Wednesday, September 2, 2009

PERSELISIHAN DIKALANGAN MADZHAB EMPAT.

Selama 15 tahun kami menkaji perselisihan (khilaf) dikalangan madzhab empat. Aku dan saudaraku, Ahmad, merasai sesuatu kepelikan kerana kami dapati perselisihan berlaku didalam satu masaalah didalam madzhab yang sama.Lebih lebih lagi perselisihan yang berlaku antara satu madzhab dengan tiga madzhab yang lain. Sehingga kami dapati satu madzhab menghalalkan satu masaalah sementara madzhab yang lain mengharamkannya. Begitu juga satu madzhab mengatakan ianya makruh sementara madzhab yang lain mengatakan ianya sunat. Begitulah seterusnya. Sebagai contoh, Syafi'i berpendapat bahawa menyentuh perempuan ajnabi membatalkan wudhu' sementara hanafi berpendapat ianya tidak membatalkan wudhu'.
Malik pula berpendapat bahawa sentuhan jika dengan syahwat atau sengaja membatalkan wudhu', jika tidak maka ia tidak membatalkan wudhu'.
Syafi'i mengharuskan seseorang mengahwini anak perempuan zinanya, sementara Abu Hanifah, Malik dan Ahmad bin Hanbal mengharamkannya.
Hanafi berpendapat bahawa sedikit darah yang keluar dari tubuh badan adalah membatalkan wudhu', sementara yang tiga lagi berpendapat bahawa ia tidak membatalkan wudhu'.
Hanafi berpendapat bahawa wudhu' harus dilakukan dengan Nabidh (umpamanya air kurma) dan susu yang bercampur dengan air. Sementara yang tiga lagi berpendapat ianya tidak harus.
Malik berpendapat bahawa memakan daging anjing adalah harus. Sementara yang tiga lagi berpendapat ianya tidak harus.
Syafi'i berpendapat bahawa memakan daging serigala (tha'lab), daging musang (dhab) dan daging belut (jar'y) adalah harus. Sementara Abu Hanifah berpendapat bahawa memakannya adalah haram.
Syafi'i berpendapat bahawa landak (qubfuz) adalah halal sementara yang tiga lagi berpendapat ianya haram. Dan banyak lagi perselisihan perselisihan yang berlaku dikalangan mereka beemula dari bab pertama fiqh hinggalah keakhirnya.
SubhanalLah! Apakah syariat Islam itu tidak lengkap sehingga mereka melengkapi dengan perselisihan dikalangan mereka? Satu madzhab menghalalkannya, dan yang satu lagi mengharamkannya? Sementara yang lain pula mengharuskannya? Dan yang lain pula berpendapat sebaliknya?
Tetapi apa yang jelas daripada RasululLah s.a.w ialah sabdanya;
"Halal Muhammad adalah halal sehingga hari kiamat dan haram Muhammad adalah haram sehingga hari kiamat."

Dikutip dari tulisan;
Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin
al-Antaki.
MENGAPA AKU MEMILIH
AHLUL-BAIT A.S?

No comments: