Monday, May 25, 2009

TUHAN HANYA SATU.....BUKAN TIGA!

"Sebab didalam alQuran dinyatakan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Dia adalah Allah. Bukan Ahuramazda, Yazdan dan Ahriman." Jawab sang guru dengan wajah berseri-seri kerana ia merasa dapat mempertahankan kesucian alQur'an dengan ucapannya.
"Tuan, anda tidak dapat berdalil dengan ayat yang mengatakan bahawa Tuhan hanya satu itu, lalu anda menutup kemungkinan bahawa Tuhan lebih dari satu." Ujar sipenanya.
"Kenapa?"
"Sebab anda sendiri tidak dapat membuktikan kebenaran ayat itu tuan, kerana keterbatasan akal sebagaimana yang anda katakan tadi. Dan mengenai alQur'an yang tidak bisa ditiru, bukankah telah saya katakan bahawa hal itu hanya membuktikan bahawa alQur'an datang dari Tuhan. Kerana ia mempunyai kekuatan yang tidak bisa dijangkau manusia, tapi tidak dapat dijadikan bukti akan adanya satu Tuhan." Ujar lagi saipenanya.
Wah..... Pening. Sang guru jadi pening. Ia tidak mengira sama sekali permasaalahan akan jadi serumit ini. Bahkan belasan tahun ia belajar, tidak pernah menghadapi permasaalahan seperti ini. Dan kitab yang di bawa oleh beberapa ekor unta itu tidak dapat menjawap pertanyaan sipenanya iniu. Ya, maklumlah, sang guru ini selama belasan tahun hanya belajar dipusat ilmu pengetahuan dari kalangan yang mengharamkan akal dalam agama. Kasihan....Akhornya kerana ia bingung, ia ganti bertanya.
"Apakah hal itu mungkin tuan? Apakah mungkin salah satu diantara Tuhan tuan menurunkan alQur'an dan merubah nama serta mengaku hanya sendirian?" Tanya sang guru.
"Ya, kalau hanya dari jawapan jawapan anda, hal itu mungkin saja. Apalagi anda pernah jelaskan dulu kepada kami bahawa seandainya ada dua Tuhan atau lebih, maka dunia ini akan hancur kerana mereka akan bersaing. Ya, barangkali mereka bersaing khususnya yang satu ini, mung ia ingin mendapatkan pengaruh dari manusia, maka dari itu ia mengaku sendirian dan menurunkan alQur'an. Dan tiga tuhan ini sebenarnya sekedar contoh, sesuai keyakinan kami. Akan tetapi barangkali sebenarnya tuhan malah lebih dari itu." Kata sipenanya tadi.
"Ini tidak mungkin, tuan." kata sang guru.
"Kenapa pula tidak tian?" tanya si penanya pula.

No comments: