Tuesday, May 26, 2009

DARI BEIRUT KE JERUSALEM



"Saya mempercayai kebaikan negara negara 'Kristian' Barat dan kebenaran negara Israel. Saya menyangka saya arif tentang kitab Injil dan Tuhan berada di pihak KAMI."


"Cerita kegemaran saya dalam Old Testament pada masa itu adalah bagaimana Joshua menawan Jericho dan kisah David dan Goliath. Saya bergembira dengan kemenangan tentera Israel. Seperti rakan rakan Kristian yang lain, saya merayakan'kejayaan agung' tentera Israel dalam 'Perang Enam Hari' pada 1967, sekaligus tertawannya Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Saya menunggu nunggu hari penubuhan negara Israel sebagai saat untuk diraikan."


"Namun pada pagi itu, diShabra dan Shatila, Tuhan telah mencabut rasa megah yang menebal dihati saya. Saya disuakan dengan jasad jasad yang bergelimpangan dilorong loreong kecil disitu. Melalui mereka saya menemui erti agama dan Tuhan. Dosa bukan lagi urusan minda dan intelek. Dalam masa beberapa detik sahaja, dosa kebencian , pembunuhan, militerisme, ketamakan, amarah dan kekejaman telah diterjemahkan kedalam jasad jasad remuk mangsa......."

Bagi sesetengah orang jenayah peperangan adalah dosa yang dilakukan oleh orang lain: dan itulah hakikatnya. Tetapi pada pagi itu, dan ditengah tengah bahang matahari Beirut,saya mengerti- rakyat Palestin dibunuh kerana, secara kolektif, kita membenarkannya berlaku.


Seperti peristiwa penyaliban Nabi Isa, sesetengah penganut Kristian menyalahkan pemimpin Yahudi ketika itu; sementara yang lain menyalahkan Pontius Pilate dan orang Rom. Malah ada pula pihak yang menyalahkan orang ramai yang menjerit, 'salib dia'. Justru, saya sering bertanya-"tangan siapakah yang dipenuhi darah rakyat Palestin?"


Stelah berkali kali memeriksa diri, saya membuat kesimpulan bahawa darah rakyat Palestin turut membasahi tangan saya. Sehingga kesaat itu, saya masih berprasangka dan bersikap berat sebelah. Saya tidak boleh memaafkan diri sebdiri dengan berlindung disebalik dakwaan kejahilan.


DARI BEIRUT KE JERUSALEM


DR.ANG SWEE CHAI.