tidak goyah.)
Ternyata persoalan yang terjadi kepada sang Prof. Jeffrey Lang telah mengingatkan aku kembali kepada apa yang terjadi kepada ku itu;
" JIKA TUHAN ADA DAN DIA PUNYA BELAS DAN KASIH SAYANG LALU MENGAPA ADA BEGITU BANYAK PENDERITAAN DIATAS BUMI INI? MENGAPA DIA TIDAK MASUKKAN SAJA SEMUA ORANG KESYURGA? MENGAPA DIA MENCIPTA ORANG ORANG DIATAS BUMI DENGAN BERBAGAI PENDERITAAN?
Kesimpulan yang dapat aku rumuskan dari kenyataan tersebut adalah KITA HARUS BANYAK BERTANYA UNTUK MENEMUKAN JAWAPAN.