Monday, May 25, 2009

DARI MANA TUAN TAHU BAHAWA........

"Sebab kalau Tuhan yang satu itu bersaing dengan melakukan apa yang anda katakan ini maka pastilah tuhan yang lain tidak akan membiarkannya. Dan pasti akan timbul pertengkaran yang akan membawa kehancuran alam semesta ini , tuan." Jelas sang guru.
"Tuan, bagi saya pertengkaran itu belum tentu membawa kehancuran. Sebab, tuhan tuhan itu kan berkuasa untuk tidak membuat kehancuran. lagi pula bisa saja tuhan tuhan yang lain itu membiarkan tingkah tuhan yang satu itu kerana mereka tidak memerlukan poengaruh dari manusia, tuan."
"Ah, .....hal itu tidak mungkin, tuan." kata sang guru,"Tak akan ada tuhan begitu. Ada yang buat masaalah dan ada pula yang mengalah...."
"Laa......Kenapa tidak mungkin? Apa alasannya, tuan?'
"Sebab, Tuhan itu Maha Sempurna" kata guru "kerana itu tidak mungkin ada yang lebih bijak dari Nya sehingga ada yang mengalah atas kelakuan Nya; atau Tuhan itu Maha Suci, hingga tak mungkin Tuhan itu akan saling berebut pengaruh; atau Tuhan itu Maha Berkuasa dan Kuat, hingga tidak mungkin ia membiarkan yang lain menganiayaiNya."
"Dari mana tuan tahu bahawa Tuhan mempunyai sifat sifat seperti itu? Dan bukan kah tuab sendiri yang mengatakan bahawa kalau ada lebih dari satu tuhan akan timbul persaingan? Lagi pula kalau anda boleh mengatakan bahawa tuhan tuhan itu akan bersaing, mengapa saya tidak boleh mengatakan bahawa sebahagian dari mereka ada yang mengalah? Bukankah yang saya katakan masih lebih baik dari apa yang anda katakan, sebab masih ada sebagian yang lain yang masih ada sifat kesempurnaan? Dan kalau saya dalam perkataan saya itu apa yang anda jadikan dalil untuk menyalahkan saya?" Soal sang penanya terus mendesak. Sang guru tak mampu menjawab. Dia bahkan hanyut dalam lamunan.
Celaka! Sang guru makin bingung. Kata kata sang penanya sekilas nampak lucu dan mengada ngada. Tapi.....bagaimana mau menjawabnya?.......Kalau dijawab dalilnya alQur'an, dalam hal ini alQur'an masih belum dapat dibuktikan kebenarannya. Dan justru sekarang ini dalam merangka membuktikan kebenaran alQur'an. Dan kalau dijawab semacam itu bererti untuk membuktikan satu ayat perlu ditunjang dengan ayat yang lainyang masih akan dipertanyakan kebenarannya, dan akan begitu seterusnya sampai akhir ayat alQur'an. Memang..... ia pernah mendengar golongan kaum Muslimin yang membolehkan penggunaan akal dalam agama walaupun dalam batas batas tertentu. Tapi dia tidak dapat memanfaatkan i;mu mereka, sewbab ia tidak sealiran dan memang belum mempelajarinya. Walau pun ia telah berpuluh tahun belajar dipendidikan Islam.

TUHAN HANYA SATU.....BUKAN TIGA!

"Sebab didalam alQuran dinyatakan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Dia adalah Allah. Bukan Ahuramazda, Yazdan dan Ahriman." Jawab sang guru dengan wajah berseri-seri kerana ia merasa dapat mempertahankan kesucian alQur'an dengan ucapannya.
"Tuan, anda tidak dapat berdalil dengan ayat yang mengatakan bahawa Tuhan hanya satu itu, lalu anda menutup kemungkinan bahawa Tuhan lebih dari satu." Ujar sipenanya.
"Kenapa?"
"Sebab anda sendiri tidak dapat membuktikan kebenaran ayat itu tuan, kerana keterbatasan akal sebagaimana yang anda katakan tadi. Dan mengenai alQur'an yang tidak bisa ditiru, bukankah telah saya katakan bahawa hal itu hanya membuktikan bahawa alQur'an datang dari Tuhan. Kerana ia mempunyai kekuatan yang tidak bisa dijangkau manusia, tapi tidak dapat dijadikan bukti akan adanya satu Tuhan." Ujar lagi saipenanya.
Wah..... Pening. Sang guru jadi pening. Ia tidak mengira sama sekali permasaalahan akan jadi serumit ini. Bahkan belasan tahun ia belajar, tidak pernah menghadapi permasaalahan seperti ini. Dan kitab yang di bawa oleh beberapa ekor unta itu tidak dapat menjawap pertanyaan sipenanya iniu. Ya, maklumlah, sang guru ini selama belasan tahun hanya belajar dipusat ilmu pengetahuan dari kalangan yang mengharamkan akal dalam agama. Kasihan....Akhornya kerana ia bingung, ia ganti bertanya.
"Apakah hal itu mungkin tuan? Apakah mungkin salah satu diantara Tuhan tuan menurunkan alQur'an dan merubah nama serta mengaku hanya sendirian?" Tanya sang guru.
"Ya, kalau hanya dari jawapan jawapan anda, hal itu mungkin saja. Apalagi anda pernah jelaskan dulu kepada kami bahawa seandainya ada dua Tuhan atau lebih, maka dunia ini akan hancur kerana mereka akan bersaing. Ya, barangkali mereka bersaing khususnya yang satu ini, mung ia ingin mendapatkan pengaruh dari manusia, maka dari itu ia mengaku sendirian dan menurunkan alQur'an. Dan tiga tuhan ini sebenarnya sekedar contoh, sesuai keyakinan kami. Akan tetapi barangkali sebenarnya tuhan malah lebih dari itu." Kata sipenanya tadi.
"Ini tidak mungkin, tuan." kata sang guru.
"Kenapa pula tidak tian?" tanya si penanya pula.