Monday, October 5, 2009

THE HISTORY OF ALLAH

Sebuah buku yang ditulis oleh Bambang Noorsena (The History of ALLAH, Andi, 2oo5) yang menceritakan bahawa diTimur Tengah, sejak dahulu sampai sekarang baik orang Yahudi, Keristian, mau pun Islam yang berbahasa Arab sama sama menyebut "Allah" dalam berbagai dailek Timur Tengah tanpa mempersoalkan. (Dimaklumkan bahawa Bambang sekarang tinggal di Kaherah, Mesir)
Jadi memang menhairankan kalau ad orang di Malaysia, Indonesia, atau Amerika (Robert Morey dalam bukunya :The Islamic Invasion) menganggap bahawa nama Allah itu "HARAM" digunakan oleh umat Keristian, itu bererti semua umat Keristian di Indonesia, Malaysia dan Negara negara yang berbahasa Arab dari dahulu sampai sekarang tidak selamat kerana menghujat Tuhan dengan menyebut ALLAH. Sekarang ada empat (4) versi Alkitab berbahasa Aram dan semuanya menggunakan nama ALLAH.
BESYUM ELAH YISRA'EL:( Dalam Nama ALLAH Israel: Ezra:5:1) 'ELAH disini ditulis dalam bahasa Aram tetapi dengan aksara Ibrani -ALEF-LAMED-HE- yang sekalipun bisa bererti "sumpah" tetapi juga merupakan akarkata ;'ELOAH dan ELOHIM.
Semoga menjadi jelas bahawa nama ALLAH sudah digunakan dalam Alkitab Perjanjian Lama pada abad 6SM, sekurang kurangnya 13 abad sebelum ALQUR'AN ditulis. Dan kelompok "pengagum nama YAHWEH" dengan aktivitinya memprovokasi "MENGHARAMKAN" pengunaan nama "ALLAH" menhentikan saja lelucunnya itu.

No comments: