Monday, February 25, 2008

Penamaan Calon; Rindu Kakak.......

HARI PENAMAAN CALON:
Ceh......SPR main kotor lagi. Nampak sangat nak menyusahkan calon calon dari parti parti alternative. Sekejap kata kena duty setem, tapi bila banyak calon BN yang tak dapat buat duty setem, batal pulak. Nampak sangat dipergunakan oleh BN. Ini apaunya SPR daaaa....patut pun gambar Rasid Raman di koyak rabakkan. Boneka BN aje dia tu.
Aku balik keKeratong dengan isteriku bercadang nak turut dalam perarakan pada hari penamaan calon tersebut. Tiba dah malam. Kemarkas kejap bertanya jamberapa berangkat.
Aku tak jadi pergi setelah semua mereka telah pergi lebih awal. Aku ambil keputusan untuk kembali keKajang melalui Tangkak, ziarah mak dan abah yang telah tua. Sampai Tangkak, mak tak ada. Ke Kulai, kata abah, kenduri rumah Pak Su, Adik mak. Pergi dengan kak Salmah.
Aku teringat pada kakak ku yang sulung, Kak Ramlah. Walau pun dia hanya kakak tiriku tapi alku sayang padanya. Dah lama benar aku tak jumpa. Rindu memang rindu, tapi aku susah nak pergi kerana kalau cuti banyak hal lain yang perlu aku selesaikan. Tak taulah bila aku akan menziarahinya. Sekarang ni dia selalu pula sakit sakit. Mak kata dah guna kereta sorong.
Keputusanya aku teruskan perjalanan balik melalui Jasin setelah aku minta izin dengan abah dan menitipkan sedikit duit. Sepanjang jalan, banyak poster telah mula terpasang. Sesetengah tempat bendera bulan hampir menyamai dacing. (Mana nak lawan bendera dacing dan poster mereka. Mereka ada penaja,Toke toke yang berkepentingan banyak melabur dengan perjanjian kalau BN menang mereka adan dapat habuan anugerah yang berlipat, dan dengan itu rakyat lah yang akan menanggung bebannya nanti dengan berbagai kenaikan).
Aku harap dan berdua kali ini BN akan kecundang kalu rakyat pandai menggunakan kesempatan. Berilah peluang BA memerintah. Rasakan perbezaannya.
Kepada rakyat Malaysia berfikirlah sebelum memangkah undi anda. Kita telah rasai 50 tahun pemerintahan BN. Dah tau tipu belit BN. Tukar la sekali....

No comments: