Saturday, April 26, 2008

accident

harini aku tak kerja. offday. aku bercadang nak balik kekeratong ambil duit, tapi isteri aku tak nak ikut, ajak aku jalan jalan tengok perabut katanya. jam 10.00 pagi kurang lebih aku dengan isteriku keluar rumah, naik motor aje. aku bawak laptop aku sekali nak hantar kekedai untuk servis, dah masuk virus. kami kebangi tengok perabut. tengok saja. lepas isi minyak aku berhenti makan nasi kat warong dekat petronas. lepas makan, kami mnak bertolak balik saja, apa punya malang, tayar depan motor tak berangin pulak. tapi memang malang tak berbau, motor kami dilanggar dari belakang. teruk motor aku. isteriku jatuh terduduk. Isteriku di bawa keklinik untuk rawatan oleh seorang yang berhenti dengan keretanya. Dia yang tolong bayar. Penunggang motor itu pun berserta juga keklinik. Teruk juga dia. Aku balik naik kereta sewa kerana motor aku terpaksa ditinggal di kedai untuk diperbaiki.

No comments: