Wednesday, December 22, 2010

Dr Faisal Tehrani: Terlepas Dari Disembelih

Dr Faisal Tehrani: Terlepas Dari Disembelih: "Blogger MBP2587 yang tidak saya kenali menghantari saya pautan video ini. Ia adalah interbiu wartawan TV Hijrah dengan ketua masyarakat Sy..."

Tuesday, December 21, 2010

Matam Of Ashura In Malay Language 2

Temuramah TV Hijrah 1

Temuramah TV Hijrah 2

Dr Faisal Tehrani: Hantar Penerjun Syiah Ke Sukan Olimpik 2012!

Dr Faisal Tehrani: Hantar Penerjun Syiah Ke Sukan Olimpik 2012!: "Saya ingin merujuk berita yang dilaporkan oleh Berita Harian 2010/12/17 tentang pencabulan hak asasi minoriti syiah di Gombak, minggu lepas...."

Hati Ahmadi: Muharram di Qom

Hati Ahmadi: Muharram di Qom: "Dalam kedinginan 10°C, anak kecil itu dijulang ke udara. Di tengah kerumunan massa, ia tak menangis. Sembari dibaluti kain puteh, seperti ka..."

Hati Ahmadi: Sambutan Asyura di Afrika

Hati Ahmadi: Sambutan Asyura di Afrika

Hati Ahmadi: Syiah di Malaysia

Hati Ahmadi: Syiah di Malaysia: "Ini adalah gambar2 dipercayai pengikut Syiah kat Malaysia yang sedang menyambut Hari Asyura. Takde pisau, rantai dan takde darah2 pun! ..."

Hati Ahmadi: Adakah Mereka Sesat?

Hati Ahmadi: Adakah Mereka Sesat?: "Menarik juga mengikuti berita Syiah ditangkap ni. Ada lagi yang hantar gambar ni..katanya ini juga pengikut Syiah yang bebas menunaikan ibad..."

Hati Ahmadi: Ajaran Syiah di Malaysia Sesat?

Hati Ahmadi: Ajaran Syiah di Malaysia Sesat?: "Hampir semua berita utama di akhbar harian hari ini menceritakan tentang penangkapan pengikut Syiah di Malaysia oleh JAIS. Ahmad pun pelik b..."

Dr Faisal Tehrani: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Cadang JAIS Berdialog ...

Dr Faisal Tehrani: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Cadang JAIS Berdialog ...: "Nampaknya bukanlah saya seorang simpatisan terhadap minoriti syiah di Malaysia. Kenyataan peguam dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, MOHAMED HA..."

Sunday, December 19, 2010

Jais Serbu Kubu Syiah

Dr Faisal Tehrani: Berikan Sahaja Hak-Hak Mereka Sebagai 'Kafir'

Dr Faisal Tehrani: Berikan Sahaja Hak-Hak Mereka Sebagai 'Kafir': "Tahukah anda perayaan Thaipusam buat penganut Hindu adalah bagi memperingati kelahiran Dewa Murugan, anak bongsu Dewa Shiva dan isterinya, P..."

Wednesday, December 8, 2010

MUNGKINKAH AGAMA HINDU ITU BERASAL DARI AGAMA NABI IBRAHIM? BAGIAN 2

Peperangan antara Deva dan Assyur terdapat didalam kitab Mahabharata hal 222, Bonaparbha. Pada ketike itu masyarakat kesukuan itu selalu berperang sesama mereka. Suku yang kuat akan memeras suku yang lemah dan merampas harta kekayaan mereka. Puak puak Arya India orang orang yang menyerang itu sebagai "Zavan". Inilah yang mungkin menyebabka keturunan dari Zavan (Jawan), cucu Nabi Nuh pernah melakukan penyerangan berkali kali terhadap penduduk Ur. Kerana ini lah maka pada abad abad kemudian orang orang Greek (Yunani) dan Islam, disebabkan penyerangan mereka berkali kali terhadap orang orang Arya India mendapat julukan "Zavan".

NEGERI BANYAK TUHAN:

Leonard Wooley didalam bukunya "Abraham " mengatakan bahaw Nabi Ibrahim a.s. hidup pada tahun 2100 SM dan ayah beliau adalah seorang yang berpangkat tinggi didalam kerajaan. Penduduk yan mendiami Ur umumnya terbahagi kepada 3 golongan - Amilu, Miskine, dan Ardu. Orang orang Amilu adalah merupakan kaum bangsawan, orang orang Miskine adalah golongan petani dan pengusaha sebagaimana orang orang Waisya dalam keyakinan Hindu, sedangkan orang Ardu adalah mereka yang diperlakukan sebagai hamba sahaya sepertimana kasta Sudra.
Penduduk Ur mempercayai banyak dewa sembahan, tidak kurang dari 5000 dewa, dan setiap kota memiliki dewa khas masing masing. Nannar (dewa bulan) adalah dewa sembahan bagi kota Ur. Patung nya terletak diatas sebuah bukit dekat kota serta didampingi oleh dewu Nanggul, isterinya. Demikian pula bagi kota Larsa yang menyembah Shamash (dewa matahari)sebagai tuhan mereka. Selain itu terdapat banyak pula bintang bintang yang disembah sebagai dewa disetiap kota sebagai tuhan pembantu tuhan tuhan tersebut. Dan adalah tidak menjadi keanehan apabila dewa bulan dari kota Ur yang mempunyai lambang bulan dikepala dibawa keIndia dan kepergununga Himalaya bersama isterinya (Parvati). Menurut Jewish Encyclopaedia orang orang Ur adalah pengabdi setia kepada dewa bulan dan bintang bintang.
AlQuran juga mengesahkan bahawa kaum Nabi Ibrahim a.s. adalah penyembah matahari, bulan dan bintang bintang. Nabi Ibrahim a.s. telah menolak keyakinan kaum nya dengan berkata sebagaimana tersebut dalam alQuran "Jadi ketika ia (Nabi Ibrahim) berada didalam kegelapan malam maka ia (N.Ibrahim) melihat sebuah bintang ____ketika ia melihat bulan sedang terbit ____dan ketika ia melihat matahari terbit maka ia(N.Ibrahim) berkata: "Dapatkan ini menjadi tuhanku?" Ia secara mutlak menyatakan: "Saya tak berurusan apa apa dengan yang kamu sekutukan dengan Allah." -- yakni, matahari, bulan dan bintang bintang sekali kali tak mungkin dapat menyamai Allah. Dia sama sekali sekali suci dari mempunyai sekutu. Sama seperti ini, Upanishad mengemukakan : "Na tatra surya bhati no chandratarakang." (bulan tidak, matahari tidak, dan tidak pula bintang bintang dapat menjadi mazhar sebenarnya dari Tuhan) (Mondok Upanishad 2/2/15 dan Shetasshastara Upanishad 6/14). Kelihatanya ucapan ucapan ini datang dari lidah yang sama.
Menurut etimologi, kata "Mesopotamia" bererti suatu wilayahyang dibatasi oleh dua sungai. Iraq nama modern dari Mesopotamia juga bererti daerah tepian sebuah sungai. Daerah daerah kediaman bangsa Arya kemudian dinamai dengan nama nama sungai. Contohnya "Sind" berasal dari "Sapta Shindu" dan "Punjab" dari "Panchaab" (Lima Sungai). Diketahui dari sejarah bahawa penduduk diwilayah ini dahulunya menyembah banyak berhala serta dewa dewa. Yang terbesar dar sembahan sembahan itu ialah "An" yang bererti, "Langit" (A History of the Ancient World m/s 38) dengan tiada sangsi sedikit pun dapatlah dikatakan bahawa dewa langit "An" ini. disebabkan oleh peredaran masa berubah jadi " Indra".


Monday, December 6, 2010

MUNGKINKAH AGAMA HINDU ITU BERASAL DARI NABI IBRAHIM? BAGIAN 1

Mungkin pertanyaan sebagaimana judul tersebut akan mengelirukan. Kenapa keliru? Kerana sebagaimana yang kita ketahui bahawa Nabi Ibrahim a.s adalah seorang Hanif, beragama tauhid yang hanya menyembah Allah yang Maha Esa. Berbeda dengan keyakinan agama Hindu yang berkeyakinan kepada banyak tuhan yang menjadi sesembahan mereka.. Jadi bagai mana mungkin terjadi Agama Hindu itu berasal dari agama keyakinan Nabi Ibrahim? Pening.....
Ini hanya sebuah pendapat jer.....
kalau kita telitikan nama Nabi Allah Ibrahim a.s. sama dengan nama Abraham (dalam kitab Bible) dan Brahma (nama satu dari dewa Hindu). kan?
Beberapa dukumen sejarah ada memjelaskan bahawa Ibrahim, Abraham dan Brahma adalah orang yang sama. Dalam beberapa waktu yang berbeda, orang orang Arya yang terbahagi kepada beberapa puak adalah datang dari kota Ur, di Mesopotamia (Iraq sekarang). Dan kerana peredaran zaman, penduduk Ur (Urian) menjadi terkenal dengan pangilan Arya atau Aryan.Sebagaimana diketahui, Ur yang berada diMesopotamia adalah sebuah daripada pusat peradaban yang terkenal sebagaimana Babylon dan Nineveh. (Rujuk: A History of Ancient World; olehChester G. Starr, muka 29)

NABI NUH DAN MESOPOTAMIA

Nabi Nuh a.s. adalah datuk Nabi Allah Ibrahim yang kesepuluh. Ia di kenali sebagi Manu didalam kitab kitab suci agama Hindu/Brahma. Nabi Nuh a.s adalah penduduk asli Mesopotamia dan diutus oleh Allah sebagai Rasul di daerah tersebut. Kisah pembenaan bahtera dan banjir besar Nabi Nuh bukan sahaja tersebut dalam al Quran, tetapi terdapat juga dalam kitab kitab suci agama lain, juga terdapat dalam bentuk penceritaan lisan kepada berbagai bangsa didunia ini. Kisah tersebut dapat kita baca didalam Surah Hud dan al Mukminun
Didalam Kitab Bible: Kejadian; 6,7, dan 8. dan didalam kitab ugama Hindu terdapat dalam Mahabharata ayat bAB 3/187, dan didalam kitab Shata Patha Brahman ayat 1-8-1: 1-6.
Setelah banjir surut, anak anak dan keturunan Nabi Nuh serta pengikut pengikut nya yang setia telah memencar keberbagai tempat mengikut tujuan masing masing. Ada yang menyeberang ke Eropah, ada yang melanjutkan perjalanan keAfrika, China atau India, dan ada yang kembali menetap di Ur.
Sebuah hadits ada menjelaskan bahawa orang orang Romawi adalah berketurunan dari Sham bin Nuh. Orang orang Rusia, Moskow adalah keturunan dari Yafits bin Nuh, sebagaimana terdapat dalam kitab Kejadian: 10;2 dan di dalam kitab Yehezkiel:38;2,3.
Kejadian banjir Nabi Nuh ada suatu kejadian yang cukup mengerikan kepada penduduk penduduk Mesopotamia yang menurut penulis buku A History of the Ancient World pada halaman 40: "Suatu hikayat yang melukiskan dewa dewa marah dan mengirim banjir."
Anak Nabi Nuh, Sham mempunyai anak anak bernama Elam, Asyur, Arpakhshad, Lud dan Aram (Kejadian 10:22,23). Sedangkan anaknya yang bernama Yafits mempunyai anak anak yang bernama Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesech dan Tiras. (Kejadian 10: 2). Mereka ini lah yang mendirikan kerajaan disekitar Mesopotamia yang dinamakan dengan nama nama mereka masing masing.
Didalam kitab ugama Hindu, Adiparba Bab:85 dan Bonaparba Bab:51 dari kitab
Mahabharata berisi cerita tentang kerajaan Jawan. Kerajaan Assyria sangat menindas dan semua suku yang menduduki kerajaan tersebut sentiasa berada didalam ketakutan disebabkan penindasan yang keterlaluan. "Nama Assyria itu sendiri amat menimbulkn kepanikan kepada sesiapa saja yang mendengarnya": "dan " bahawa Assyria yang berkuasa sangat ditakuti dan disegani oleh dunia purba waktu itu." Kata penulis buku The History of the World. hal,28 dan 30 oleh John V.D Shourtworth.
Penduduk Ur sering diserang oleh orang orang Assyria dan oleh kerana itu mereka mulai menaruh pandangan rendah dan tidak menghargaimereka. Atas alasan inilah maka orang orang Hindu-Arya sangat memusuhi orang orang Assyur (Dari Rigveda Samhita halaman 28 dan 72, terjemahan Ramesh Chandra Batta)

malan ni ke kratong 10.....

Monday, June 28, 2010

ke ikm sp

semalam aku antar anak aku iqwan ke ikm sg petani. bertolak dari kajang. tidur dulu rumah fizah. maryam ikut skali. masa aku datang kekajang kete dah buat hal. air panas. aku berenti beberapakali untuk sejukkan injin. dah tu aku ikut jalan lama lak tu. baik baik boleh sampai sejam setengah dah jadi lima jam. nah, ambik kau. nak jimat tol konon.....
dari kajang aku bertolak jam 7.00 lebe skit. sampai sg. petani kul 3.00 la lebih kurang. malam tu tidur kat permaipura homestay. kopak rm130.00. bole la utk 4 orang. rumah okey, 2 tingkat. cantik dan bersih. kira macam hotel taraf 4 * bagi aku la. kau aku x tau. sekarang kalau nak jalan dan perlukan penginapan, cari homestay je, mudah.
pepagi jam hampir 8.00 aku checkout, dapat lak cenderamata sabuah surah yassin. allhamdullah. moga murah rezeki puan. t k.
sampai ikm minum kat kantin dulu. orang x ramai lagi. lepas tu baru g daftar..orang dah ramai. selesai daftar dekat tghari gak. prut dah kebulur. nak kena bli barang ikhwan lagi memacam, kunci, rantai locker, baju sluar, cadar....ptg dia ade taklimat. kenalaa aku tunggu sampai kul 5.00 baru bagi bebarang tu n bagi la skit duit poket. kalau x cukup nanti aku masukkan dlm akaun.
g penang ikut jembatan. rm7.00 jem lak skit pasal orang balik keje. cari homestayni pun penin gak tapi sampai gak. okey. dah ponat den.

Sunday, June 27, 2010

keikm sg petani

aku antar anak aku kesg petani.

Saturday, June 19, 2010

awas!!



cantik kan kaligrafi ni.....? tapi ini bukan ayat alquran ya.... ini kaligrafi dari INJIL!!

PERASMIAN DHPP ROMPIN



ARINI AKU GI KE KAMPUNG SEBAYAN DG ABANG AMID KERANA ADA MAJLIS PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS KAWASAN ROMPIN DIKAWASAN ORANG ASLI DITAJA OLEH TOK BATIN KAMPUNG TU, ADIK BEKAS CALUN PKR TAHUN 2004 DULU, DATO LONG JIDIN, SEORANG ASLI YANG MENJADI SENATOR PERTAMA DARI PUAK ORANG ASLI DI MALAYSIA. BELIAULAH YANG TELAH MEMBUKA MATA SEDIKIT BETAPA SENGSARANYA KEHIDUPAN ORANG ASLI YANG TERSISIH DARI PEMBANGUNAN DI MALAYSIA. INI LAH MALAYSIAKU....YANG PEMIMPINNYA ASYIK DENGAN MEMENUHKAN POKET SENDIRI SAJA. LEPAS PILIHANRAYA AKAN BANYAK LAH HUTAN HUTAN DAN PENEMPATAN ORANG ASLI AKAN DITEROKA OLEH CUKONG CUKONG BN/UPNO/APCO. ORANG ASLI AKAN MAKIN TERPINGGIR DARI PEMBANGUNAN. TANAH AKAN DIAMBIL TANPA PAMPASAN DENGAN SESUKA HATI MEREKA SAJA. RAKYAT MAKIN MERANA.
SEKARANG ADA URA URA SUBSIDI UNTUK RAKYAT AKAN DIHAPUSKAN. KONONNYA SUBSIDI TELAH MENYEBABKAN MALAYSIA MENUJU KEBANGKRAPAN. BETUL KE???? BIASISWA TELAH LAMA DI TARIK. RAKYAT DIDULUKAN SUSAH.....PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN. SATU MALAYSIA DAH TAU.....TU NAK TEMBERANG LAGI TOK UBAN NI. NAK BUAT ISTANA NEGARA BARU UNTUK AGUNG ADA LAK DUIT.....??? SITU JE DAH BERAPA RATUS JUTA.... ????( 811 JUTA ??? UNTUK SATU KELUARGA JE YANG DUDUK?) KALAU BUAT UNTUK RAKYAT ORANG ASLI DAH BERAPA BANYAK ORANG ASLI YANG KAYA. (KALAU IKUT AKU SENANG JE....BAGI SATU KELUARGA SATU JUTA JE.....DAH 811 KELUARGA DALAM MALAYSIA NI JADI JUTAWAN.....KAN? KAN?) ISTANA AGUNG YANG NI BUKAN X BOLEH DUDUK LAGI. LAGI PUN AGUNG ADA MOHON KE?? KAT ENGLAND TU....ISTANA BUCKINGHAM TULAH YANG DIDUDUK OLEH QUEEN DARIPADA DULU LAGI DAH BERAPA RATUS TAHUN DAH....OKEY JE? ATAU KRONI PUNYA PROJEK .......? INILAH MALAYSIAKU....YANG KAYA TAMBAH KAYA, YANG MISKIN PAPA KEDANALAH SAMPAI ANAK CUCU CICIT. UNDILAGI BN, NILAH PADAHNYA.

Tuesday, June 15, 2010

belasungkawa: Ust. Hassan Shukri




SEMALAM 14 JUN 2010 TELAH PERGI SEORANG PEJUANG YANG MENGABDIKAN DIRI DAN NYAWANYA HANYA UNTUK ISLAM. ALFATIHAH UNTUK USTAZ HASSAN SHUKRI. MOGA ROH MU DITEMPATKAN BERSAMA DENGAN ORANG ORANG YANG BERIMAN. AMIN.

(POTRET SEORANG PENGABDI ISLAM YANG MENANGIS KERANA KESEDIHAN UNTUK SEORANG SAHABATNYA YANG SAMA SAMA BERJUANG HINGGA KEAKHIR HAYAT)

POTRET INI YANG MEMBUAT AKU SAMA MENANGIS. APAKAH SELEPAS INI........???

Friday, June 11, 2010

misteri kain kafan jesus



aku dah abis baca buku ni via e-book. thanq.
best gak. ada unsur sejarah tapi aku caya ini hanya fiksi novelis jer.
ade ke kain kafan yesus?

Sunday, May 30, 2010

Ceramah Mega 6/1/2009 - Nik Aziz [Part 3]

Ceramah Mega 6/1/2009 - Nik Aziz [Part 2]

Ceramah Mega 6/1/2009 - Nik Aziz [Part 1]

SIMULASI


SEMALAM AKU GI KETEMERLOH UNTUK SIMULASI PENGUNDI BARU.
AKU BETIGA JE. YANG LAIN ADA YANG DAH PEGI DAN ADA YANG BETOLAK MALAM NANTI. AKU BETIGA DENGAN IJAI DAN MAT KERATONG SEPULUH. BAIK UNSER MAT. TIBA TEMERLOH LEBIH KURANG KUL 5.00 PTG. CARI PEJABAT PAS SEMANTAN. PEJABAT BARU BELI. SAMPAI KAT MAGHRIB X ADA APA APA PENERANGAN DARI PEJABAT PAS TEMERLOH. NAK TIDO MAE AKU X TAU LAGI. AKHIRNYA KAMI KE MARKAS SEBERANG PERAK. LEPAS SHOLAT MAGHRIB JAMA' SKALI ISYA' BARU ADA PENERANGAN DARI S/U TEMERLUH.
MALAM AKU TIDUR KAT MASJID JALAN MARAN. MASJID PAS LA TU, MALAM UJAN LEBAT KAN MEMAIN. MULANYA AKU TIDO KAT LUAR JE, TAPI DAH UJAN LEBAT CAMNI MANA BLEH TAHAN BEB.... PINDAH JUGA KEDALAM MASJID.
PAGI BANGUN KUL 4.00 BUAT QIAMULLAIL PAS TU SOLAT TASBIH BERJEMAAH SAMPAI KAT SUBUH. LEPAS SUBUH ADA KULIAH JAB. AKU X INGAT LA SAPE YANG BAGI KULIAH TU. BIASA LAH KULIAH PAS.....
PAS SARAPAN GI BALIK KEMARKAS SEBERANG PERAK, DENGAR SIKIT TAKLIMAT KENDIAN AKU DENGANBEBERAPA ORANG GI BUAT SIMULASI KAT BATU LIMA, RUPANYA RAMAI LAGI YE YANG TAK DAFTAR MENGUNDI.......NAPE YE?

TAO TE CHING


AJARAN KE 7:
'LANGIT' DAN BUMI' ITU ABADI
SEBAB LANGIT DAN BUMI ABADI
ADALAH KERANA TIDAK HIDUP UNTUK DIRI SENDIRI,
MAKA OTU ABADI.
INILAH SEBABNYA ORANG SUCI
MEMBELAKANGKAN DIRINYA
DAN OLEH KERANANYA DIRINYA TAMPIL KEDEPAN
IA MENYAMPINGKAN DIRINYA
DAN OLEH KERANANYA DIRINYA UTUH.
KERANA IA TIADA KEHENDAK PERIBADI
MAKA IA DAPAT MENYEMPURNAKAN PERIBADINYA.

Friday, May 21, 2010

SAMITA



BUKU NI DAH ABIS AKU BACA MELALU E-BOOK. OKEY CITERNYA. TERIMAKASIH PADA KINARA E-BOOK. NAK BELI KAT MALAYSIA NI MMG X DER.
CITER PERTARUNGAN SILAT DAN ,,,,,


AKU PUN X TAU NAK CITER......

BACA SENDRI LAA....

Thursday, May 20, 2010

TAO TE CHING: Kitab tentang Jalan dan Saktinya


AJARAN KE 6:
DIAM DAN GERAK TAK PERNAH BERHENTI, (*)
INI YANG DIMAKSUDKAN DENGAN "BABON(?) BERAHASIA.
PINTU "BABON(?) BERAHASIA"
IA LAH AKAR LANGIT DAN BUMI.
TAK TERPUTUS PUTUS SEPERTI SELALU ADA,
BAGAIMANA PUN DIGUNAKANNYA TAK ADA HABISNYA.


(*) BACAAN MENURUT HURUF: "DEWA LEMBAH TAK MATI MATI" TAK BERERTI.

FORGOTTEN BOOKS OF EDEN


BUKU NI AKU BELI KAT KEY ELL. X INGAT TAUN BERAPA, PASAL AKU X CATAT TARIKH AKU BELI. YANG AKU INGAT AKU MASIH KEJE LAGI KAT RISDA ULU KERATONG SEBAGAI PILOT LORI KECIK ANGKAT BUAH SAWIT. AKU KE KEY EL DENGAN SORANG PEGAWAI UNTUK AMBIL PERABUT PEJABAT UNTUK DI BAWA KE ULU KERATONG. (SEMPAT JUGA AKU REMBAT SEBUAH MEJA TERPAKAI DARI PEJABAT TU BAWAK BALIK UNTUK AKU).

FORGOTTEN BOOKS OF EDEN; Lost Books of the Old Tesrament.
Sayangnya, buku ni dalam bahasa Inggeris yang aku kurang fasih. Tapi disebabkan aku ni suka sesuatu buku yang susah didapati, apa lagi kalau buku tu di haramkan kat negara yang tercinta ni, Malaysia yang tak suka rakyatnya menjadi pandai, aku belilah juga. X mahal......RM25 je.
Buku ni la yang aku agak diharamkan oleh gereja Vatikan. Gereja besar bagi Katholik.
Buku ni terbagi beberapa kitab:
1: The First Book of Adam and Eve (Kitab Pertama dari Adam dan Hawa)
2: The Second Book of Adam and Eve (Kitab Kedua dari Adam dan Hawa)
3: The Secrets of Enoch (Kitab Rahasia Rahasia Nabi Idris)
4: The Psalm of Solomon (Kitab Mazmur Nabi Sulaiman)
5: The Odes of Solomon (Kitab Ode Nabi Sulaiman)
6: The Letter of Aristeas (Warkah dari Aristeas)
7: The Fourth Book of Maccabees (Kitab Keempat dari Makabias)
8: The Story of Ahikar (Hikayat Ahikar)
9: The Testament of Reuben (Perjanjian Raubin)
10: - Simeon (Samian)
11: - Levi (Lawi)
12: - Judah (Yahuza)
13: - Issachar (Isakhar)
14: - Zebulun (Zabulun)
15: - Dan (Dan)
16: - Naphtali(Naftali)
17: - Gad (Jad)
18: - Asher (Ashir)
19: - Joseph (Yusof)
20: - Benjamin (Binyamin)


Monday, May 17, 2010

YUDAS: Pengkhianat atau Penyelamat?


Buku yang lain dari yang lain. Mengulas kehadhiran Yudas Iskariut salah seorang sahabat Yesus (Nabi 'Isa a.s) yang 12 orang tu. Betukah dia pengkhianat sebagaimana yang di yakini oleh semua orang termasu penganut Islam?
Pada saya hujah yang meyakinkan.
Terimakasih MUSADIQ.......Anda berjaya membuat saya berpandangan lain kepada sosok Yudas (Yahuza Iskariut) dari apa yang selama ini saya yakini.
Buku ini adalah cetakan kedua dengan ditambahi dan diperbaiki.
Cetakan pertamanya dengan judul "Yudas Bukan Pengkhianat"

majlis buka puasa nadi putra


oi wak!......sabo ler orang xmakan lagi awak dah nak belasah jer.....
ni aku ler......bukan yang dok sendok nasi goreng tu, ........sebelah dia tu yang tengah tangkap macho......
makan bang ........jangan tak makan.......banyak tu.......
peduli apa.....duit kita pun ader kan...kan...kan...?
mati trip ler.....mane bole jalan. diorang jer yang kebas, kita pun nak jugak.

Sunday, May 16, 2010

Tao Te Ching



Ajaran Ke 5:


'Langit' (?) itu tidak berperikemanusiaan;

segala benda dianggap sebagai bahan sembahyang.

'Orang suci' (?) itu tidak berperikemanusiaan;

segenap rakyat dianggap sebagai bahan sembahyang.

Ruang antara langit dan bumi

kiranya dapat dibandingkan dengan embusan!

kosong, tapi tidak sampai berkurang;

makin bergerak makin meniup.

Banyak bicara sering membuang tenaga,

lebih baik kejujuran dijaga.

ALKITAB



DAH.....? NI BUKU APE LAK NI? X DE TAJUK PUN?
NI LA AL KITAB (BIBLE) BAHASA INDONESIA. YANG NI AKU ADE DUA NASKHAH. SATU KULIT BIRU PUNYA DAH NAK HANCUR SBAB DAH LAMA SANGAT (LEBIH LAMA DARI YANG INI) SELALU SANGAT AKU SELAK. NI KOLEKSI NI BEB. TAK ADE JUAL DI MALAYSIA.
AKU BELI KAT MANE KO TANYA? PEPANDAI LA
LAGI PUN ORANG ISLAM X DI BENARKAN BACA KITAB NI. DALAM BAHASA MELAYU X DIBENARKAN DIJUAL DIMALAYSIA. (DIHARAMKAN) TAKUT ORANG ISLAM SESAT.
TAPI AKU SIMPAN DAN BACA DAH ALA DEKAT 25 TAUN, AKU X MASUK KERISTIAN PUN. ORANG BACA YANG BAHASA INGGERIS PUNYA LA YANG SESAT MASUK KERISTIAN.
LAGI PUN DALAM INTERNET PUN MELAMBAK. PRI JE. BOLE BACA DALAM SEGALA BAHASA DUNIA. TERBUKA LA SIKIT. MEMBACA TAK BOLEH DIHARAMKAN. LAIN LA BUKU PORNO. KENA LA HARAM. NI KITAB UGAMA. KAT SABAH PUN BANYAK BAHASA MELAYU PUNYA. HEE ENTAH LA MALAYSIA NI. BANYAK SANGAT HARAM SAMPAI RAKYAT TERTUTUP MINDA....

SUNNAH SYIAH



YANG NI MEMANG AKU HABIS BACA. DAH ULANG PUN.

injil didache



AKU X PENAH TAU ADE INJIL NI. iNJIL DIDACHE? AKU TERNAMPAK AJE INJIL NI, AKE TRUS JE SELAK BIH KURANG, TRUS AKU SAMBAR. PAYAH DAPAT BEB. DAN AKU SUKA BUKU BUKU YANG PAYAH DAPAT. DAH BACA? BARU SEPAROH JE DAH PENIN.... X PAHAM SANGAT. NANTI LA WAKTU AKU RELAX DAH X KEJA LAGI KAT NADI PUTRA BARU LA AKU BACA N BAGI PAHAM. X GITU. NI KOLEKSI MAHAL. PAYAH JUMPA (KAT MALAYSIA LAA........) KENA SIMPAN BEBAIK NI. LU MAU CARI SENDRI.

BIBLE

ANTARA BUKU KOLEKSI AKU SEBAGAI RUJUKAN AJE

DA VINCI CODE




INI BUKU MULA MULA SEKALI AKU BELI KARYA DAN BROWN. AKU BACA BILA SAJA AKU ADA MASA REHAT DALAM WAKTU BERKERJA DENGAN NADI PUTRA, KEKADANG SAMPAI AKU MATI TRIP KERANA LEKA BACA NOVEL NI. LEPAS TU PANDAI PANDAILA KLENTONG MAJIKAN BILA KENA PANGGIL KAN? BIASA LA KEJA KAT NADI PUTRA NI BANYAK YANG REHAT DARIPADA KEJA.....HAI....MAKAN DUIT HARAM AJE LA YA? APA NAK KATO. DAH SYOK SESANGAT SAMPAI LUPA KEJA KITA. bACA DALAM SURAU KAT DEPO PRESINT 1. KEKADANG TU SAMPAI TETIDOOOOOOOO......

malaikat dan iblis



INI BUKU SAYA ALA BACA. LAMA SULA ABIT. MANYAK SYIOK OOO.... INI BUKU 'A LIA ALA BIKIN WAYANG PUNYA. SULA TENGOK. DVD JUGA WA TENGOK. ATAK SYIOK. MANYAK KALI ATAK ULANG TENGOK. MAU TAU LIA PUNYA CELITA KAA? SENDILI MACA LOO. MANYAK PANJANG. TATAK TAU APA MACAM MAU CELITA. INI LAN BLOUN WA PUNYA PEBELET PUNYA OLANG BIKIN CELITA.
SENDILI CALI LA INI CELITA. OLANG PUTIH PUNYA CAKAP ATAK MANYAK JUAN. INI INTONESIA PUNYA SIKIT SAJA ATAK MALI INI MALAYSIA.

Thursday, May 13, 2010

TAO TE CHING: Kitab tentang Jalan dan Saktinya


AJARAN KE 4:

"JALAN" itu, penggunaannya terletak pada hampanya,
dan sekali kali tidak pada penuhnya.
Dalamlah ia: leluhur segala benda;
tumpul ketajamannya,
larut segala nafsunya,
redap sinarnya,
rata debunya,
sunyi tetapi selalu ada.
Kami tak tahu seperti apakah 'IA',
rupa rupanya sudah ada sebelum para dewa.

Tuesday, May 11, 2010

pEnAri Zapin.......Johomali















Ni dua orang penari zapin dari Johor.....
Mokhtar & Sahro (Shahro khan)
Nadi Putra otai........
Jangan maraaa.......

DAUGHTER OF GOD: Segitiga Misteri; Konstantin, Vatikan & Putri Tuhan.


Pemusnahan benda kuno bernilai tinggi,
penculikan serta pembunuhan demi pembunuhan,
Misteri dan konspirasi yang telahberusia ribuan tahun terungkap,
Fondasi keimanan masyarakat modern terancam.
...............
Zoe dan Seth terjerat jaring konspirasi yang telah berusia ribuan tahun, pembunuhan dan intrik yang terporos pada misteri kebenaran Anak Perempuan Tuhan, yang bila terbukti akan menghancurkan fondasi peradaban manusia.

TAO TE CHING: Kitab tentang Jalan dan Saktinya



3:

Jangan memuliakan kebijaksanaan,
supaya rakyat tak bersaingan.
Jangan menghargai barang yang susah didapat,
supaya rakyat tak menjadi pencuri.
Jangan memperlihatkan apa yang dapat diingini,
supaya hati tidak terganggu.
Inilah sebabnya Orang Suci memerintahnya;
dengan mengosongkan hatinya,
mengisi perutnya,
melemahkan kehendaknya,
memperkuat tulangnya.
Ia selalu menganjurkan supaya rakyat tidak tahu dan tidak ingin,
supaya mereka yang tahu tidak berani dan tidak bertindak,
dan sebagai akibatnya semua teratur.

Muslim Jesus





138:

Diantara wahyu Tuhan kepada Yesus dalam Injil adalah sebagai berikut: "Kami menganugerahi mu rasa cinta tetapi kalian tidak merindukan apapun, Kami berdukacita atasmu tetapi kalian tidak menangis. Wahai orang yang berusia lima puluh tahun, aapa yang telah kalian persembahkan dan apa yang telah kalian tanggungkan? Wahai orang yang berusia enampuluh tahun, waktu yang akan menuai mu! Wahai orang yang berusia tujuh puluh tahun, MAJULAH MENUJU PENGHITUNGAN!"

Monday, May 10, 2010

Muslim Jesus


127;

YESUS DAN MURID MURIDNYA MENEMUKAN BANGKAI ANJING. MURID MURIDNYA BERKATA, " BETAPA BUSUKNYA BAU ANJING ITU!" YESUS BERKATA, "BETAPA PUTIHNYA GIGI ANJING ITU!" DIA MENGATAKAN HAL INL DALAMRANGKA MENGAJARKAN KEPADA MEREKA SATU PENGAJARAN: UNTUK MENJAGA DIRI DARI KEBIASAAN MENGUMPAT.

my lovely grandchild




Ha......Yang ni gambar cucu kesayangan aku.

Sunday, May 9, 2010

NEFERTITI


NEFERTITI, wanita paling berkuasa dalam sejarah. Ratu Mesir, isteri dari Akhenaten, sang Firaun yang memerintah dari tahun 1353 hingga 1335 SM. .........
Kerana mencurigai adanya konspirasi dibalik beberapa peristiwa yang berlaku, Akhenaten memerintahkan Rahoteb untuk melakukan penyiasatan. Dia hanya punya masa sepuloh hari sahaja untuk mengembalikan Nefertiti, sang Ratu sebelum bermulanya pesta perasmian ibukota dan agama baru. Jika gagal, kekuasaan Akhenaten dan Nefertiti yang membentang dari Afrika hingga Timur Tengah terancam runtuh. Nyawa Rahoteb serta keluarganya akan turut melayang.....
Dapatkah Rahoteb menjalani tugasnya........?

DEBAT TANPA KATA KATA



Kira kira dua abad yang abad yang lalu, terjadi kerusuhan kaum di Rom. Penduduk Rom menolak orang orang Yahudi untuk tinggal dikota itu. Akhirnya Paus (Pope) memutuskan bahawa semua orang Yahudi harus meninggalkan Rom. Tentu saja keputusan tersebut menimbulkan keresahan dan penolakan dari bangsa Yahudi.
Untuk mencari jalan penyelesaian, Paus menawarkan untuk mengadakan perdebatan agama dengan anggota penduduk Yahudi. Kesepakatannya, seandainya utusan Yahudi menang dalam perdebatan, maka bangsa Yahudi akan dibenarkan menetap di Rom. Sebaliknya, jika Paus yang menang, maka bangsa Yahudi harus segera meninggalkan Rom.
Bangsa Yahudi sedar, mereka tiada pilihan lain. Mereka memilih sworang pemuda bernama Moshe sebagai wakil kaum Yahudi. Moshe bersedia untuk berdebat tetapi dengan syarat. Ia meminta perdebatan tersebut dilakukan tanpa berkata kata.
Paus bersetuju dengan persyaratan tersebut lalu perdebatan tersebut pun dimulai. Paus dan Moshe duduk saling berhadapan, ditonton oleh ratusan penyokong masing masing. Setelah kira kira satu minit berlangsung, Paus mengangkat tangannya dan menunjukkan tiga jari,
Moshe memandang sebentar kepada Paus, kemudian ia menunjukkan satu jari. Paus kemudian membentuk lingkaran dengan jari diatas kepalanya. Moshe membalas dengan menunjuk ketanah. Pauskemudian mengeluarkan roti dan anggur. Moshe membalas dengan mengeluarkan sebiji apel.
Paus lantas berdiri dan berkata, " Saya menyerah kalah. Orang ini terlalu pintar. Bangsa Yahudi boleh terus tinggal."
Keputusan tersebut menggembirakan bangsa Yahudi, tetapi diterma dengan kekecewaan besar oleh orang orang Rom. Satu jam kemudian, Kardinal bertanya kepada Paus atasapa yang telah terjadi dalam perdebatan tadi.
Paus menjawab, " Pertama, aku mengangkat tiga jariku sebagai lambang trinitas. Dia membalas dengan mengkat satu jari untuk mengingatkanku bahawa tetap hanya ada satu Tuhan untuk kedua ugama. Kemudian aku membentuk lingkaran disekeliling ku untuk menunjukkan Tuhan ada disekitar kita. Dia membalas dengan menunjuk ketanah dan menunjukkan bahawa Tuhan ada bersama kita. Aku mengeluarkan roti dan anggur menunjuk bahawa Tuhan akan menebus dosa dosa kita. Dia mengeluarkan sebiji apel untuk mengingatkan ku akan dosa awal manusia. Dia memiliki jawapan atas segalanya. Aku tidak berdaya. Apa yang dapat aku lakukan?"
Disuatu tempat lain dikota Rom, bangsa Yahudi sedang mengelilingi Moshe.
"Apa yang terjadi?" tanya mereka.
"Ya, ada tiga hal," ujar Moshe. "Pertama dia mengatakan bahawa bangsa Yahudi hanya diberi tempoh tiga hari untuk meninggalkan Rom. Aku katakan bahawa tidak satu orang pun dari kita yang akan pergi. Lantas ia mengatakan padaku bahawa seluruh kota ini akan dibersihkan dari orang Yahudi, aku menegaskan bahawa kita akan tetap tinggal di sini."
"Ya, ya....., lalu? bagaimana yang ketiga?" tanya mereka.
"Aku tidak tau apa maksudnya," kata Moshe, " Mungkin kami sama sama lapar dan haus. Dia mengeluarkan bekalannya dan aku mengeluarkan bekalan ku."

(Agak agaklaah.......apa motif citer Yahudi ni ya.....
sesama la kita pikir..........)

Saturday, May 8, 2010

The Last Secret of the Temple



Yerusalem 70M:,
Tatkala pasukan Roma menyerbu Kuil Suci, seorang pendeta mengungkapkan sebuah rahasia kepada seorang bocah lelaki, bahawa dia mesti berhati hati dengan hidupnya.......
Jerman Selatan, 1944:
Enam tawanan berbadan kerempeng menyeret sebuah peti misteri kedalam kawasan bekas lombong. Mereka juga mempertaruhkan hidup nya demi menjaga suatu rahasia pembunuhan oleh tentera Nazi.....
Mesir, Lembah Para Raja, kini:
Seorang akeolog Belanda ditemukan terbunuh di Malqata, sebuas situs arkeologis ditebing barat Sungai Nil. Inspektur Yusof Khalifa dari Luxor segera teringat dan kemudian menghubungkannya dengan kes pembunuhan kejam terhadap seorang wanita Israel, Hannah Sc hlegel, di Karnak tiga belas tahun lalu. Kendati ditentang atasannya, Inspektur Khalifah membuka kembali kes ini. Dan untuk menyelidikinya ia berkerjasama dengan.........
Dari Kota Jerusalem kuno, Perang Salib, dan manuskrip abad pertengahan berhuruf sandi hingga Holocaust, harta karun Nazi, dan berbagai pembunuhan dimasa kini, kisah petualangan yang berusaha menyingkap riwayat perebutan tiga agama......

(Salah satu buku yang aku suka.......)

TAO TE CHING: Kitab tentang Jalan dan Saktinya



2:

Begitu semua orang di kolong Langit tahu apa yang merupakan keindahan itu,
maka dengan sendirinya kejelekan ada.
Begitu mereka tahu apa yang merupakan kebaikan itu,
maka dengan sendirinya kejahatan ada.
Maka itu:
'Ada' dan 'Tiada' yang satu melahirkan yang lain,
'Sukar' dan 'Mudah' yang satu melengkapi yang lain,
'Panjang' dan 'Pendek' yang satu mewujudkan yang lain,
'Tinggi' dan 'Rendah' yang satu bersandar pada yang lain,
'Bunyi' dan 'Suara' yang satu selaras dengan yang lain,
'Dahulu' dan 'Kemudian' yang satu menyusul yang lain.
Inilah sebabnya orang suci
berkerja tanpa bertindak,
mengajar tanpa berkata.
Segala benda kerananya berkembang tanpa ia mendorongnya,
tumbuh tanpa ia mau memilikinya
berbuat tanpa ia menjadi sandarannya.
Walaupun berjasa ia tidak menuntut;
justru kerana tidak menuntut,
maka tak akan musnah.


BALTHAZAR'S ODESSEY


Buku ni aku dah lama abis baca. Best gak dan mengasyikkan.....sedikit macam hikayat dan pengembaraan mencari sesuatu .........ehh......lupa lak jalan citernya......lain kali baca lagi. banyak lagi aku punya buku yang tak baca.

LAO TZE: TAO TE CHING: Kitab tentang Jalan dan Saktinya


1:
"Jalan" yang dapat digunakan sebagai jalan
bukan merupakan jalan yang kekal.
"Nama" yang dapat digunakan sebagai nama
bukan merupakan nama yang kekal.
"Tanpa nama" : ialah awal "Langit dan Bumi;
"dengan nama" : ialah ibu segala benda.
Maka itu:
"Tetap tiada": kalau kita ingin menyatakan rahasia nya;
"tetap ada": kalau kita ingin menyatakan kewujudannya;
kedua duanya asalnya sama walaupun namanya berbeda,
bersama sama di sebut ghaib,
lebih ghaib daripada ghaib,
pintu semua rahasia.

(Agak agaklah ......apa maksudnya)

TIGA MACAM ULAMA


132:

Diriwayatkan bahawa Yesus (Isa a.s) berkata; "Ada tiga macam ulama:
1: Ulama yang mengenal Tuhan dan sekaligus perintah perintah Nya,
2: Ulama yang mengenal Tuhan tetapi tidak mengetahui perintah perintah Nya, dan
3: Ulama yang tahu perintah perintah Tuhan tetapi tidak mengenalNya."

(AGAK AGAK LAA......MUKTI ARUS SANA NI MASUK DALAM GOLONGAN MANE YE?)

Friday, May 7, 2010

ORANG YAHUDI MENGAKUI DOSA


Seorang Yahudi bernama Rubenstein datang ke gereja dan menemui Paderi.
"Tuan Paderi, saya mengaku berdosa," katanya.
"Akhirnya," ujar sang Paderi. "Akhirnya anda bertaubat juga."
"Begini Tuan, saya telah mencuri seekor ayam dari ladang orang."
"Oh, perbuatanmu itu satu kesalahan besar."
"Maukah tuan Paderi menerima ayam itu?"
"Tentu saja tidak! Kamu harus mengembalikannya kepada pemilik ayam itu."
"Tetapi pemiliknya telah menolak untuk menerima kembali ayam itu, Tuan."
"Kalau begitu, ambillah ayam itu untukmu."
"Oh....Terima kasih, Tuan."
Sang paderi kembali kerumahnya. Dia melihat jumlah ayan yang ada dikandangnya telah berkurang seekor, telah dicuri oleh orang Yahudi tadi.

Saturday, May 1, 2010

AZAZIL


Baru abis baca. dekat sebulan gak nak abiskan, bukan apa aku tengah banyak keje. Tukang rumah aku. buat sendiri aje. Dulu aku upah orang indon buat, lingkup rumah aku. Tu yang aku kena pinda balik. Susah beb. Nak bagi buka dan kemudian buat balik. Bingai punya tukang. Padan muka aku tak bayar.
Ni citer Novel ni.......kata the arabic da vinci code tapi aku baca kurang mengasyikkan laa....x macam the da vinci code sidan brown tu......leka .......kalau boleh nak kasi habis satu ari je. Tapi bagus gak novel ni ada sejarah gak.
Lu baca la sendri.........

Bumi cinta


Abis dah aku baca novel ni. Best. Ni novelist yang aku minati.
Isteri aku pun nampaknya dah abis baca, walaupun lambat skit.
Aku tunggu lagi novelnya.
Ramlee Awang Murshid x ade novel baru ke?

Saturday, April 17, 2010

MUKTAMAR KAWASAN

Wah.....lama tul aku tak update aku punya blog. tulis pun dah lama aku tak buat. ponat jang!!! brape bulan ye? lama juga aku tak tengok blog aku. tu dia ada lg komen. ada lg yg nak ikut dan minat ngan blog bodo aku ni..... blog aku bodo ker? ntah. ko nilai la sendri. aku tulis suka suka je. kao kau orang kata okey.....hmmm. aku pun bukannyer rajin sangat nulis.
Tadi, aku g lah kemuktamar pas kawasan aku kat kg sepakat, rompin. memang dah lama sesangat aku tak ikut muktamar ni, sejak aku betugas di putrajaya. kan keje beso pun.....pilot bas jer......tu pun dah ek sampai tak ingat jemaah.....kali ni aku jadi pemerhati je. aku g satu kete dengan aku punya wife, dan dua orang jiran pompuan aku. suami diorang xnak ikut. abis muktamar kul 3.15. balik singgah muadzam. ade pasar minggu. beli la sesikit untuk makan 2 orang. anak mane ade......semua dah keje ......ade sorang je kat u macang. yang ni pun xtau aku nak cakap....selalu je mintak fulus.....aku bukan jutawan macam adik najib. parak gak aku kalau cam ni......
nak citer ape lagi....? hentam saje la labuuuuu.........