Saturday, November 28, 2009

HAJAR: Bunda Sang Nabi

1: DIPASAR SAHAYA.........
HARAN, pasar sahaya mulai tampak ramai, seiringan dengan terbitnya sang surya diufuk timur. Semua orang tahu bahawa sahaya yang terbaik adalah sahaya yang termahal nilainya, dan...lebih cepat terjual. Dan....menjelang tengahari, hanya sahaya yang sakit serta pembangkang sahaja yang akan tersisa.
Di sebuah gerai ditengah pasar, seorang anak tanpa baju berdiri disamping tuannya, menanti ketika untuk dijual. Wajahnya cantik serta bersih, memperlihatkan kebersihan hatinya. Berwajah bundar serta dengan rambutnya yang hitam panjang. Kulitnya yang coklat halus menandakan ia akan membesar menjadi seorang gadis yang cantik ayu. Satu satunya orang lain di gerai itu adalah majikannya, yang sedang tekun menunggu pembeli yang tepat dengan keinginannya.

Mata gadis kecil itu nyalang, berkeliaran memerhatikan persekitarannya. Ia mengamati seorang pedagang sahaya berbangsa Mesir yang sedang menjelajahi seluruh gerai dan kios, membeli para sahaya untuk kemudiannya di perdagangkan dikota lain. Ia berjalan dengan diiringi seorang penyelia dan tujuh orang pengawal yang berwajah kasar serta membawa sebatang tongkat. Sembil menjelajah dari gerai kegerai, ia membeli ramai sahaya setelah melakukan tawar menawar. Seketika kemudian, sahaya yang dibelinya telah mencapai seramai duapuloh orang. Mereka ditarik dibelakannya dengan rantai yang terikat dikaki dan tangannya.

Gadis kecil bermata nyalang itu terus memerhati sang pedagang sahaya itu memasuki sebuah gerai. Disitu, berdiri seorang lelaki yang bertubuh perkasa tanpa baju ditengah gerai. Tubuhnya yang kekar dan gagah menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang kuat berkerja. Cara berdirinya yang tegak dan penuh keyakinan menyatakan bahawa dia adalah seorang yang merdeka, yang kini terpaksa menjada sahaya kerana hutangnya yang tidak bisa dilunasi. Hal itu semakin nyata kerana disampingnya berdiri dua orang lelaki digerai tersebut sedang memegang senjata, seolah olah mengancamnya. Jelas bahawa kedua mereka adalah penagih hutang.
"Tangan yang kekar. Kuat" Ujar siPenyelia kepada tuannya."Mungkin seorang petani." Katanya dalam bahasa Mesir sambil memegang megang tubuh pemuda tersebut sembari mengelilinginya. "Beri ia makan hingga kenyang. Kita akan mengaut keuntungan nanti, Mungkin di Mari atau di Babel." Katanya kepada pengiring pengiringnya.
SiPedagang menganggukkan kepala, menyetujuinya. "Tawar dia seharga duapuluh perak."
Mereka terkejut kerana tawaran mereka segera diterima. Kedua penagih hutang tersebut segera membahagikan wang tersebut antara mereka. Kemudian sahaya lelaku itu dirantai menjadi satu bersama sahaya yang laindalam iring iringan tadi yang kini jumlahnya telah menjadi duapuluh satu orang.
Gerai yang bersebelahan dengan gerai gadis tersebut memperlihatkan sejumlah sahaya. Sahaya lelaki kelihatan tidak senang dan membangkang. Dan otot ototnya tubuhnya yang keras menunjukan kekuatan kudratnya. Isterinya kelihatan bungkuk dan wajahnya memperlihatkan usianya. Kedua anak gadis remajanya bertubuh tinggi jangkung berdiri sambil meliuk lintukkan tubuhnya seakan menggoda.
Sang pedagang sahaya menyeringai. "Aku tau sebuah rumah pelacuran di Babel." katanya."Dan disana aku akan mengutip keuntungan dua kali ganda dari harga yang ku bayar disini."
"Jangan beli lelaki itu, punggungnya cedera." Kata si Penyelia.
"Perempuan tua itu juga, tak ada gunanya."
Pedagang itu mengeluarkan pundi pundi wang nya. "Coba tawar kedua gadis itu seharga tiga puluh perak."
Gadis kecil bermata nyalang itu tergedik kengerian. Ia mendengar dan mengerti semua percakapan dalam bahasa Mesir itu.
Si Penyelia yang berbicara dengan loghat tempatan melakukan tawar menawar dengan pemilik sekeluarga sahaya tersebut. Akhirnya disepakati bahawa setiap gadis tersebut seharga duapuluh wang perak.Sa g pedagang menghitung wangnya. Kedua gadis tersebut disatukandengan rantai bersama dengan sahaya lainnya. Mata mereka meliar menggoda para pengawal. Kedua ibu bapa mereka yang telah sangat lama menderita kelihatan tidak peduli lagi dengan perpisahan yang berlaku.
Mereka kemudian mendatangi gerai yang berikutnya, tempat dimana sigadis kecil itu sedang berdiri mengamati mereka.Ia menggeletar ketakutan ketika mata mata mereka memeriksanya. Ia sudah terbiasa tanpa baju, tetapi pandangan mata mereka membuatkan dia merasa kotor.
"Rumah pelacuran di Babel itu maukah membeli gadis yang sekecil ini?"
Sang penyelia segera berkata." Beli dia! Mereka akan menawarkan dua kali ganda dari harga dua gadis tadi."

Gadis kecil itu bergedik kengerian. Saat terakhir kali berada di pasar sahaya kurang lebih empat tahu lalu, ia pernah mendengar 'para perawan abadi' yang di latih untuk berpura puramenjadi perawan berkali kali. meskipun baruberusia enam tahun ketika itu dia telah mengertidan merasa ketakutan.
Sang pedagang menatapnya.....tajam.Sepasang matanya menyepet. "Tanyakan kepada tuannya, berapa usianya."
Sebelum si Penyelia itu membuka mulutnya untuk bertanya. si gadis kecil itu berbicaradalam bahasa Mesir yang fasih. "Umurku empatbelas tahun, tuan."
"hah, memang telah ku duga dia orang Mesir. Wajahnya seperti orang Mesir Mata si pedagang membesar. "Empatbelas, katamu?"
"Ya, tuan."
Ia mengamati dada gadis yang rata dan punggungnya yang kecil.
"Kau kelihatan seperti baru berumur sembilan tahun."
"Yaa....tuan....Tuan tau kan,,,,penyakit ini....."
"Penyakit....? Penyakit apa?"
Tapi gadis itu hanya menundukan kepala memandan sepasang kakinya, dan tidak berkata lagi.
"Ahh! Ptuiii....!" Sang penyelia meludah. Jangan dibeli dia!....Kita tidak tau apa penyakitnya!"
Kedua lelaki itu mundur dan bergegas ke gerai sebelah.
Sang majikan gadis kecil berpaling memandang sembari bertanya, "Apa yang kau katakan pada mereka?" Katanya dengan marah.
Sigadis kecil berpaling menghindari tatapan mata majikannya. "Mereka.....mereka menanyakan umurku lalu akukatakan umurku empatbelas tahun."
"Empatbelas!? Tapi......kau baru sepuluh tahun!"
"Ya, tuan....Aku katakan itu kerana penyakit....."
"Apa!...Penyakit apa? Lelali itu mengernyitkan dahinya dengan marah. "Kau baru saja menggagalkan penjualan ini! Kenapa kau melakukannya?"
"Mereka.....mereka ingin menjadikan aku pelacur di Babel."
"Ohh....." Wajah tuannya kelihatan berubah lembut. Dan sekonyong konyong ia tertawa tergelak gelak. "Empatbelas tahun! ...Penyakit!....Ah, Nak....kau memang bijak! Aku seharusnya membiarkan kamu menjual dirimu sendiri! Kamu kelihatan mampu untuk memilih calun majikanmu sendiri!"


No comments: