Saturday, March 29, 2008

rezeki......

jumaat, 20 rabi'ul awwal 1429 (h)
friday, 28 mac 2008 (m)
21 adar ll 5768 (j)
9 farvardin 1387 (i)

aku ke pasar tani putrajaya dg. hj. hassan selepas kerja (jam 3.00 ptg). bercadang nak cari daging salai. dah lama tak makan daging salai masak lemak campur rebung. kami makan mee sup di sebuah gerai, perut dah kebulur gila la katakan. memang aku sekarang cepat lapar. tak lama datang seorang wanita berjilbab makan kat situ, satu meja dg.kami. dia menegur kami dulu. nampak gaya bukan orang susah, tapi cara dia menegur dan bersembang dengan kami cukup mesra. jangan salah sangka, suaminya ada di pejabat imigresen menguruskan pemergian mereka ka cairo, mewnghantar anaknya belajar disana. sembang sikit bab politik,
lepas makan kami nak balik. aku nak bayar tapi wanita itu melarang pemilik warung tersebut menerima pembayaran aku. nampak gayanya dia nak belanja kami. hai....rezeki. inilah yang dikatakan rezeki. dia hanya tolong simpan rezeki aku. patut la aku bertat nak kesini. rupanya Allah nak beri rezeki aku yang dia tolong simpan. itu pun aku tak mau bersyukur lagi ke? kalau Allah nak tolong macam macam cara Dia ada. subhanalLah.....hanyan Engkaulah pemberi rezeki.

2; kesian deris jusuh....dah la tak diperkenan jadi embi teganu, kena lucut dato' seri pulak.... nak sangat deraka pada sultan.....amik kau....baru nangis tak belagu.

No comments: