Tuesday, May 19, 2009

SURAT 68: kepada salman al farisi sebelum kekhalifahan Amirul Mukminin.


Amma ba'du. Contoh dunia ini adalah ibarat ular yang lembut dalam sentuhan tapi racunnya mematikan. Oleh kerana itu jauhkanlah diri anda dari apa saja yang nampak baik bagi anda, kerana tinggalnya berserta anda singkat. Janganlah anda cemas atasnya kerana keyakinan anda bahawa ia akan meninggalkan anda dan keadaannya tak tetap. Bilamana anda merasa sangat tertarik kepadanya, jauhkanlah ia sekuat mungkin, kerana bilamana sesaorang telah yakin akan kebahagiaan didalamnya, ia melimparkannya kedalam bahaya; atau bilamana ia merasa aman didalamnya, dunia mengubah keamanannya menjadi ketakutan. Wassalam.


NAHJUL BALAGHAH: PUNCAK KEFASIHAN.
ALIMAM AMIRUL MUKMININ
ALI BIN ABI THALIB A.S.

3 comments:

Uwais Qarny said...

slm..kamu syiah ke?

uLaTbUKu.cOm said...

salam.....knapa dgn syiah? sesat?
kalau sesat, bagaimana pendapat kamu dgn fatwa al Azhar? Bagaimana dengan kata kata imam asSyafie yang berkata: Kalau menyintai ahlil bait itu Rafidhi, maka aku adalah Rafidhi."

Dato Laksamana~~ said...

Syiah tetap islam...
Walaupun sunnah, jika benarla berpegang pada sunnah nabi, nabi memerintahkan umatnya supaya berpagang pada dua perkara apabila kita sentiasa bersama, maka kita tidak akan sesat...
Al-Quran serta itrahnya (Ahlul Bayt)
Siapa yang sesat?