Tuesday, June 9, 2009

ANTARA GOLONGAN YANG BERPERANG SALAH SATUNYA PASTI SESAT ATAU.......

"Alasan Pertama (kata Sipenanya):"
"Anda tadi menukilkanbeberapa ayat yang intinya menyatakan dan memberitahukan kepada Nabi bahawa disekeliling beliau ada orang orang munafik, iaitu orang orang yang melakukan apa yang mesti dilakukan oleh orang orang Muslim. Dan kerana Nabi dalam ayat itu, tidak mengetahui siapa mereka, apalagi orang orang Muslim yang lain. Dan dari ayat itu juga bisa diambil perhatian bahawa orang orang munafik itu begitu taat dan sholeh sehingga Nabi sendiri tidak dapat membaca mereka. Barangkali kerana kecanggihan mereka itulah ayat ayat yang anda nukil tadi memgatakan bahawa mereka sangat keterlaluan dalam kemunafikan mereka.
"Alasan kedua adalah: dalam kenyataan sejarah Islam yang menyedihkan, kata anda, adalah adanya beberapa peperangan yang terjadi dikalangan sahabat sahabat Nabi sepeninggalan beliau. Dan sudah tentu ratusan atau ribuan korban telah jatuh dalam kejadian kejadian itu. Menurut saya, saya rasa mustahil golongan yan g sama sama benar, berperang. Dan kalau logoka saya ini masuk, maka setiap dua golongan yang bertikai mestilah yang salah atau semuanya salah. Sebab, sesama golongan sesat bisa saja berperang. Dan peperangan itu kata anda , telah terjadi beberapa kali. Kalau demikian hal nya maka Islam ini telah di transfer oleh orang orang yang sama sekali tidak bisa dipertanggungjawabkan. Sebab, mereka bukan lagi pencuri, pembohong atau orang orang yang makan berdiri dan semacamnya, sehingga hadits mereka lemah dan tertolak. Akan tetapi mereka adalah pembunuh. Dan bahkan mereka adalah pembunuh yang membanggakan diri. Sebab dalam peperangan apapun, membunuh adalah salah satu kenengan yang membanggakan. Kalau yang membawa Islam pertamakali sedemikian keadaannya maka seshoheh apapun perawi berikutnya masih sulit untuk doterima kebenarannya. Apalagi sudah saya katakan bahawa perawi perawi berikutnya pun tidak dapat dikatakan sholeh dengan sebenarnya-seratus persen- sebab sebagaimana maklum, kata agama anda yang tahu masaalah lahir dan bathin adalah hanya Tuhan.
"Dengan dua dalil ini saja, kalau agama anda dan kitab anda benar, maka barangkali ada suatu pemahaman lain tentang ayat yang anda nukilkan tadi, iaitu yang mengatakan bahawa mereka atau para sahabat itu telah diredhai Tuhan."
Tersudut lagi! Wah...Sang Guru kepepet lagi, dan tidak dapat berkata apa apa. Kerana ia terdiam, maka Sipenanya menerukan kata katanya.
"Tuan! Ada satu lagi, tapi sebelum saya utarakan apakah tuan tidak marah kalau saya, dari kata kata anda, menajukan suatu keganjilan yang dilakukan sahabat besar seperti yang anda ucapkan?" Sejenak Sipenanya menunggu jawapan Sang Guru yang walaupun agak terlambat, akhirnya ia persilakan.
"Silakan saja, tuan" kata Sang Guru yang sedikit tersendat. Sipenanya tak peduli lagi, ia terus saja mempersoalkan permasalahan permasaalahnya.

No comments: