Monday, May 18, 2009

APAKAH AGAMA TUAN MENGUNCI MATI AKAL, TUAN?

Apakah agama tuan mengunci mati akal? Soal sipenanya. Kehairanan. Sebab mengikut kata orang, yang didengar orang orang muslim malah ramai nyang pandai.
"Tidakk" sanggah sang guru. "Agama kami tidak mengunci mati akal. Tetapi, yang menyangkut agama kami, mesti mengambil apa apa yang ada dalam alQur'an dan Hadits tanpa boleh bertanya kenapa demikian, misalnya. Sebab, sudah kami katakan bahawa akal manusia terbatas. Maknanya, tidak mampu menjangkau kebenaran hakiki. Berbeda dengan agama yang dapat menjangkaunya."
"Baik, lalu dengan apa anda membenarkan agama anda? Apakah dengan agama anda pula dan tidak dengan akal?" Sang penanya mendesak.
"Be...be...benar." Sang guru menjawap terpaksa, kerana tiada pilihan lain dan sedikit tergagap. Sebab yang selama ini ia pelajari adalah dalam menentukan segala sesuatu harus dengan agama, tidak boleh dengan akal. Lhaa....! Sekarang ditanya dengan apa mengatakan dan membuktikan agama Islam itu benar? Waah.....ini susah menjawabnya........

No comments: