Sunday, April 20, 2008


lama tak membuka blog, hampir sebulan. lepas balik bercuti ke keratong kerana kenduri rumah ida rosli pada 5 april 08, aku balik kejap ke tangkak jumpa mak. dah lama tak tengok mak, dulu aku balik mak tak ada. mak ke rumah kak ramlah kat sungai sayong. mak kata kakak sakit dah tak boleh bangun, duduk kat kerusi roda aja. kakak pun dah tak boleh bercakap kerana kena stroke. kesian kakak....rasa rindu tu memang ada kerana memang dah lama samgat aku tak kerumahnya. sakit kakak pun dah lama tapi apa nak buat aku pun sibuk dengan keluarga. ada aja masaalah yang nak di selesaikan. cadang tu pada bulan ni nak pergi, tup...tup...ali kata dia dapat masuk matrikulasi kat melaka pada 12 mei ni, dan maryam balik pada mei juga tapi tak tau bila tarikhnya. tak taulah bila aku dapat tengok kakak aku tu.
gaji sekarang kalau 2-3 ribu bukannya banyak, kejap je licin......
lepas balik aku sempat juga meninjau ke pesta buku kat pwtc belilah dua buah buku kat ikapi indonesia, athies ngan helo moskow. aku tak banyak duit tahun ni, kalau tengok buku tu semua aku nak beli. lepas tu aku singgah kejap kat fajar ilmu baru kat masjid india, kedai buku faverit aku, beli dua buku lagi, hitler's pope dengan sejarah bangsa israel.
harini aku selesai baca ungu karmilanya ramli awang murshid, satu satunya novelis melayu yang aku minat selain faisal tehrani. sebelum tu aku selesaikan baca buku terjemahan doughter of god. tu dalam rak buku banyak lagi yang tak di baca.....bila aku nak baca semua ni??????

No comments: