Wednesday, December 22, 2010

Dr Faisal Tehrani: Terlepas Dari Disembelih

Dr Faisal Tehrani: Terlepas Dari Disembelih: "Blogger MBP2587 yang tidak saya kenali menghantari saya pautan video ini. Ia adalah interbiu wartawan TV Hijrah dengan ketua masyarakat Sy..."

Tuesday, December 21, 2010

Matam Of Ashura In Malay Language 2

Temuramah TV Hijrah 1

Temuramah TV Hijrah 2

Dr Faisal Tehrani: Hantar Penerjun Syiah Ke Sukan Olimpik 2012!

Dr Faisal Tehrani: Hantar Penerjun Syiah Ke Sukan Olimpik 2012!: "Saya ingin merujuk berita yang dilaporkan oleh Berita Harian 2010/12/17 tentang pencabulan hak asasi minoriti syiah di Gombak, minggu lepas...."

Hati Ahmadi: Muharram di Qom

Hati Ahmadi: Muharram di Qom: "Dalam kedinginan 10°C, anak kecil itu dijulang ke udara. Di tengah kerumunan massa, ia tak menangis. Sembari dibaluti kain puteh, seperti ka..."

Hati Ahmadi: Sambutan Asyura di Afrika

Hati Ahmadi: Sambutan Asyura di Afrika

Hati Ahmadi: Syiah di Malaysia

Hati Ahmadi: Syiah di Malaysia: "Ini adalah gambar2 dipercayai pengikut Syiah kat Malaysia yang sedang menyambut Hari Asyura. Takde pisau, rantai dan takde darah2 pun! ..."

Hati Ahmadi: Adakah Mereka Sesat?

Hati Ahmadi: Adakah Mereka Sesat?: "Menarik juga mengikuti berita Syiah ditangkap ni. Ada lagi yang hantar gambar ni..katanya ini juga pengikut Syiah yang bebas menunaikan ibad..."

Hati Ahmadi: Ajaran Syiah di Malaysia Sesat?

Hati Ahmadi: Ajaran Syiah di Malaysia Sesat?: "Hampir semua berita utama di akhbar harian hari ini menceritakan tentang penangkapan pengikut Syiah di Malaysia oleh JAIS. Ahmad pun pelik b..."

Dr Faisal Tehrani: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Cadang JAIS Berdialog ...

Dr Faisal Tehrani: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Cadang JAIS Berdialog ...: "Nampaknya bukanlah saya seorang simpatisan terhadap minoriti syiah di Malaysia. Kenyataan peguam dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, MOHAMED HA..."

Sunday, December 19, 2010

Jais Serbu Kubu Syiah

Dr Faisal Tehrani: Berikan Sahaja Hak-Hak Mereka Sebagai 'Kafir'

Dr Faisal Tehrani: Berikan Sahaja Hak-Hak Mereka Sebagai 'Kafir': "Tahukah anda perayaan Thaipusam buat penganut Hindu adalah bagi memperingati kelahiran Dewa Murugan, anak bongsu Dewa Shiva dan isterinya, P..."

Wednesday, December 8, 2010

MUNGKINKAH AGAMA HINDU ITU BERASAL DARI AGAMA NABI IBRAHIM? BAGIAN 2

Peperangan antara Deva dan Assyur terdapat didalam kitab Mahabharata hal 222, Bonaparbha. Pada ketike itu masyarakat kesukuan itu selalu berperang sesama mereka. Suku yang kuat akan memeras suku yang lemah dan merampas harta kekayaan mereka. Puak puak Arya India orang orang yang menyerang itu sebagai "Zavan". Inilah yang mungkin menyebabka keturunan dari Zavan (Jawan), cucu Nabi Nuh pernah melakukan penyerangan berkali kali terhadap penduduk Ur. Kerana ini lah maka pada abad abad kemudian orang orang Greek (Yunani) dan Islam, disebabkan penyerangan mereka berkali kali terhadap orang orang Arya India mendapat julukan "Zavan".

NEGERI BANYAK TUHAN:

Leonard Wooley didalam bukunya "Abraham " mengatakan bahaw Nabi Ibrahim a.s. hidup pada tahun 2100 SM dan ayah beliau adalah seorang yang berpangkat tinggi didalam kerajaan. Penduduk yan mendiami Ur umumnya terbahagi kepada 3 golongan - Amilu, Miskine, dan Ardu. Orang orang Amilu adalah merupakan kaum bangsawan, orang orang Miskine adalah golongan petani dan pengusaha sebagaimana orang orang Waisya dalam keyakinan Hindu, sedangkan orang Ardu adalah mereka yang diperlakukan sebagai hamba sahaya sepertimana kasta Sudra.
Penduduk Ur mempercayai banyak dewa sembahan, tidak kurang dari 5000 dewa, dan setiap kota memiliki dewa khas masing masing. Nannar (dewa bulan) adalah dewa sembahan bagi kota Ur. Patung nya terletak diatas sebuah bukit dekat kota serta didampingi oleh dewu Nanggul, isterinya. Demikian pula bagi kota Larsa yang menyembah Shamash (dewa matahari)sebagai tuhan mereka. Selain itu terdapat banyak pula bintang bintang yang disembah sebagai dewa disetiap kota sebagai tuhan pembantu tuhan tuhan tersebut. Dan adalah tidak menjadi keanehan apabila dewa bulan dari kota Ur yang mempunyai lambang bulan dikepala dibawa keIndia dan kepergununga Himalaya bersama isterinya (Parvati). Menurut Jewish Encyclopaedia orang orang Ur adalah pengabdi setia kepada dewa bulan dan bintang bintang.
AlQuran juga mengesahkan bahawa kaum Nabi Ibrahim a.s. adalah penyembah matahari, bulan dan bintang bintang. Nabi Ibrahim a.s. telah menolak keyakinan kaum nya dengan berkata sebagaimana tersebut dalam alQuran "Jadi ketika ia (Nabi Ibrahim) berada didalam kegelapan malam maka ia (N.Ibrahim) melihat sebuah bintang ____ketika ia melihat bulan sedang terbit ____dan ketika ia melihat matahari terbit maka ia(N.Ibrahim) berkata: "Dapatkan ini menjadi tuhanku?" Ia secara mutlak menyatakan: "Saya tak berurusan apa apa dengan yang kamu sekutukan dengan Allah." -- yakni, matahari, bulan dan bintang bintang sekali kali tak mungkin dapat menyamai Allah. Dia sama sekali sekali suci dari mempunyai sekutu. Sama seperti ini, Upanishad mengemukakan : "Na tatra surya bhati no chandratarakang." (bulan tidak, matahari tidak, dan tidak pula bintang bintang dapat menjadi mazhar sebenarnya dari Tuhan) (Mondok Upanishad 2/2/15 dan Shetasshastara Upanishad 6/14). Kelihatanya ucapan ucapan ini datang dari lidah yang sama.
Menurut etimologi, kata "Mesopotamia" bererti suatu wilayahyang dibatasi oleh dua sungai. Iraq nama modern dari Mesopotamia juga bererti daerah tepian sebuah sungai. Daerah daerah kediaman bangsa Arya kemudian dinamai dengan nama nama sungai. Contohnya "Sind" berasal dari "Sapta Shindu" dan "Punjab" dari "Panchaab" (Lima Sungai). Diketahui dari sejarah bahawa penduduk diwilayah ini dahulunya menyembah banyak berhala serta dewa dewa. Yang terbesar dar sembahan sembahan itu ialah "An" yang bererti, "Langit" (A History of the Ancient World m/s 38) dengan tiada sangsi sedikit pun dapatlah dikatakan bahawa dewa langit "An" ini. disebabkan oleh peredaran masa berubah jadi " Indra".


Monday, December 6, 2010

MUNGKINKAH AGAMA HINDU ITU BERASAL DARI NABI IBRAHIM? BAGIAN 1

Mungkin pertanyaan sebagaimana judul tersebut akan mengelirukan. Kenapa keliru? Kerana sebagaimana yang kita ketahui bahawa Nabi Ibrahim a.s adalah seorang Hanif, beragama tauhid yang hanya menyembah Allah yang Maha Esa. Berbeda dengan keyakinan agama Hindu yang berkeyakinan kepada banyak tuhan yang menjadi sesembahan mereka.. Jadi bagai mana mungkin terjadi Agama Hindu itu berasal dari agama keyakinan Nabi Ibrahim? Pening.....
Ini hanya sebuah pendapat jer.....
kalau kita telitikan nama Nabi Allah Ibrahim a.s. sama dengan nama Abraham (dalam kitab Bible) dan Brahma (nama satu dari dewa Hindu). kan?
Beberapa dukumen sejarah ada memjelaskan bahawa Ibrahim, Abraham dan Brahma adalah orang yang sama. Dalam beberapa waktu yang berbeda, orang orang Arya yang terbahagi kepada beberapa puak adalah datang dari kota Ur, di Mesopotamia (Iraq sekarang). Dan kerana peredaran zaman, penduduk Ur (Urian) menjadi terkenal dengan pangilan Arya atau Aryan.Sebagaimana diketahui, Ur yang berada diMesopotamia adalah sebuah daripada pusat peradaban yang terkenal sebagaimana Babylon dan Nineveh. (Rujuk: A History of Ancient World; olehChester G. Starr, muka 29)

NABI NUH DAN MESOPOTAMIA

Nabi Nuh a.s. adalah datuk Nabi Allah Ibrahim yang kesepuluh. Ia di kenali sebagi Manu didalam kitab kitab suci agama Hindu/Brahma. Nabi Nuh a.s adalah penduduk asli Mesopotamia dan diutus oleh Allah sebagai Rasul di daerah tersebut. Kisah pembenaan bahtera dan banjir besar Nabi Nuh bukan sahaja tersebut dalam al Quran, tetapi terdapat juga dalam kitab kitab suci agama lain, juga terdapat dalam bentuk penceritaan lisan kepada berbagai bangsa didunia ini. Kisah tersebut dapat kita baca didalam Surah Hud dan al Mukminun
Didalam Kitab Bible: Kejadian; 6,7, dan 8. dan didalam kitab ugama Hindu terdapat dalam Mahabharata ayat bAB 3/187, dan didalam kitab Shata Patha Brahman ayat 1-8-1: 1-6.
Setelah banjir surut, anak anak dan keturunan Nabi Nuh serta pengikut pengikut nya yang setia telah memencar keberbagai tempat mengikut tujuan masing masing. Ada yang menyeberang ke Eropah, ada yang melanjutkan perjalanan keAfrika, China atau India, dan ada yang kembali menetap di Ur.
Sebuah hadits ada menjelaskan bahawa orang orang Romawi adalah berketurunan dari Sham bin Nuh. Orang orang Rusia, Moskow adalah keturunan dari Yafits bin Nuh, sebagaimana terdapat dalam kitab Kejadian: 10;2 dan di dalam kitab Yehezkiel:38;2,3.
Kejadian banjir Nabi Nuh ada suatu kejadian yang cukup mengerikan kepada penduduk penduduk Mesopotamia yang menurut penulis buku A History of the Ancient World pada halaman 40: "Suatu hikayat yang melukiskan dewa dewa marah dan mengirim banjir."
Anak Nabi Nuh, Sham mempunyai anak anak bernama Elam, Asyur, Arpakhshad, Lud dan Aram (Kejadian 10:22,23). Sedangkan anaknya yang bernama Yafits mempunyai anak anak yang bernama Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesech dan Tiras. (Kejadian 10: 2). Mereka ini lah yang mendirikan kerajaan disekitar Mesopotamia yang dinamakan dengan nama nama mereka masing masing.
Didalam kitab ugama Hindu, Adiparba Bab:85 dan Bonaparba Bab:51 dari kitab
Mahabharata berisi cerita tentang kerajaan Jawan. Kerajaan Assyria sangat menindas dan semua suku yang menduduki kerajaan tersebut sentiasa berada didalam ketakutan disebabkan penindasan yang keterlaluan. "Nama Assyria itu sendiri amat menimbulkn kepanikan kepada sesiapa saja yang mendengarnya": "dan " bahawa Assyria yang berkuasa sangat ditakuti dan disegani oleh dunia purba waktu itu." Kata penulis buku The History of the World. hal,28 dan 30 oleh John V.D Shourtworth.
Penduduk Ur sering diserang oleh orang orang Assyria dan oleh kerana itu mereka mulai menaruh pandangan rendah dan tidak menghargaimereka. Atas alasan inilah maka orang orang Hindu-Arya sangat memusuhi orang orang Assyur (Dari Rigveda Samhita halaman 28 dan 72, terjemahan Ramesh Chandra Batta)

malan ni ke kratong 10.....