Friday, May 22, 2009

APA YANG RUMITNYA......?

"Apa yang rumitnya, tuan?" tanya sang guru.
"Tadi tuan mengatakan bahawa akal itu terbatas, dan anda mengatakan pula Tuhan ada dan Esa dari alQur'an. Sementara sekarang anda mengatakan bahawa kebenaran alQur'an harus dibuktikan sebelum kemudian mengimaninya. .....Wah......... kalau akal terbatas bagaimana caranya membenarkan ayat ayat alQur'an yang mengatakan bahawa 'Tuhan itu ada' atau 'Tuhan itu Esa dan lain lainnya?"
Sang guru terperangah....Dia bingung,bagaimana harus menjawab nya. Jelas sipenanya yang satu ini bukan sembarangan. Tapi dia berusaha menutupi kebingungannya, walau kurang berhasil. Dia bingun kerana permasaalahannya kian bertambah pelik, padahal sebelum itu tidak pernah ada permasaalah yang serumit ini. Dan satu satunya yang menjadi alat pembuktian kebenaran alQur'an selama ini, kerana tidak adanya orang yang mampu membuat satu ayat pun seperti alQur'an. Dia tidak tau mengapa dulu dia tidak mempermasaalahkan alQur'an seperti sipenanya ini. Tapi, seandainya ia pernah kafir atau dilahirkan dari ibu saorang kafir, maka ia akan tahu bahawa pertanyaan tersebut adalah wajar saja, dan mesti pula ada jawabannya. Tapi apa boleh buat, dia sudah terlanjur memasuki aliran 'anti akal' dalam memahami agama. Maka, tinggal satu lagi jawaban yang ia harap mampu memberi penjelasan mengenai kebenaran alQur'an kepada sang penanya tersebut.
"Tuan, Dalam alQur'an Allah berfirman, bahawa kalau manusia manapun tidak percaya dan ingin membuktikan kebenaran alQur'an maka hendaklah ia membuat satu ayat saja seperti ayat alQur'an. Tapi ternyata sudah beabad abad tidak seorang pun yang mampu melakukannya. Apalagi sampai sati surat, satu juz bahkan satu kitab. Dengan bukti ini dapat ditarik suatu kesimpulan bahawa alQur'an memang datang dariNya." Ujar sang guru. Yakin.
"Baik!" Kata siPenanya. "Dalil anda tadi hanya membuktikan bahawa alQur'an dari Tuhan, bukan dari manusia. Tapi, hal tersebut tidak dapat membuktikan bahawa Tuhan hanya satu. Sebab, seperti agama kami, Majusi, ada tiga Tuhan, iaitu Ahuramazda, Yazdan, dan Ahriman. Nah, barangkali alQur'an itu datang dari salah satu dari mereka. Apa jawab tuan tentang hal ini?"
"Ah....itu tidak mungkin, tuan!" Sergah sang guru.
"Kenapa?"


No comments: