Sunday, July 19, 2009

ALQUR'AN DAN HADITS YANG KITA FAHAMI BELUM TENTU BENAR.....??


"Wah....banyak, banyak sekali," Jawab sang Guru,"kami hanya bersepakat dalam masaalah bid'ah, kurafat, tahyul dan masaalah masaalah kesyirikan. Akan tetapi dalam masaalah ekonomi, sosial, politik dan lain lain kami mempunyai setumpuk perbedaan."
"Tapi itu kan tidak termasuk haram mengharamkan, guru." Kata sang Murid.
"Wah.....siapa bilang?" Sergah sang Guru."Misalnya masaalah bunga. Kita berbeda pendapat mengenainya. Ada yang tetap menharamkan walaupun bunganya untuk kepentingan umum dan ada yang tidak. Atau katakan pada sebagian yang lain tidak dengan kata haram mengharamkan. Akan tetapi seringkali kita dengar misalnya, kurang Islami, dalam keadaan begini, Islam tidak boleh begini natau begitu, yang itu salah yang lain benar dan lain lainnya, yang kata kata itu acapkali sali g kita lemparkan diantara sesama kita."
"Bagaimana jadi begitu, Guru?" Tanya saorang murid yan dari tadi kelihatan bingung. "Bukankan mereka sudah kembali kealQur'an dan hadits?"
" Ya......sekarang baru aku sadar, sejak perdebatanku dengan siPolan tadi, aku mulai mengerti bahawa alQur'an dan Hadits yang dipakai adalah alQur'an dan Hadits yang kita fahami. Bukankah jelas sekali alQur'an dan Hadits yang kita fahami belum tentu benar? Seandainya kita kembali ke alQur'an atau Hadits, tapi benar benar sesuai dengan keduanya, maka dapat dipastikan bahawa kita tidak akan bercerai berai seperti sekarang ini. Kerana dalam alQur'an tidak mempunyai kontradiksi sehingga boleh menimbulkan perpecahan ini." Lanjut sang Guru.
"Guru, apakah mungkin alQur'an dapat difahami sebenar benarnya, sehingga kalau kita kembali kepadanya pasti tidak akan bercerai berai?" Tanya saorang murid lagi.
"Itulah salah satu yang akan saya cari jawapannya. Sebab, saya sekarang memahami dari kejadian tadi, bahawa kerana mengingat agama Islam ini adalah agama akhir zaman, dan ia diturunkan untuk dijadikan pedoman, maka sesungguhnya mestilah alQur'an ini dapat difahami dengan sebenar benar pemahaman." Jelas san Guru.

No comments: