Tuesday, September 29, 2009

NAMA ALLAH DALAM BIBLE (ALKITAB)

LEMBAGA ALKITAB INDONESIA-TERJEMAHAN BARU (LAI-TB)
EZRA 5:1
Tetapi Nabi Hagai dan Zakaria bin Ido, kedua Nabi itu, bernubuat terhadap orang orang Yahudi yang tinggal diYahuda dan diYerusalem dalam nama ALLAH Israel, yang menyertai mereka.
KING JAMES VERSION (KJV)
EZRA 5:1
Then the prophets, Haggai the prophet and Zechariah the son of Iddo, prophesied unto the Jews that were in Judah and Jerusalem in the name of the God of Israel,even unto them.
HEBREW TRANSLATE: EZRA 5:1
Vehitnabi Khagai neviyah neviyah Uzekharyah var-Ido neviyaya al-Yehudaye di
vihud 'Uvirusylem BESYUM ELAH YIZRA'EL 'aleihon.
Kalimat ini tertera dalam alKitab Perjanjian Lama ditulis dalam aksara Ibrani dengan pengertian bahasa Aram, bahasa yang notabene merupakan induk bahasa Arab. Dalam dialek bahasa Arab, kalimat "BESYUM ELAH YIZRA'EL" dibaca: "BISMILLAH" (Dengan Nama Allah).

(SAMBUNG LAGI NANTI.....)

Sunday, September 27, 2009

NAMA ALLAH SEBELUM MASA NABI MUHAMMAD


Tentang Nama Allah disitus ini memuat banyak artikal. Saya kutip secara ringkas dari blog sarapan pagi.

Kelompok pengagum nama YAHWEH tidak henti nentinya memprovokasi dan mengklaim nama Tuhan yang paling sahih adalah "YAHWEH" dan nama "ALLAH" adalah hanya teruntuk bagi orang orang Muslim sahaja, daan selanjutnya mengklaim bahawa ALLAH adalah berhala sama sebagaimana dewa bulan, dewa air dst.....sepertimana dakwaan seorang penulis Keristian, ROBERT MOREY dalam buku nya yang kontroversi bukan sahaja kepada penganut Islam sahaja tetapi turut tidak disenangai oleh sebahagian penganut keristian sendiri, THE ISLAMIC INVASION.
Apabila kita membaca buku THE ISLAMIC INVASION karangan ROBERT MOREY tentang Islam sehingga sesetengah penulis Keristian sendiri mempersoalkan "sampai dimanakah Ph.D. in Islamic Studies" nya? Dan dari Universiti mana?
Mari kita mulai dasar kata kalimah ALLAH itu sendiri dari apa yang di tulis oleh saorang penganut Keristian fanatik sendiri.
Tentang nama Allah terdapat banyak situs yang ditulis beliau, antaranya:
nama-allah-study-kata-1-vt5.html#p11.
Beliau menulis bahawa beliau bukan pembenci nama "YAHWEH" tetapi beliau tidak mau di perbodohkan oleh kelompok seperti si ROBERT MOREY tadi.
Beliau menghormati nama ALLAH yang mana saja, YHWH, YHVH, YAHWEH, YEHOVAH, KURIOS, THEOS, ELOAH, ELOHIM, EL, ELAH, ELAHA, ALLAH....DLL.
Ketika nama ALLAH dipersoalkan penggunaannya oleh yang bukan penganut Islam , kita mempersoalkan keabsahan pengunaan kata itu tanpa memperehalusi asalkata dan akar kata ALLAH itu sendiri. Kita penuh sentimen perkauman yang sempit menyerang setiap kelompok yang mempergunakan kalimah ALLAH seolah olah hanya kita saja makhluk ciptaan ALLAH yang berhak menghuni bumi/alam ini, selain dari kita yang menganut Isal adalah tidak berhak sama sekali hatta menyebut NamaNya dengan penuh penghormatan.
Kata penulis:"kita harus mengerti apakah kata ALLAH identik dengan ALLAH umat Muslim saja? Apakah itu nama berhala? Dalam naskhah bahasa asli Alkitab kita PERJANJIAN LAMA tertulis:
(MAAF, SAYA TIDAK DAPAT MENULIKANNYA KEMBALI NASKHAN IBRANINYA KERANA TIDAK TAU BAGAIMANA MAU MENULISNYA)
Dalam Kitab EZRA:5:1 tertulis: BESYUM 'ELAH YISRA'EL: (DALAM NAMA ALLAH ISRAEL)
Dalam EZRA:6:14 juga tertulis: ELAH YISRA'EL (ALLAH ISRAEL).
(AKAN DISAMBUNG............)

Thursday, September 24, 2009

lagi lagi hassan ali......

lagi lagi hassan ali......betul betul dia ni buat masaalah dengan PR. susah susah kau ni masuk umNo je lah. suruh orang wala'......sendiri tak mau wala' dengan jamaah. apparaa......nak sangat jadi mb ker..??
ni yang bikin kitaorang penin niii...janganla buat kecoh macam pembangkang. kalau tak setuju.....bincang.....bukan buat kenyataan akhbar. atau kamu ni memang ejen umNo dalam PAS ker. saja masuk PAS untu menjahanamkan lagi.
tokoh motivasi konon......diri sendiri pun tak boleh nak motivasi......rupanya orang yan ada dr ni x bley pakai.....motibasi syooook sendri.

Tuesday, September 8, 2009

PERSELISIHAN DIKALANGAN MADZHAB EMPAT. (2)

Perhatikanlah! Bagaimana Syafi'i telah menyusun madzhabnya yang lama (Qadim) dan menyibarkannya dikalangan kaum muslimin di Iraq, Hijaz, Yaman dan Syria. Kemudian ia berpindah ke Mesir kerana sebab sebab tertentu. Disana ia bergaul dengan orang Maghribi dan mengambil ilmu daripada mereka. Lalu dia berpindah dari madzhabnya yang lama dengan menyusun madzhab lain yang menamakannya madzhab baru (Jadid). Sehingga beberapa masaalah sahaja yang tinggal pada madzhabnya yang pertama.
Lalu timbul pertanyaan: Sekiranya madzhab pertamanya betul kenapa ia mencipta madzhab yang kedua dan sebaliknya?
Begitu pula kita perhatikan Abu Hanifah memberi pendapatnya dalam satu satu masaalah, murid muridnya Abu Yusuf, Muhammad dan Zufar menyalahkannya. kadangkala seorang dari mereka sependapat dengannya, yang dua lagi tidak. Atau ketiga tiga mereka menyalahinya. Atau kadang kala ketiga mereka menyetujuinya.
Demikian pula dengan Malik dan Ahmad bin Hanbal, perselisihan berlaku dikalangan mereka dalam semua masaalah dan ia tentu sekali membuat kita berada didalam keraguan.

Wednesday, September 2, 2009

PERSELISIHAN DIKALANGAN MADZHAB EMPAT.

Selama 15 tahun kami menkaji perselisihan (khilaf) dikalangan madzhab empat. Aku dan saudaraku, Ahmad, merasai sesuatu kepelikan kerana kami dapati perselisihan berlaku didalam satu masaalah didalam madzhab yang sama.Lebih lebih lagi perselisihan yang berlaku antara satu madzhab dengan tiga madzhab yang lain. Sehingga kami dapati satu madzhab menghalalkan satu masaalah sementara madzhab yang lain mengharamkannya. Begitu juga satu madzhab mengatakan ianya makruh sementara madzhab yang lain mengatakan ianya sunat. Begitulah seterusnya. Sebagai contoh, Syafi'i berpendapat bahawa menyentuh perempuan ajnabi membatalkan wudhu' sementara hanafi berpendapat ianya tidak membatalkan wudhu'.
Malik pula berpendapat bahawa sentuhan jika dengan syahwat atau sengaja membatalkan wudhu', jika tidak maka ia tidak membatalkan wudhu'.
Syafi'i mengharuskan seseorang mengahwini anak perempuan zinanya, sementara Abu Hanifah, Malik dan Ahmad bin Hanbal mengharamkannya.
Hanafi berpendapat bahawa sedikit darah yang keluar dari tubuh badan adalah membatalkan wudhu', sementara yang tiga lagi berpendapat bahawa ia tidak membatalkan wudhu'.
Hanafi berpendapat bahawa wudhu' harus dilakukan dengan Nabidh (umpamanya air kurma) dan susu yang bercampur dengan air. Sementara yang tiga lagi berpendapat ianya tidak harus.
Malik berpendapat bahawa memakan daging anjing adalah harus. Sementara yang tiga lagi berpendapat ianya tidak harus.
Syafi'i berpendapat bahawa memakan daging serigala (tha'lab), daging musang (dhab) dan daging belut (jar'y) adalah harus. Sementara Abu Hanifah berpendapat bahawa memakannya adalah haram.
Syafi'i berpendapat bahawa landak (qubfuz) adalah halal sementara yang tiga lagi berpendapat ianya haram. Dan banyak lagi perselisihan perselisihan yang berlaku dikalangan mereka beemula dari bab pertama fiqh hinggalah keakhirnya.
SubhanalLah! Apakah syariat Islam itu tidak lengkap sehingga mereka melengkapi dengan perselisihan dikalangan mereka? Satu madzhab menghalalkannya, dan yang satu lagi mengharamkannya? Sementara yang lain pula mengharuskannya? Dan yang lain pula berpendapat sebaliknya?
Tetapi apa yang jelas daripada RasululLah s.a.w ialah sabdanya;
"Halal Muhammad adalah halal sehingga hari kiamat dan haram Muhammad adalah haram sehingga hari kiamat."

Dikutip dari tulisan;
Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin
al-Antaki.
MENGAPA AKU MEMILIH
AHLUL-BAIT A.S?