Sunday, May 17, 2009

tERKEnanG KAmpuNG ku.....DOOOluuu...

kampungku.... dulu memang kampung yang sangat indah......sekurang kurangnya ia adalah yang terindah dimataku. bagi orang lain aku tak tau.
untuk kekampung ku hanya ada satu saja jalan penghubung nya dari bandar tangkak. melalui sebuah ladang getah, aku panggil estate, milik sebuah syarikat inggeris. dari bandar tangkak kekampung ku terpaksa melalui sebuah hutan yang agak tebal juga yang ada sabuah sungai yang sangat jernih dan dalam airnya. ah....sangat sejuk dan nyaman. disinilah kami selalu mandi dan bermain. (tapi sekarang segalanya hanya tinggal kenangan kerana sungai itu telah kering kerana kerakusan manusia atas nama pembangunan).
sebuah jambatan kayu dibena melintasi sungai tersebut. ditebing sungai ditumbuhi dengan pokok kayu yang besar besar, ada yang lebih sepemeluk besarnya. ada yang hampir tumbang kedalam sungai, yaa,,,,sangat indah dan cantik. sungguh sebuah hutan malar hijau yang sempurna.
dari atas jembatan tersebutlah aku dan kawan kawan ku akan terjun diving seperti tarzan. ada juga yang berani terjun dari pokok yang hampir tumbang tersebut. dan ada yang lebih berani lagi akan terjun secara bergayut macam tarzan kedalam sungai dari dahan pokok yang tinggi sambil mengigit sebilah pisau dimulutnya. macam tarzan sungguh. sambil menjerit dan melaung juga macam tarzan.
ya....tarzan....waktu itu filem tarzan sangat sering diputar dipawagam dengan pelakun pujaan kami....johnny wesmuller......dengan rambut panjangnya dapat berkawan dengan binatang binatang dihutan.....sangat mengagumkan.....dan kami seperti sebahagian dari diri tarzan itu sendiri.
kami terjun...berenang....menyelam...kemudian kami akan melakunkan watak watak dalam cerita tarzan tersebut. ada orang jahatnya yang kami akan bergaduh dan bertumbuk. bertembak pakai senapang kayu. cuma yang tak adanya adalah jean, watak perempuan yang menjadi heroin filem tarzan itu. mana nak cari perempuan dalam permainan macam itu.


No comments: