Thursday, February 7, 2008

BERNIAGA DENGAN RAKYAT.......

'AKU SEPERTI SESEORANG YANG SEDANG MENCARI MANUSIA YANG MASIH HIDUP DIDALAM TIMBUNAN MAYAT DI SINI'. Begitu kata Syed Abul Ala al Maududi didepan sekumpulan mahasiswa yang akan menerima segulung ijazah disebuah universiti diPakistan.
Mengapa beliau berkata begitu. sedangkan mahasiswa tersebut adalah manusia, bukannya mayat? Apakah mahasiswa kita juga adalah seonggokan mayat yang tidak ada gunanya kepada masyarakat kita? Apakah mahasiswa kita adalah mayat-mayat? Dan apakah didalam onggokan mayat mahasiswa kita masih bisakita temui seorang manusia yang masih hidup demi memperjuangkan survival manusia? masih bisakah? sedangkan di universiti universiti kita telah terlalu bobrok dengan segala penindasan dari pemerintah zalim Islam Hadharinya Dollar Badwi yang tidak pernah kenal erti dosa, apalagi untuk mengintai pahala?
Sekarang, Kerajaan Islam Hadhari sedang menghentikan perniagaan dengan rakyat. hen ti sementara kerana PRU12 dah dekat. Nak sambung berniaga tunggu lepas PRU12 nanti.
Rakyat akan diberi hutang sebelum pilihan raya meski pun hutang itu tidak perlu bagi rakyat. Tapi rakyat kena berhutang juga, suka atau tak suka, ambil atau tak ambil hutang itu, rakyat tetap akan ditagih untuk membayar hutang hutang tersebut, dengan bunga (interest) yang melambung tanpa ada apa apa surat perjanjian yang ditanda tangani antara dua pehak. Ya, terpaksa bayar kalau Islam Hadhari menang lagi pilihan raya ini. Rakyat perlu ingat. Kata Mahathir, 'FIKIR SEBELUM PANGKAH BN (iSLAM HADHARI).
Kenapa aku kata kerajaan Islam Hadhari berniaga dengan rakyat? Tak percaya?
1; Hospital telah lama diniagakan, berniaga dengan orang sakit. kalau berhutang dengan hospital, nama black list, silap haribulan tak boleh masuk hospital kalau sakit. Kerajaan berniaga dengan orang sakit. Suka ke tak suka, tetap kena bayar. Sedangkan kalau mengikut konsep negara Islam, perubatan kepada rakyat adalah percuma.
2; Belajar sekarang kena bayar. Tak ada duit tak boleh belajar. Sekarang kerajaan benarkan siapa yang ada duit buka universiti.Melambak universiti di negara yang sekangkang kera ni. Setiap negeri nak adauniversiti tapi tahap pembelajaran...taktaula macamana kualitinya. Universiti Malaya yang dulu menjadi kebanggaan negara sebagai antara universiti yang terbaik didunia sekarang dah merudum jatuh corot. Itu universiti yang paling awal diMalaysia. jadi, apa kualiti universiti sekarang selain nak kaut untung saja. Bukan beri pelajaran yang terbaik kepada rakyat. Lepas belajar kena bayar hutang PTPTN yang bunganya melambung. Keja gajinya tak seberapa, itu kalau pelajar itu dapat keje. peluang pekerjaan banyak di rampas oleh pendatang asing. Siapa bawa pendatang asing? Berniaga manusia lagi untung woo....semua kroni kaut. Halal haram tolak tepi, asal masyuk.....
3; Nak cerita gejala sosial yang makin terlungkup diMalaysia? Siapa penyebar gejala sosial ini? Ini pun satu perniagaan maaa.....tunggu episode akan datang.

No comments: