Tuesday, September 8, 2009

PERSELISIHAN DIKALANGAN MADZHAB EMPAT. (2)

Perhatikanlah! Bagaimana Syafi'i telah menyusun madzhabnya yang lama (Qadim) dan menyibarkannya dikalangan kaum muslimin di Iraq, Hijaz, Yaman dan Syria. Kemudian ia berpindah ke Mesir kerana sebab sebab tertentu. Disana ia bergaul dengan orang Maghribi dan mengambil ilmu daripada mereka. Lalu dia berpindah dari madzhabnya yang lama dengan menyusun madzhab lain yang menamakannya madzhab baru (Jadid). Sehingga beberapa masaalah sahaja yang tinggal pada madzhabnya yang pertama.
Lalu timbul pertanyaan: Sekiranya madzhab pertamanya betul kenapa ia mencipta madzhab yang kedua dan sebaliknya?
Begitu pula kita perhatikan Abu Hanifah memberi pendapatnya dalam satu satu masaalah, murid muridnya Abu Yusuf, Muhammad dan Zufar menyalahkannya. kadangkala seorang dari mereka sependapat dengannya, yang dua lagi tidak. Atau ketiga tiga mereka menyalahinya. Atau kadang kala ketiga mereka menyetujuinya.
Demikian pula dengan Malik dan Ahmad bin Hanbal, perselisihan berlaku dikalangan mereka dalam semua masaalah dan ia tentu sekali membuat kita berada didalam keraguan.

No comments: