Monday, February 18, 2008

malaysia vs iran

Dah lama tak tulis dalam blog aku ni. Tak tau apa nak tulis.
pagi pagi lagi, lepas arapan aku buka internet, baca beberapa laman blog.
ahhh.....Aku hampir menangis bila aku baca sebuah laman blog mengenai Presiden R.I.Iran....oh....alangkah bertuahnya rakyat Iran mendapat saorang presiden yang begitu rendah hati, warak dan .....alangkah bertuahnya mereka?
Pergi kerja dengan kereta buruknya dengan bekalan yang di bekalkan oleh isterinya.
Beg yang dibawanya bukan berisi pistol, bukan berisi laptop yang mahal tapi....berisi bungkusan bekalan yang disediakan oleh isterinya....
Bandingkan dengan pemimpin Malaysia.....baru peringkat ADUN sudah mewah dengan rumah puluhan juta ringgit.....oh...jauh bezanya bagai langit dan bumi....Inilah yang ditunjukkan Islam......
tapi apa boleh buat...rakyat Malaysia masih meraba dalam politik....Masih ramai yang tak dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.....Sabar.....Insya'Allah mereka akan sadar apabila tekanan semakin menghimpit nanti.....masa ni masih ramai yang tak terasa.
memang benarlah kata saorang pemikir politik barat....kalau rakyat miskin, mereka akan mudah diperintah kerana rakyat miskin tak sempat nak fikirkan politik negara, mereka lebih banyak menumpukan masaalah rumah tangga dan keluarga mereka.
Hai....PRU 12 dah dekat....rakyat malaysia....berfikirlah sebelum mengundi. janganlah kerana duit dua tiga puluh ringgit sanggup gadai maruah. BN dah banyak pelingkup harta rakyat, Pilih lah yang terbaik. Jangan takut nat tukar kerajaan. Cuba sekali, Kalau kerajaan BA pun dua kali lima macam BN PRU akan datang tukar lagi. Tapi kita tak mau ke pemimpin yang warak macam nik Aziz, haji Hadi, Anwar Ibrahim?