Sunday, July 19, 2009

APAKAH AYAT AYAT MUTASYABIHAT BOLEH DITAKWILKAN...?

"Guru." kata seorang murid yang lain." dulu guru pernah mengatakan bahawa qur'an itu mengandungi ayat ayat yang jelas dan mutasyabihat. Sedang yang mutasyabihat (samar) tidak diketahui takwilannya kecuali Allah?"
"Yah.....dulu memang demikian (jawab sang Guru). Tapi sekarang tidak lagi.Sebab, kalau Qur'an,walau sebagiannya, tidak difahami kecuali Allah, maka buat apa Qur'an diturunkan untuk manusia? Bukankah Qur'an ini diturunkan supaya manusia mengambil petunjuk daripadanya? Nah, kalau sebagian ayatnya yang mutasyabihat tadi tidak difahami, lalu untuk apa ayat itu diturunkan?
"Ma'af Guru! Bukankah dengan mengatakan demikian bererti guru telah keluar dengan makna ayat tadi, kerana diayat itu, untuk ayat ayat yang mutasyabihat dikatakan bahawa, ....tidak ada yang tahu kecuali Allah?"
"Murid ku, alQur'an itu ada titik komanya. Kaum muslimin berbeda pendapat dalam meletakkan koma pada ayat itu. Dan dulu aku meletakkan seperti yang apa engkau katakan. Akan tetapi sekarang, setelah dailog tadi, dan kerana alasan alasan tadi, yaitu alQur'an diturunkan untuk diikuti yang mana sudah tentu harus difahami terlebih dahulu, maka saya yakin bahawa koma pada ayat itu tidak terletak setelah Allah. Dan makna ayat itu sedikit berubah. Coba perhatikan! Kalau komanya setelah Allah, maka ayat itu akan menjadi '.....tidaklah ada yang tahu takwilnya kecuali Allah, dan orang orang yang berpengetahuan mengatakan bahawa; semua dari Allah'. Akan tetapi kalau komanya diletakkan setelah orang orang yang berpengetahuan, akan menjadi sebagai berikut, '.....tidaklah ada yang tahu takwilnya kecuali Allah dan orang orang yang berpengetahuan, yang mana mereka mengatakan semua dari Allah'. Sekarang aku yakin, bahawa peletakan koma yang kedua nitulah yang benar."

No comments: