Saturday, December 6, 2008

BALTHAZAR'S ODESSEY


Lama aku dah habiskan buku "BALTHASAR'S ODYSSEY" sebuah novel yang mengisahkan perjalanan/perlayaran Balthasar, seorang penganut keristian dari Libanon mencari sebuah buku yang meramalkan hari kiamat yang di tulis oleh seorang Islam yang bernama "MAZANDARANI" yang berjudul "NAMA TUHAN YANG KESERATUS" karya "AMIN MAALOUF" sebuah kisah yang menarik. Sekarang aku sedang membaca sebuah lagi novel terjemahan "RINDU ANDALUSIA" karya "RADWA ASHOUR" yang mengisahkan sebuah keluarga Islam yang dipaksa memeluk agama Keristian dizaman kejatuhan pemerintahan Islam diAndalusia, Masih belum habis lagi kubaca.

Sunday, November 16, 2008

NAHJUL BALAGHAH


KHUTBAH 223
YA TUHANKU! PELIHARALAH [KEANGGUNAN] MUKA KU DENGAN KELONGGARAN HIDUP DAN JANGANLAH HINAKAN WAJAHKU DENGAN KEMISKINAN DAN KEFAKIRAN, JANGANLAH SAMPAI AKU HARUS MENGEMIS REZEKI DARI ORANG ORANG YANG MENGEMIS KEPADA "MU", BERUSAHA MENCARI KESUKAAN MAKHLUK MAKHLUK "MU" YANG JAHAT, MENYERTAKAN DIRIKU DALAM MEMUJI ORANG ORANG YANG MEMBERI KEPADAKU, DAN TERGODA DALAM MENCERCA ORANG ORANG YANG TIDAK MEMBERI KEPADA KU, PADAHAL DIBALIK SEMUA INI "ENGKAU" ADALAH RAJA YANG MEMBERI DAN MENOLAK.
"SESUNGGUHNYA 'ENGKAU' MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU"
QS: 66:8
NAHJUL BALAGHAH

Saturday, November 15, 2008

baca buku....?

AKU DAH LAMA TAK MENULIS DALAM BLOG AKU NI, SAMPAI AKU LUPA PASSWORD AKU SENDIRI. APA AKU NAK TULIS ARINI?
..............................................................................KOSONG.......................................................................
OTAK KOSONG.............................................
Baca novel BALTHASAR'S ODYSSEY tak habis habis lagi. Dekat sebulan. Cerita menarik, tapi aku lebih banyak buka internet. Leka. Novel yang lain tak bersentuh lagi. Lain lain buku lagi.......
Hai........PONENG DEN.......kerja selalu balik malam, mana nak masak lagi, bini aku balik keratong lama dah, nak tunggu rumah Yatim kenduri Nurul nanti. Ni, sambil nulis ni aku makan
nasi goreng tengahari tadi, aku panaskan. Cucu aku siMairah pun tak de. Kat pucong. Rindu pulak aku padanya.
Tadi aku baca la beberapa blog pemimpin PAS. Dah lama tak baca.

Saturday, September 20, 2008

lawat

Lepas sahur, aku tetidur sebentar. Harini kami telambat bangun, dah hampir 5.20 pagi. nasib baik harini aku tak kerja. Aku tesedar apabila handset isteri ku berbunyi. Ahh.....dari anakku Basyirah rupanya, menanyakan apakah kami akan pergi menlawat cucuku nanti dan jam berapa kami akan berangkat. Aku menyatakan, kami akan berangkat sekitar jam 8.30 pagi.
Kami sampai jam 11.45, tak boleh masuk lagi. Jam 12.30 baru kebenaran untuk masuk diberikan. Alhamdullilah......kebimbangan kami tentang penyakitnya sirna sama sekali apabila kami melihat cucu kami ceria meski pun ada bintik bintik hitam pada wajahnya. Pada firasatku, cucuku akan segera sembuh, Insya Allah....
Kami berangkat kembali sekitar jam 2.30 petang, masih sempat berbuka dirumah setelah membeli juadah berbuka di pasar Ramadhan......hai.....bulan puasa rupanya menjadi bulan jamu selera......

Friday, September 19, 2008

Suatu malam, sedang Sultan Mahmud (Muhammad Al Fateh II, Sultan yang menakluki Konstantinople) duduk bersama guru tariqahnya,dan mereka sedang makan dalam satu hidangan, sang guru berkata kepadanya:"Tuanku, apa yang tuanku makan adalah haram, makanan ini tidak halal." Meski pun pada waktu itu mereka sedang makan didalam satu bekas yang sama.

Sang Sultan lalu berkata:"Bagaimana bisa gemikian? Kita sedang makan didalam bekas yang sama, ini bererti guru pun memakan makanan yang tidak halal?"

Sang Guru lalu berkata:"Tidak. Apa yang aku makan adalah halal, makanan ini diperbolehkan, tetapi apa yang ada padamu tidak halal."

Sang Sultan lantas berkata:"Lihat disana.....!" dan tatkala sang guru memalingkan mukanya dari bekas makan tersebut, sang sultan lantas memutar bekas hidangan tersebut. Kemudian mereka melanjutkan makan.

Seketika kemudian sang sultan menceritakan kepada gurunya apa yang telah beliau lakukan seketika tadi seraya berkata:"Sekarang lihat, apa yang guru makan adalah haram,"

Sang Guru lantas menjawab:"Tidak! Apa yang kamu makan adalah haram sebab kamu mengambilnya dengan kekerasan dari sebuah negeri yang berhasil engkau taklukan."

sakit

Harini isteriku terima message dari anakku, Basyirah, cucuku Hakim dimasukan kehospital. Badannya bertompok hitam. Mulut dan hidungnya berdarah. Apakah cucuku telah dijangkiti denggi berdarah? Na'uzubilLah.... moga djauhkan Allah. Ya Allah..... selamatkanlah cucuku....dia tak tau apa apa........Beberapakali aku talipon anakku, tapi tak berjawab, mungkin dia sibuk dengan cucuku.....kasihan anakku......

Sunday, June 15, 2008

pembuka dailog

Setelah ruangan hampir penuh barulah majlis tanya jawab dibuka. Dengan penuh rasa kasih dan setelah ucapan basmallah serta beberapa kutipan ayat alQuran sang tokoh membuka majlis.

Sang tokoh memandangi seorang demi seorang tamunya dengan penuh perhatian. Dan akhirnya matanya tertumpu pada tamunya yang duduk didekatnya lalu beliau bertanya dengan ramah.

"Siapakah nama saudara?"

"Nama saya Polan, tuan."

"Terima kasih. Apakah anda punya pertanyaan?"

"Ada tuan. Apakah saya boleh bertanya apa saja berkenaan agama tuan?"

"Ya, boleh. Apakah pertanyaan saudara itu?"

Thursday, June 12, 2008

ANTARA AKAL DAN TAKLID

Cerita ini terjadi pada beberapa abad yang lalu. Bermula dari pertemuan saorang ulama Muslim dengan saorang kafir yang kemudian berlanjutan dengan dialog yang perlu kita renungkan. Sebagaimana kita ketahui dalam sejarah Islam, terdapat beberapa aliran pada waktu itu, bahkan sekarang pun. Salah satu dari perbedaan itu adalah bagaimana cara seorang Muslim sejati menilai suatu "Kebaikan" dan "Keburukan". Perbedaan itu sebenarnya menyangkut masaalah fondamental keIslaman. Kubu Imam Ali as dan Khawarij merupakan sumber utama perbedaan itu. Dan dari kedua kubu itulah kemudian menyusup masuk kedalam golongan golongan lain yang, walaupun tidak memakai nama golongan kedua - Syiah dan Khawarij.
Sebagian kaum Muslimin mengatakan bahawa 'Kebaikan' dan'Keburukan' hanya dapat ditentukan oleh Sunnah. Yaitu sunnah-Allah (al-Qur'an) dan sunnah-Nabi (Hadits). Akal tidak mempunyai dan tidak boleh mempunyai saham dalam menentukan keduanya. Sebab, akal sangat terbatas kemampuannya. Maka dari itu, barang siapa menggunakan akalnya dalam agama, maka ia sesat dan berada diluar jalur Islam. Seperti orang orang yang bertanya,'Mengapa ayat itu atau hadits itu demikian?' Mereka mengatakan bahawa kita harusmenerima dan tidak boleh menggugat apa apa yang ada didalam ayat dan hadits.
Lain dengan apa yang diyakini oleh kelompok muslimin yang lain, yang mana sangat mengkristal dalam golongan Syi'ah. Walau pun seabad setelah itu keyakinan tersebut mengkristal pula dalam diri golongan Mu'tazilah. Keyakinan itu adalah suatu keyakinan yang mengatakan bahawa akal manusia dapat mengetahui sebagian kebaikan dan keburukan walaupun tanpa melalui syariat. Dan akal mempunyai saham untuk itu. Seperti dalam menentukan agama apakah yang paling baik. Mereka mengatakan bahawa akal boleh bertanya mengapa suatu ayat atau hadits sedemikian rupa.
Namun harus diketahui sebagai inti dari keyakinan golongan ini bahawasanya pertanyaan akal terhadap syariat itu dilakukan demi mencapai syariat yang sebenarnya. Bukan syariat yang semu atau diatasnamakan. Sebab, banyak sekali kaum yang sesat yang, sengaja atau tidak, telah bersembunyi diharakat harakat atau lafaz lafaz alQur'an dan Hadits. Mereka menyeru dengan gigih supaya kaum muslimin kembali kepada alQur'an dan Hadits sebagai mana mereka. Sementara mereka meyakini bahawa tidak akan ada orang yang mampu memahami maksud sebenarnya alQur'an dan Hadits. Lalu, kemana sebenarnya mereka menyeru? Ke alQur'an atau sebahagian alQur'an? Kemakna dan maksudnya atau kerakat atau titik komanya?
Kembali ke alQur'an dan Hadits bukan kerja mudah yang boleh dicapai dengan hanya melajar agama dalam beberapa tahun. Lebih lebih lagi kalau hanya dengan melihat dan membeli buku ditepi jalan. Sebab, ternyata, sesama penganut alQur'an pun saling sesat menyesatkan dan memasukkan kedalam dhalalah, dan yang paling mengerikan hingga memasukkan kedalam neraka. dan yang palin anih, dalam pada itu, mereka mengatakan neraka dan syurga adalah urusan Allah.
Memang aneh, kalau kita melihat kehidupan orang orang yang hanya berloncatan dari harakat ayat yang satu keharakat ayat yang lainnya sambil mengikat erat akalnya. mereka tidak lagi menatap kedalam ayat ayatnya dengan pancaran obor akalnya, apalagi untuk menatap Hadits Hadits yang keluar.
tokoh ulama yang akan saya ceritakan dalam tulisan ini adalah yang mewakili golongan pertama, yaitu yang mengharamkan penggunaan akal dalam agama. Tokoh ini mewajibkan penyebaran agama Islam dinegerinya setelah ia belajar Islam di negeri Arab. Kehadiran tokoh tersebut yang penuh wibawa dan tanpa pamrih serta dengan bekalan kitab yang dibawa membuat suasana berubah. Orang orang yang memang Islam membicarakannya dimasjid masjid.
Suatu pagi, datang lah kerumah tokoh tersebut seorang yang nampak pandai, yang pada pagi tersebut telah datang pula beberapa orang yang lain kerana setiap pagi sang ulama tersebut selalu menerima tamu sehingga menjelang zhuhur, khusus bagi mereka yang ingin memperdalam Islam.

Saturday, April 26, 2008

accident

harini aku tak kerja. offday. aku bercadang nak balik kekeratong ambil duit, tapi isteri aku tak nak ikut, ajak aku jalan jalan tengok perabut katanya. jam 10.00 pagi kurang lebih aku dengan isteriku keluar rumah, naik motor aje. aku bawak laptop aku sekali nak hantar kekedai untuk servis, dah masuk virus. kami kebangi tengok perabut. tengok saja. lepas isi minyak aku berhenti makan nasi kat warong dekat petronas. lepas makan, kami mnak bertolak balik saja, apa punya malang, tayar depan motor tak berangin pulak. tapi memang malang tak berbau, motor kami dilanggar dari belakang. teruk motor aku. isteriku jatuh terduduk. Isteriku di bawa keklinik untuk rawatan oleh seorang yang berhenti dengan keretanya. Dia yang tolong bayar. Penunggang motor itu pun berserta juga keklinik. Teruk juga dia. Aku balik naik kereta sewa kerana motor aku terpaksa ditinggal di kedai untuk diperbaiki.

Sunday, April 20, 2008


lama tak membuka blog, hampir sebulan. lepas balik bercuti ke keratong kerana kenduri rumah ida rosli pada 5 april 08, aku balik kejap ke tangkak jumpa mak. dah lama tak tengok mak, dulu aku balik mak tak ada. mak ke rumah kak ramlah kat sungai sayong. mak kata kakak sakit dah tak boleh bangun, duduk kat kerusi roda aja. kakak pun dah tak boleh bercakap kerana kena stroke. kesian kakak....rasa rindu tu memang ada kerana memang dah lama samgat aku tak kerumahnya. sakit kakak pun dah lama tapi apa nak buat aku pun sibuk dengan keluarga. ada aja masaalah yang nak di selesaikan. cadang tu pada bulan ni nak pergi, tup...tup...ali kata dia dapat masuk matrikulasi kat melaka pada 12 mei ni, dan maryam balik pada mei juga tapi tak tau bila tarikhnya. tak taulah bila aku dapat tengok kakak aku tu.
gaji sekarang kalau 2-3 ribu bukannya banyak, kejap je licin......
lepas balik aku sempat juga meninjau ke pesta buku kat pwtc belilah dua buah buku kat ikapi indonesia, athies ngan helo moskow. aku tak banyak duit tahun ni, kalau tengok buku tu semua aku nak beli. lepas tu aku singgah kejap kat fajar ilmu baru kat masjid india, kedai buku faverit aku, beli dua buku lagi, hitler's pope dengan sejarah bangsa israel.
harini aku selesai baca ungu karmilanya ramli awang murshid, satu satunya novelis melayu yang aku minat selain faisal tehrani. sebelum tu aku selesaikan baca buku terjemahan doughter of god. tu dalam rak buku banyak lagi yang tak di baca.....bila aku nak baca semua ni??????

Monday, March 31, 2008

KITAB HIKMAH

Beberapa yang didapati diantara jumlah manusia yang banyak ini orang yang mengenal dirinya de gan sebenar benar dirinya? Siapa diantara manusia yang tidak sesat? Siapa yang tidak berdosa? Dan siapakah yang mengetahui jalan Tuhan?
Saya akan sembah Engkau, saya tidak akan menyentuh yang tidak baik, ampunilah dosa dosa yang saya kerjakan dengan pengetahuan atau dengan tidak di ketahui semenjak muda saya sampai hari ini dan halaukanlah dosa daripada saya.


PETIKAN DARI KITAB AGAMA
SABI'AH
(Ugama Orang Chaldean)
Hijriah: 23 Rabi'ul Awwal 1429
Masihiah: 31 Mac 2008
Hebrew : 24 Adar II 5768
Iran : 11 Farvardin 1387

Saturday, March 29, 2008

rezeki......

jumaat, 20 rabi'ul awwal 1429 (h)
friday, 28 mac 2008 (m)
21 adar ll 5768 (j)
9 farvardin 1387 (i)

aku ke pasar tani putrajaya dg. hj. hassan selepas kerja (jam 3.00 ptg). bercadang nak cari daging salai. dah lama tak makan daging salai masak lemak campur rebung. kami makan mee sup di sebuah gerai, perut dah kebulur gila la katakan. memang aku sekarang cepat lapar. tak lama datang seorang wanita berjilbab makan kat situ, satu meja dg.kami. dia menegur kami dulu. nampak gaya bukan orang susah, tapi cara dia menegur dan bersembang dengan kami cukup mesra. jangan salah sangka, suaminya ada di pejabat imigresen menguruskan pemergian mereka ka cairo, mewnghantar anaknya belajar disana. sembang sikit bab politik,
lepas makan kami nak balik. aku nak bayar tapi wanita itu melarang pemilik warung tersebut menerima pembayaran aku. nampak gayanya dia nak belanja kami. hai....rezeki. inilah yang dikatakan rezeki. dia hanya tolong simpan rezeki aku. patut la aku bertat nak kesini. rupanya Allah nak beri rezeki aku yang dia tolong simpan. itu pun aku tak mau bersyukur lagi ke? kalau Allah nak tolong macam macam cara Dia ada. subhanalLah.....hanyan Engkaulah pemberi rezeki.

2; kesian deris jusuh....dah la tak diperkenan jadi embi teganu, kena lucut dato' seri pulak.... nak sangat deraka pada sultan.....amik kau....baru nangis tak belagu.

AKULAH YANG MEMERLUKAN MU, TUHANKU...

aku pun tak sanggup menanti
waktuku, Tuhanku
pabila saat yang pahit
merenggut rengkungku
Engkaulah yang Maha Perkasa
hanya Engkaulah,Tuhanku
pabila seluruh kekuatan
duniawi ini terkumpul
dan menyatu
masih tak bisa menyingkir
Keagungan Mu.

Engkaulah, Tuhanku
Maha Kaya dari seluruh kekayaan
hingga Kau tak memerlukn aku
untuk memuji Mu
untuk mengagungkan Mu
tapi akulah yang sangat memerlukan Mu.

Sunday, March 23, 2008

CONTOH DARI 'ISA A.S.

Apabila anda menginginkan, saya akan menceritakan kepada anda tentan 'Isa putra Maryam(a.s). Ia menggunakan sebongkah batu untuk bantalnya, memakai pakaian kasar dan memakan makanan kasar. Bumbunya adalah lapar. Lampunya dimalam hari adalah bulan. Tempat berteduhnya dimusim dingin hanyalah rentangan bumi ke timur dan ke barat. Buah buahab dan bunga bungaannya hanyalah yang tumbuh dari bumi bagi ternak. Ia tak mempunyai isteri untuk menggodanya, tak ada pula putra untuk memberikan kepedihan kepadanya, tak ada kekayaan untuk menyelewengkan [perhatian], dan tak ada keserakahan untuk melalaikannya. Kedua kakinya adalah kenderaannya dan kedua tangannya adalah pelayannya.

UCAPAN SAIDINA 'ALI DALAM
NAHJUL BALAGHAH
KHUTBAH 159
M.S 359
23 MAC 2008 MASEHI
16 ADAR II 5768 (TAHUN YAHUDI)
15 RABI'UL AWAL 1429 HIJRAH

SATU TANDA ?.......

Kegaiban warna dari chinta yang terlena.
Apa yang ada padaku hanyalah airmata
yang menitis diaspal jalanraya. Dan dida
da desa ini ku tuang chinta dari nafas
daun daun. Rerama yang menari di kelopak
tanjung membawa bisik lembut nan jauh.
Oh, betapa dari perpisahan nan menjauh,
terasa dekat jua mata mu. Dan aku lah
yang tak akan jemu membacha puisi puisi
dan menatap bibirmu.............kekasih.

Dari nafas jalanraya dan deru mobil. Tak
tertangkap olehku apa yang kau lemparkan
Bahawa lambai yang mesra adalah lambai
yang lara, yang tak bisa ku bawa pulang
untukku dakap di mimpiku. Betapa laranya
jiwaku hanya Tuhan yang tahu. Dan harus
kau mengertikan bahawa senyumku bukanlah
setitik dari madu.

Dan relamu pada kembaraku nan jauh. Beta
pa siksa dan deritanya untukku leraikan
sebuah perpisahan. Engkau dalam mataku
dan tetaplah dimataku. Dengan lagu bebu
nga bambu dan ilalang bergeseran. Shorga
dalam matamu di asuh angin waktu. Lalu
lahirlah perchintaan ini yang kita ukir
bersama senja, kehidupan menemukan kita
akan kasih ajaib ini. Dengan bibirmu me
mendam penuh rahasia chinta.

Kekasih. Kalaulah beburung, rerama, dan
bebatu bisa berbichara,kita akan kembali
angkuh, kerana di gunung dulunya,saksimu
pun saksiku adalah beburung, rerama dan
bebatu yang kita injak dan kita pijak.
Itu adalah satu sumpah bahawa chinta
kita tak bisa diubah.

Di hatiku menyapa satu tanda ? kerana
dalam sesajakmu kau bicharakan perpisah
an. Aku bertanya....? di jiwaku tetaplah
punya tanda tanda .......?????


2261972

Wednesday, March 19, 2008

PEMILU 12 2008

MEMANG DAH LAMA AKU TAK MENULIS DALAM BLOG AKU NI, SEJAK SEBELUM PEMILU 12 LAGI. MEMANG BANYAK YANG NAK KU TULIS TAPI UNTUK JADI INGATAN KU NANTI, TAPI BILA AKU NAK TULIS AJE SEMUANYA BERSEPAI, HILANG BERDERAI DARI INGATAN.
MASA PEMILU 12 DULU AKU BALIK LA KE TEMPAT AKU MENGUNDI. AKU DAN ISTERIKU MENGUNDI DI KERATONG 5. SEBELUM PERGI MENGUNDI SEBELAH PAGI SEMPAT LA JUGA AKU JADI PACA TEMPAT PEMBUANGAN UNDI DI SEK KEB KERATONG 6. KERATONG ENAM......LUBUK MAS BAGI BN. TEMPAT PALING LIAT NAK PAHAM POLITIK. MUNGKIN DALAM DUNIA INILAH TEMPAT MANUSIA PALING.......HUUUUU.......BENGAP KEPALA OTAK AKU MEMIKIRKAN MEREKA.
PETANG AKU MASUK JAM 4.00 UNTUK MENGIRA UNDI. KAN AKU DAH KATA.....LUBUK MAS BN.....KALAU TAK KERANA PENGUNDI KERATONG 6 & 7 MAU TEWAS BN.
MALAM.....KEPUTUSAN MENGEJUTKAN.......5 NEGERI JATUH TERSUNGKUR...
ALHAMDULILLAH.....ALLAHU AKBAR!

Monday, February 25, 2008

Penamaan Calon; Rindu Kakak.......

HARI PENAMAAN CALON:
Ceh......SPR main kotor lagi. Nampak sangat nak menyusahkan calon calon dari parti parti alternative. Sekejap kata kena duty setem, tapi bila banyak calon BN yang tak dapat buat duty setem, batal pulak. Nampak sangat dipergunakan oleh BN. Ini apaunya SPR daaaa....patut pun gambar Rasid Raman di koyak rabakkan. Boneka BN aje dia tu.
Aku balik keKeratong dengan isteriku bercadang nak turut dalam perarakan pada hari penamaan calon tersebut. Tiba dah malam. Kemarkas kejap bertanya jamberapa berangkat.
Aku tak jadi pergi setelah semua mereka telah pergi lebih awal. Aku ambil keputusan untuk kembali keKajang melalui Tangkak, ziarah mak dan abah yang telah tua. Sampai Tangkak, mak tak ada. Ke Kulai, kata abah, kenduri rumah Pak Su, Adik mak. Pergi dengan kak Salmah.
Aku teringat pada kakak ku yang sulung, Kak Ramlah. Walau pun dia hanya kakak tiriku tapi alku sayang padanya. Dah lama benar aku tak jumpa. Rindu memang rindu, tapi aku susah nak pergi kerana kalau cuti banyak hal lain yang perlu aku selesaikan. Tak taulah bila aku akan menziarahinya. Sekarang ni dia selalu pula sakit sakit. Mak kata dah guna kereta sorong.
Keputusanya aku teruskan perjalanan balik melalui Jasin setelah aku minta izin dengan abah dan menitipkan sedikit duit. Sepanjang jalan, banyak poster telah mula terpasang. Sesetengah tempat bendera bulan hampir menyamai dacing. (Mana nak lawan bendera dacing dan poster mereka. Mereka ada penaja,Toke toke yang berkepentingan banyak melabur dengan perjanjian kalau BN menang mereka adan dapat habuan anugerah yang berlipat, dan dengan itu rakyat lah yang akan menanggung bebannya nanti dengan berbagai kenaikan).
Aku harap dan berdua kali ini BN akan kecundang kalu rakyat pandai menggunakan kesempatan. Berilah peluang BA memerintah. Rasakan perbezaannya.
Kepada rakyat Malaysia berfikirlah sebelum memangkah undi anda. Kita telah rasai 50 tahun pemerintahan BN. Dah tau tipu belit BN. Tukar la sekali....

Wednesday, February 20, 2008

XXX TAUUUU WOOOO....!!!!!

BANYAK YANG INGIN KU TULIS, TAPI DARI MANA AKAN KU MULAI?
TENTANG ANAK ANAK, TENTANG AGAMA, TENTANG MANUSIA,TENTANG HIDUP, TENTANG MATI, TENTANG PERANG, TENTANG DAMAI........TENTANG......TENTANG ......SEGALANYA MENCELARUKAN KOTAK FIKIR KU.
SELURUNYA PENTING.....PENTINGKAH?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG ORANG LAIN PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG HIDUP DAN MATI PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG DAMAI DAN PERANG PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG ANAK ANAK PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG SYURGA DAN NERAKA PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG SIAPA YANG AKAN MENANG PILIHANRAYA INI PENTING?
PENTINGKAH........??????
SIAPA KAH AKU YANG MAHU MEMIKIRKAN SEMUA ITU?
SIAPA AKU??????
AKU HANYA MANUSIA KOTOR YANG PENUH DOSA APAKAH MASIH BISA MEMIKIRKAN TENTANG SYURGA ALLAH? dOSA YANG JIKA KU HITUNG MAKA AKU SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK MENIKMATI WALAU SEDIKIT PUN BAU SYURGA ALLAH.......AHHHHHHH AKU TAK TAU......

Pilihanraya........??

Pilihan raya dah dekat. Sejak pembubaran parliment, kotak fikirku tak henti berputar. Macamana ni? Nak balik, aku dah banyak cuti kerana pertukaran sekolah anakku dulu. Tak balik.....sapakah yang sedang berjuang disana? Berapa orang saja yang tinggal? Aku sekarang berkerja diPutrajaya. Wah.....Masaalah.....Masaalah....
Zaini beberapakali talipon aku tanya bila balik. Siapa akan bertugas sebagai polling agent nanti? Siapa yang akan mengira undi?........Ahhhhh.......Pening...Pening.....
Aku, kalau dapat balik pun mungkin saat akhir waktu nak mengundi nanti. Ahhh....kena balik juga walau sekejap.
Balik kerja s'malam, isteriku beritau Adik talipon suruh ambil dia Junaat ni. Mana boleh... aku kerja petang Jumaat tu. Hai budak ni...Dia ingat kita senang senang aja ke ....Ahh.. entahlah...
Jangan banyak fikir.....pening......
Aku baca beberapa blog semalam.. Paling aku minat Faisal Tehrani....Macamana nak hubungi dia? Aku baru belajar tak tau lagi nak buat blog bagi cantik.
AHHHHHH....cukuplah sampai sini.......Pening.......

Kepala Kepala Perang

Pilihanraya dah dekat. 8 mac 2008. tah kenapa bila aku selak balik buku saja tulisan tangan aku yang lama, t'jumpa plak satu sajak aku tahun 1972 dulu b'tajuk: KEPALA KEPALA PERANG. Agak aku sesuai dengan musim pilihan raya ni.....

KEPALA KEPALA PERANG.


Kepada ku iya,
kepadaku engkau ulurkan
senapang
kau berikan bom bom
dan mesingan
dan dengan angkuh
kau memerintahku
untuk memburu
memburu
dan terus memburu
manusia manusia yang kau namakan
pengganas pengganas
yang kau katakan
binatang binatang
untuk aku membunuhnya
dan terus membunuh
tanpa belas kasihan.


Engkau, kepala kepala perang
menunjuki peta peta dan
menchontengnya dimana suka
tapi
engkau sendiri tidak pernah pergi
engkau sendiri tidak pernah munchul
di medan medan perang
untuk berjuang dan membunuh
mereka mereka
yang sebenarnya memusuhi kamu.

Engkau,
kepala kepala perang yang angkuh
merunchingkan jejarimu dengan
hujung hujung senapang
untuk menggugurkan
satu....satu...manusia
dengan perantaraanku
demi jiwamu tidak hanchur keran
diburu maut peperangan
atau
hanya bersemnunyi di balk-balek meja
yang mengandungi peta peta
asal saja
peluru dan bom bom
tidak bisa memburu mu!


APRIL:13, 1972.
(AKU GUNA EJAAN LAMA, SAJA NAK INGAT)

Monday, February 18, 2008

malaysia vs iran

Dah lama tak tulis dalam blog aku ni. Tak tau apa nak tulis.
pagi pagi lagi, lepas arapan aku buka internet, baca beberapa laman blog.
ahhh.....Aku hampir menangis bila aku baca sebuah laman blog mengenai Presiden R.I.Iran....oh....alangkah bertuahnya rakyat Iran mendapat saorang presiden yang begitu rendah hati, warak dan .....alangkah bertuahnya mereka?
Pergi kerja dengan kereta buruknya dengan bekalan yang di bekalkan oleh isterinya.
Beg yang dibawanya bukan berisi pistol, bukan berisi laptop yang mahal tapi....berisi bungkusan bekalan yang disediakan oleh isterinya....
Bandingkan dengan pemimpin Malaysia.....baru peringkat ADUN sudah mewah dengan rumah puluhan juta ringgit.....oh...jauh bezanya bagai langit dan bumi....Inilah yang ditunjukkan Islam......
tapi apa boleh buat...rakyat Malaysia masih meraba dalam politik....Masih ramai yang tak dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.....Sabar.....Insya'Allah mereka akan sadar apabila tekanan semakin menghimpit nanti.....masa ni masih ramai yang tak terasa.
memang benarlah kata saorang pemikir politik barat....kalau rakyat miskin, mereka akan mudah diperintah kerana rakyat miskin tak sempat nak fikirkan politik negara, mereka lebih banyak menumpukan masaalah rumah tangga dan keluarga mereka.
Hai....PRU 12 dah dekat....rakyat malaysia....berfikirlah sebelum mengundi. janganlah kerana duit dua tiga puluh ringgit sanggup gadai maruah. BN dah banyak pelingkup harta rakyat, Pilih lah yang terbaik. Jangan takut nat tukar kerajaan. Cuba sekali, Kalau kerajaan BA pun dua kali lima macam BN PRU akan datang tukar lagi. Tapi kita tak mau ke pemimpin yang warak macam nik Aziz, haji Hadi, Anwar Ibrahim?

Tuesday, February 12, 2008

Ke SMT(PERTANIAN) CHENOR>

11.feb.2008
pagi lagi dah bangun. nak hantar Ikhwan ke sekolah menengah Teknik (Pertanian) di Chenor, Pahang. Bereangkat jam 7.00 nak sampai jam 8.30. Mana boleh sampai. Sarapan pun belum.
Kami sarapan di Petronas sebelum sampai di tol Bentong. Mahal......
Sampai sekolah orang dah ramai. Jumpa Napi. jadi jaga di sekolah tu.
siap daftar jam 12.30 ptg. Kesimpang awah sekejap, beli bantal Ikhwan. Aku singgah kedai aksesori kereta nak pasang cermin sisi yang pecah dilanggar orang. Apalaa...
orang lain bole aje lepas. Hantar Ikhwan balik kesekolah.
Kami terus ke rumah anakku di maran. Bertolak balik jam 6.00 ptg setelah ganti cermin sisi yang pecah tadi dimaran. Disimpang Chenor tak ada.
Singgah rumah Napi dekat kampung Embun. Setelah makan malam kami bertolak pulang lebih kurang jam 8.50 mlam. Kami sampai di kajang jam 11.20 mlm.

Sunday, February 10, 2008

PUISI RINDU BUAT SHARLINIE.....


MALAM INI ANAKKU
TELAH TIGAPULUH HARILAH KAMU HILANG
DAN MALAM INI JUGA
TELAH TIGAPULUH HARI JUGA LAH
KAU KU JEJAKI,
TAPI....DIMANAKAH ENGKAU?

TIAP SUDUT DESA INI TELAH KU INTAI, ANAKKU
TIAP LORONG KOTA INI TELAH SUSURI
TIAP LURAH KU TURUNI
TIAP BUKIT KU DAKI
HANYA KERANA ENGKAU ANAKKU.

GERSANG AIRMATA HANYA KERNA MENANGISI MU
TELAH KEMARAU RINDU KU KERANA MENGENANGMU
TIAP SUDUT TERATAK INI HANYA ADA KAMU
TIAP SUARA TERDENGAR ADALAH SUARAMU
TIAP APA YANG KU PANDANG ADALAH KAMU
TIAP APA YANG KU PEGANG ADALAH KAMU.

OH....KEMANAKAH AKAN KU SIMPAN RINDUKU
SEDANG HIDUP MATI MU TIDAK KU TAU?
MASIH TIDAK JEMU AKU MENCARI
KERANA RINDU TIDAK MENGENAL ERTI JEMU
KERANA KASIH TIDAK MENGENAL ERTI KECEWA
KERANA CINTA TIDAK MENGENAL PUTUSASA.

TERPANJAT DOA DALAM TIAP RUKUK SUJUDKU
SELAMATKANLAH KAMU, SELAMATKANLAN ANAKKU
TUHANKU....YA ALLAHKU....
AKU TAK BISA MEMINTA SELAIN KASIH MU, TUHAN
AKU TAK MAMPU MEMOHON SELAIN BELAS MU, ALLAH
ENGKAULAH MAHA PENGASIH
ENGKAULAH MAHA PENYAYANG
ENGKAULAH MAHA PEMUTUS APA YANG ENGKAU KEHENDAKI
KALAU AKU MENGASIHINYA AKU LEBIH MENYINTAINYA
JIKA ENGKAU MENGHENDAKINYA YA ALLAH
KERANA ENGKAU LEBIH MENYINTAINYA
KEMBALIKANLAH DIA MESKI SEMENTARA
MOGA IA TIDAK TERSEKSA DALAM RAHMATMU
KEMBALIKANLAH WALAU SEKEJAP CUMA
MESKI PUN HANYA JASADNYA......


AYAHMU
10.25 MLM
10022008

Friday, February 8, 2008

SEMALAM, HARI INI DAN ESOK

Kenangku
pada pesta semalam
betapa bisa ku sirnakan
dari bebayang impian
di mataku.

Disitu
ku lihat wajahmu terlalu ayu
tergantung di hujung rambutku
ah....senyummu terlalu manis
untyk sebuah kucupan
direkah bibirmu.

Kau lihat adikku
lima lima jariku membelai rambut mu
sejuts restu menguntum dikamar hatiku
ah....betapa lesunya sinar bulan
di hujung jarimu.....

Aku mau bersuara, dik
betapa akan ku tinggalkan engkau?

Pun
hari ini
sebuah kegelisahan meremang dijantungku
ah...betapa debarnya
tak bisa daku katakan
apa apa pada mu
meski dalam rindu
wajah mu di mataku'

Dan dalam lenaku
kau menjelma di mimpi
betapa ayunya wajah mu
di puncak malam
matamu begitu jernih
merenung bulan.

Ah....cintaku berbunga dik
mewangi didadaku...

Aku terkejut
oh..kenapa engkau tiada disisi ku?
lantas aku mengeluh
mau saja ku seru namamu
tapi bagaimana?

Dan untuk esok
apa yang akan ku bicarakan?


16041972

aku baru belajar menulis sajak
waktu mula ku kenal cinta...

Thursday, February 7, 2008

BERNIAGA DENGAN RAKYAT.......

'AKU SEPERTI SESEORANG YANG SEDANG MENCARI MANUSIA YANG MASIH HIDUP DIDALAM TIMBUNAN MAYAT DI SINI'. Begitu kata Syed Abul Ala al Maududi didepan sekumpulan mahasiswa yang akan menerima segulung ijazah disebuah universiti diPakistan.
Mengapa beliau berkata begitu. sedangkan mahasiswa tersebut adalah manusia, bukannya mayat? Apakah mahasiswa kita juga adalah seonggokan mayat yang tidak ada gunanya kepada masyarakat kita? Apakah mahasiswa kita adalah mayat-mayat? Dan apakah didalam onggokan mayat mahasiswa kita masih bisakita temui seorang manusia yang masih hidup demi memperjuangkan survival manusia? masih bisakah? sedangkan di universiti universiti kita telah terlalu bobrok dengan segala penindasan dari pemerintah zalim Islam Hadharinya Dollar Badwi yang tidak pernah kenal erti dosa, apalagi untuk mengintai pahala?
Sekarang, Kerajaan Islam Hadhari sedang menghentikan perniagaan dengan rakyat. hen ti sementara kerana PRU12 dah dekat. Nak sambung berniaga tunggu lepas PRU12 nanti.
Rakyat akan diberi hutang sebelum pilihan raya meski pun hutang itu tidak perlu bagi rakyat. Tapi rakyat kena berhutang juga, suka atau tak suka, ambil atau tak ambil hutang itu, rakyat tetap akan ditagih untuk membayar hutang hutang tersebut, dengan bunga (interest) yang melambung tanpa ada apa apa surat perjanjian yang ditanda tangani antara dua pehak. Ya, terpaksa bayar kalau Islam Hadhari menang lagi pilihan raya ini. Rakyat perlu ingat. Kata Mahathir, 'FIKIR SEBELUM PANGKAH BN (iSLAM HADHARI).
Kenapa aku kata kerajaan Islam Hadhari berniaga dengan rakyat? Tak percaya?
1; Hospital telah lama diniagakan, berniaga dengan orang sakit. kalau berhutang dengan hospital, nama black list, silap haribulan tak boleh masuk hospital kalau sakit. Kerajaan berniaga dengan orang sakit. Suka ke tak suka, tetap kena bayar. Sedangkan kalau mengikut konsep negara Islam, perubatan kepada rakyat adalah percuma.
2; Belajar sekarang kena bayar. Tak ada duit tak boleh belajar. Sekarang kerajaan benarkan siapa yang ada duit buka universiti.Melambak universiti di negara yang sekangkang kera ni. Setiap negeri nak adauniversiti tapi tahap pembelajaran...taktaula macamana kualitinya. Universiti Malaya yang dulu menjadi kebanggaan negara sebagai antara universiti yang terbaik didunia sekarang dah merudum jatuh corot. Itu universiti yang paling awal diMalaysia. jadi, apa kualiti universiti sekarang selain nak kaut untung saja. Bukan beri pelajaran yang terbaik kepada rakyat. Lepas belajar kena bayar hutang PTPTN yang bunganya melambung. Keja gajinya tak seberapa, itu kalau pelajar itu dapat keje. peluang pekerjaan banyak di rampas oleh pendatang asing. Siapa bawa pendatang asing? Berniaga manusia lagi untung woo....semua kroni kaut. Halal haram tolak tepi, asal masyuk.....
3; Nak cerita gejala sosial yang makin terlungkup diMalaysia? Siapa penyebar gejala sosial ini? Ini pun satu perniagaan maaa.....tunggu episode akan datang.

Wednesday, February 6, 2008

kutuk sikit sikit jee........

ari ni aku cuti. malam tadi aku bali ke Keratong dengan anakku, Maryam dan Ikhwan. fizah tinggal dengan cucu ku,Mairah. dia keje esok, katanya. Sampai keratong jam 10.30 mlm, lebih kurang. Sebelum tu aku berhenti makan di simpang serting. Maryam tak nak makan.
pagi. aku kepejabat ambil tanda tangan pengurus untuk sekolah Ikhwan. Tak ada pulak pengurus. Kena tinggalkan dulu borang tu. Petang, ke Segamat satu keluarga,beli keperluan Ikhwan. kopaklah dekat RM300.00.
aku beli Wasilah. Wasilah sekarang okey. cantik. Muka depan Mahathir cakap "'FIKIR' SEBELUM PANGKAH BN"....HAI.....Mahathir sekarang macam pembangkang aje. terok Dollah Badwi kena hentam dek Mahathir kebelakangan ni.
Pilihanraya mungkin Mac ni, semalam Dollar Badwi dah dapat ilham bila nak pilihan raya, tapi masih tak istiharkan bila.Masih berteka teki lagi. Agaknya bimbang dengan faktor Anwar. Tapi kata Anwar, walau bila sekalipun Dollar Badwi nak adakan pihanraya dia tetap akan dapat ke Parliment. Adalaa caranya tu kan?....orang politik la katakan.
Kemungkinan empat orang MB gugur atau di pindahkan ke pusat oleh Dollar badwi. kita tengok nanti siapa yang kena....
BN sekarang dalam kritikal. Macam macam skandal. BN tengah menjunam. isu Hindraf, Demontrasi Bersih (22hb ni mungkin akan buat lagi demontrasi di K.T plak biar sampai si rasid raman tu letak jawatan). teroklah kalau jadi kaki bodek, macam tak tau dosa pahala. hai....apalaaaa yang aku melalut ni. kalau nak tulis, macam mavam aku nak tulis. lain kali pulak la, nanti tak ada modal. baru nak asah bakat.....

Tuesday, February 5, 2008

Ponteng..........?kah...kah...kah...

tak kerja harini. Ponteng. sebenarnya aku dah bangun pagi tadi tapi mata berat nak celek,tak tau kenapa. aku terlentang semula. lelap. sadar sadar matahari dah menggalah. sembahyang pun ponteng jugaaaaak......apa nak jadi aku ni. bangun tidur, tak makan apa pun. bini tak ada, balik kampung. nak masak sendiri.......oooo,malasnya....
aku bukak laptop aku, dah lama nak buat blog, tak jadi jadi. waktu dapat gaji aku terus beli buku panduan membena sebuah blog peribadi. cuba punya cuba....akhirnya berjaya juga......yaaahuuuu. bukan apa, saja aje nak cuba menulis....asah bakat.(dah tua nak asah bakat apalagi? saja mengada) ni la yang aku cuba tulis.... tulisla apa aje....merapu la apa aja, kita punya blog ikut suka kita la nak tulis apa...
kul 10.00 gi ka putrajaya, kepejabat tempat kerja. rupanya ramai yang ponteng.....
aku kena panggil mengadap, apa lagi.....kelentong dah sedia, kelentong aje la...tapi kelentong aku betul apa....aku kata anak aku dapat sekolah teknik, aku kena uruskan semua keperluan, memang betul apa, tatak tipu.last last dapat tambah cuti lagi. mampus aku bulan ni tak beduit, banyak cuti.
aku ke kay el naik erl, beli buku. tu la hobby aku sejak dulu. ada duit ke tak ada duit ke, buku tetap aku beli. kekadang tak habis baca lagi aku dah beli buku baru.
aku beli tiga buah, novel 'nama ku merah kirmizi, kamus hebrew-english dan sabuah buku belajar bertutur bahasa hebrew. kopak juga seratus lebeh.
malam aku bertolak kekeratong dengan anak anak ku. yatim nak buat majlis pertunangan anaknya si nurul. okey.....dah mengantuk......bini aku dah lama mimpi.