Monday, December 6, 2010

MUNGKINKAH AGAMA HINDU ITU BERASAL DARI NABI IBRAHIM? BAGIAN 1

Mungkin pertanyaan sebagaimana judul tersebut akan mengelirukan. Kenapa keliru? Kerana sebagaimana yang kita ketahui bahawa Nabi Ibrahim a.s adalah seorang Hanif, beragama tauhid yang hanya menyembah Allah yang Maha Esa. Berbeda dengan keyakinan agama Hindu yang berkeyakinan kepada banyak tuhan yang menjadi sesembahan mereka.. Jadi bagai mana mungkin terjadi Agama Hindu itu berasal dari agama keyakinan Nabi Ibrahim? Pening.....
Ini hanya sebuah pendapat jer.....
kalau kita telitikan nama Nabi Allah Ibrahim a.s. sama dengan nama Abraham (dalam kitab Bible) dan Brahma (nama satu dari dewa Hindu). kan?
Beberapa dukumen sejarah ada memjelaskan bahawa Ibrahim, Abraham dan Brahma adalah orang yang sama. Dalam beberapa waktu yang berbeda, orang orang Arya yang terbahagi kepada beberapa puak adalah datang dari kota Ur, di Mesopotamia (Iraq sekarang). Dan kerana peredaran zaman, penduduk Ur (Urian) menjadi terkenal dengan pangilan Arya atau Aryan.Sebagaimana diketahui, Ur yang berada diMesopotamia adalah sebuah daripada pusat peradaban yang terkenal sebagaimana Babylon dan Nineveh. (Rujuk: A History of Ancient World; olehChester G. Starr, muka 29)

NABI NUH DAN MESOPOTAMIA

Nabi Nuh a.s. adalah datuk Nabi Allah Ibrahim yang kesepuluh. Ia di kenali sebagi Manu didalam kitab kitab suci agama Hindu/Brahma. Nabi Nuh a.s adalah penduduk asli Mesopotamia dan diutus oleh Allah sebagai Rasul di daerah tersebut. Kisah pembenaan bahtera dan banjir besar Nabi Nuh bukan sahaja tersebut dalam al Quran, tetapi terdapat juga dalam kitab kitab suci agama lain, juga terdapat dalam bentuk penceritaan lisan kepada berbagai bangsa didunia ini. Kisah tersebut dapat kita baca didalam Surah Hud dan al Mukminun
Didalam Kitab Bible: Kejadian; 6,7, dan 8. dan didalam kitab ugama Hindu terdapat dalam Mahabharata ayat bAB 3/187, dan didalam kitab Shata Patha Brahman ayat 1-8-1: 1-6.
Setelah banjir surut, anak anak dan keturunan Nabi Nuh serta pengikut pengikut nya yang setia telah memencar keberbagai tempat mengikut tujuan masing masing. Ada yang menyeberang ke Eropah, ada yang melanjutkan perjalanan keAfrika, China atau India, dan ada yang kembali menetap di Ur.
Sebuah hadits ada menjelaskan bahawa orang orang Romawi adalah berketurunan dari Sham bin Nuh. Orang orang Rusia, Moskow adalah keturunan dari Yafits bin Nuh, sebagaimana terdapat dalam kitab Kejadian: 10;2 dan di dalam kitab Yehezkiel:38;2,3.
Kejadian banjir Nabi Nuh ada suatu kejadian yang cukup mengerikan kepada penduduk penduduk Mesopotamia yang menurut penulis buku A History of the Ancient World pada halaman 40: "Suatu hikayat yang melukiskan dewa dewa marah dan mengirim banjir."
Anak Nabi Nuh, Sham mempunyai anak anak bernama Elam, Asyur, Arpakhshad, Lud dan Aram (Kejadian 10:22,23). Sedangkan anaknya yang bernama Yafits mempunyai anak anak yang bernama Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesech dan Tiras. (Kejadian 10: 2). Mereka ini lah yang mendirikan kerajaan disekitar Mesopotamia yang dinamakan dengan nama nama mereka masing masing.
Didalam kitab ugama Hindu, Adiparba Bab:85 dan Bonaparba Bab:51 dari kitab
Mahabharata berisi cerita tentang kerajaan Jawan. Kerajaan Assyria sangat menindas dan semua suku yang menduduki kerajaan tersebut sentiasa berada didalam ketakutan disebabkan penindasan yang keterlaluan. "Nama Assyria itu sendiri amat menimbulkn kepanikan kepada sesiapa saja yang mendengarnya": "dan " bahawa Assyria yang berkuasa sangat ditakuti dan disegani oleh dunia purba waktu itu." Kata penulis buku The History of the World. hal,28 dan 30 oleh John V.D Shourtworth.
Penduduk Ur sering diserang oleh orang orang Assyria dan oleh kerana itu mereka mulai menaruh pandangan rendah dan tidak menghargaimereka. Atas alasan inilah maka orang orang Hindu-Arya sangat memusuhi orang orang Assyur (Dari Rigveda Samhita halaman 28 dan 72, terjemahan Ramesh Chandra Batta)

No comments: