Saturday, May 1, 2010

AZAZIL


Baru abis baca. dekat sebulan gak nak abiskan, bukan apa aku tengah banyak keje. Tukang rumah aku. buat sendiri aje. Dulu aku upah orang indon buat, lingkup rumah aku. Tu yang aku kena pinda balik. Susah beb. Nak bagi buka dan kemudian buat balik. Bingai punya tukang. Padan muka aku tak bayar.
Ni citer Novel ni.......kata the arabic da vinci code tapi aku baca kurang mengasyikkan laa....x macam the da vinci code sidan brown tu......leka .......kalau boleh nak kasi habis satu ari je. Tapi bagus gak novel ni ada sejarah gak.
Lu baca la sendri.........

Bumi cinta


Abis dah aku baca novel ni. Best. Ni novelist yang aku minati.
Isteri aku pun nampaknya dah abis baca, walaupun lambat skit.
Aku tunggu lagi novelnya.
Ramlee Awang Murshid x ade novel baru ke?

Saturday, April 17, 2010

MUKTAMAR KAWASAN

Wah.....lama tul aku tak update aku punya blog. tulis pun dah lama aku tak buat. ponat jang!!! brape bulan ye? lama juga aku tak tengok blog aku. tu dia ada lg komen. ada lg yg nak ikut dan minat ngan blog bodo aku ni..... blog aku bodo ker? ntah. ko nilai la sendri. aku tulis suka suka je. kao kau orang kata okey.....hmmm. aku pun bukannyer rajin sangat nulis.
Tadi, aku g lah kemuktamar pas kawasan aku kat kg sepakat, rompin. memang dah lama sesangat aku tak ikut muktamar ni, sejak aku betugas di putrajaya. kan keje beso pun.....pilot bas jer......tu pun dah ek sampai tak ingat jemaah.....kali ni aku jadi pemerhati je. aku g satu kete dengan aku punya wife, dan dua orang jiran pompuan aku. suami diorang xnak ikut. abis muktamar kul 3.15. balik singgah muadzam. ade pasar minggu. beli la sesikit untuk makan 2 orang. anak mane ade......semua dah keje ......ade sorang je kat u macang. yang ni pun xtau aku nak cakap....selalu je mintak fulus.....aku bukan jutawan macam adik najib. parak gak aku kalau cam ni......
nak citer ape lagi....? hentam saje la labuuuuu.........

Tuesday, December 1, 2009

HAJAR: Bunda Sang Nabi 3

2: MENJADI SYIFKHAH KELUARGA AZAR



DI luar gerai sahaya tersebut, telah menunggu tujuh orang pria. Wajah mereka menyenangankan,mengenakan jubah panjang serta memegang tongkat gembala. Pemandangan ini sangat berlawanan serta ganjil ditempat tersebut. Ketika Sarah mendekat, Hajar tahu mereka adalah para pengawalnya. Penampilan mereka seperti gembala hanyalah satu penyamaran.

"Mardi," seru Sarah kepada salah seorang dari mereka, seorang pria setengah baya dengan janggut pendek seperti orang Babel. "Ini Hajar."

Sang pria itu melirik sigadis kecil. Sarah dengan cepat berkata, "Dia seorang perawan, dan akan tetap demikian."

Peria itu mengeryit dahinya, tetapi menganggok dengan patuh. Ya, Nyonya," gumamnya.

Sarah, sambil tetap mengandeng Hajar, berjalan paling depan, dan para pengawal mengikutinya dibelakang. Mereka melewati pasar sahaya dengan para tawanan yang berdiri dala gerai gerai, atau lorong lorong, dan ada juga yang berdiri di tempat terbuka. Para sahaya tersebut ada yang sekeluarga, lelaki dewasa, gadis muda, pemuda bahkan bayi. Semuanya tanpa pakaian; semuanya tampak putus asa.

Hajar menarik nafa lega, mensyukuri keberuntungannya.

Setelah mendiami Haran selama empat tahun, Hajar tahu bahawa kota itu paling terkenal kerana pasarnya, termasuk pasar sayur sayuran, barang dagangan dari seluruh penjuru dunia dan pastinya, pasar sahaya. Mereka melewati kuil yarah, yang menandai jalan masuk kedaerah dagang tersebut. Hajar melayangkan pandangannya tanpa rasa sedih pada ziggurat itu, anak tangganya yang gelap menjulang tinggi kelangit biru. Di puncak kuil itu telah ia telah melalui banyak malam bulan purnama, untuk pemujaan dewa bulan.

Sementara mereka berjalan, Sarah bertanya sahaya barunya.

"Ceritakan tentang dirimu. Apakah kau memang dilahirkan sebagai sahaya?"

Hajar menggeleng. "Baru lima tahun terakhir. Sebelumnya keluarga ku adalah orang yang merdeka."

"Bagaimana keluarga kamu sampai menjadi sahaya?"

"Bendang ayahku di Mesir tak berhasil sehingga ia terpaksa mengadai kebebasannya."

"Apakah mereka telah mencerai beraikan keluarga mu?"

"Ya. Mulanya mereka telah menjual ayah, kemudian ibu dengan adik ku yang masih bayi. Kemudian aku."

"Itu pasti menjadi saat saat yang paling sulit bagi keluarga mu."

"Ya, Nyonya. Kami tidak tahu bahawa mereka akan berbuat begitu terhadap kami. Ayah memohon sangat sangat agar kami tidak dipisah pisahkan ketika ia menyetujui untuk menjadi sahaya demi membayar hutang kami. Tapi para pemberi hutang tidak peduli, mereka menjual ayah kepada penawar yang pertama."

"Apakah ayah mu menyerah begitu sahaja?"

"Tidak. Aku masih ingat dengan jelas bagaimana mereka menyeret ayah pergi dalam keadaan pengsan. Darahnya berjejeran. Aku masih dapat mendengar tangisan dan jeritan ibuku."
sarah menghela nafas. "Dan kemudian mereka membawa ibumu?"
"Ya, dengan adiku ku yang masih bayi. Mereka mengatakan ibuku akan di jadikan ibu susu."
"Oh ya, mereka akan mendapat wang yang banyak kerana itu."
Seketika kemudian mreka melewati serangkaian rumah tinggal yang dibuat dari lumpur dengan atap yang meruncing serta dapurnya berada diluar rumah. Mereka berjalan menyelusuri tepian sungai Balikh, serta melewati beberapa pasar. Hajar telah pernah melihat semuanya. Ia hampir hampir tidak melirik aneka dagangan berupa pakaian, buah buahan, alatan perhiasan, senjata senjata serta rempah ratus yang harum baunya seolah olah berasal dari tempat yang jauh dan tidak di ketahui.
Sarah menunggu sehingga mereka melewati satu kerumunan orang ramai sebelum melanjutkan pertanyaannya. "Jadi, kau adalah satu satunya anggota keluarga mu yang tertinggal ditempat penjualan sahaya. Apa yang telah mereka lakukan kepada mu?"
"Aku telah dibeli oleh seorang pedagang sahaya dam membawa ku pergi dari Mesir. Leih kurang setahun kemudian ia telah menjualku di sini, di kota Haran."
"Pasti itu adalah tahun yang sangat menakutkan kamu."
"Benar Nyonya. Aku terus menerus menangis disepanjang tahun itu."
Sarah berkata dengan lembut. "Sekarang kau terlihat begitu ceria. Bagaimana kau dapat pulih dari pengalaman yang menakutkan itu?"
"Seorang sahaya lain membantuku. Katanya aku akan mati kerana sedih atau aku dapat melupakan segala kejadian itu dan terus hidup. Pilihan ada ditangan ku. Aku memutus kan untuk tetap hidup."
"Kau membuat keputusan itu ketika masih berusia empat tahun?" Sarah menatap sahayanya dengan mata terbelalak.
"Lima tahun Nyonya. Antara umur empat dan lima tahun, aku menjadi dewasa."
"Ya, aku percaya katamu. tidak menghairankan kau lebi dewasa dari usiamu. Baiklah, sekarang ceritakan kepadaku tentang majikanmu yang terakhir. Apakah dia baik kepadamu?"
"Ya, sangat baik. Dia seorang saudagar di Haran. Dia membeliku untuk putranya yang seusia denganku. Aku akan dinikahkan dengannya apabila puteranya cukup dewasa."
"Tapi kenapa dia......"
"Kira kira sebulan lalu, anaknya jatuh sakit. Dia diserang demam teruk sehingga meninggal. Majikanku tidak memerlukan aku jadi dia memutuskan untuk menjualku."
"Oh, begitu." Sarah melangkah dalam diam disisi sahaya barunya.
Hanya tekanan lembut sekali kali pada tangannya yang memberi petunjuk kepada Hajar tentang apa yang sedang difikirkan oleh majikan barunya. Mereka terus berjalan sehingga merka sampai di sekumpulan khemah berwarna hitam.
"Ini rumah barumu, Hajar." Sarah memerintahkan para pengawalnya bubar dengan sebuah anggukan kepala serta menghampiri khemah terbesar di perkhemahan tersebut. "Kita tidak boleh berisik.Aazar mungkin sedang tidur."
Hajar gementar dan tidak sabar. Dia akan segera bertemu dengan keluarga barunya, Aazar siketua kaum,salah seorang lelaki terkaya di Pada-Aram, Ibrahim putranya, suami Nyonyanya. Dan siapa lagi?
Mereka baru saja memasuki khemah tersebut, ketika seorang pemuda keluar dari situ. Ia bertubuh tinggi, rambutnya yang coklat dan ikal membingkai wajahnya yang licin tanpa janggut. Hajar menduga usianya kira kira empat atau lima tahun lebih tua darinya. Sepasang matanya yang tanpa malu mengamati Hajar dari atas kebawah. Untuk sejenak ia merasa tidak selesa dengan kejadian itu.
"Wah!" Pemuda itu berseru, bibirnya yang tipis menyeringai. "Babu baru Makcik Sarah. Cantik sekali."
"Ini anak saudaraku, Lut," Kata Sarah. "Lut, ini syifkhah baru ku, Hajar."
Ia tampaknya menekan kata 'syifkhah' tersebut.Kata itu bererti 'sahaya perempuan pembantu peribadi'. Ini menunjukkan suatu kedudukan yang istemewa. Hajar merasa senang kerana ia tidak di sebut babu, kata yang umum di gunakan untuk sahaya perempuan biasa. Mungkin juga penekanan pada kata tersebut sebagai peringatan kepada Lut. Namun, mengapa harus ada peringatan? Hajar melirik Lut. Wajahnya yang tampan membersit seringai menantang.
"Ah, Makcik Sarah, Makcik tak perlu berkata begitu. Makcik tau, aku tak akan......"
Mengapa kau tak menggembala ternakanmu?" Tegur Sarah.
"Aku datang menziarahi datuk." Pemuda itu menjawab. Pakcik Ibrahim mengatakan keadaan datuk sedang tenat."
"Dimana Pakcikmu, Ibrahim?"
"Ada di sana." Lut memalingkan kepalanyakesebuah khemah disamping khemah besar itu dan kemudian memandang seraya menyeringai nakal kepada Hajar. "Hingga bertemu lagi,Syifkhah."
Gaya bicaranya seolah mengejek kwika mengucapkan kata it. Hajar tidak menyukainya dania akan berusaha sedapat mungkin menghindari pemuda itu.
Sementara pemuda itu melangkah pergi, Sarah mengikuti dengan pandangan matanya sambil menggrleng gelengkan kepalanya. "Ayahnya sudah meninggal dan sekarang ia tinggal dengan kami. Aku harap Ibrahim tidak akan membawanya serta kalau kami pindah nanti. Tapi ku fikir kami harus."
"Pindah?" Hajar merasa cukup percaya kepada nyonya barunya sehingga ia berani menajukan sebuah pertanyaan. "Mengapa kalian akan pindah?"
Sarah menatap wajah Hajar tepat. "Abraham telah menerima wahyu dari Allah agar kami segera berpindah kesebuah negeri yang baru. Aku tidak tau mengapa. Tanah disini sama suburnya dengan tanah ditempat lain serta keluarga kami telah selesa disini. Tapi ini adalah perintah Allah yang tidak bisa kami ingkari."
Ia melambaikan tangan kearah kumpulan khemah dan rumah beratap kerucut. Tampak jelas keluarga Aazar hidup dikhemah khemah dan juga dirumah rumah. Hajar berfikir bahawa membangun khemah adalah wajar, tetapi mengapa pula harus mendirikan bangunan yang lebih kekal dari tanah liat dan batu bata? Apakah sebahagian diantara mereka bermaksud berpindah, dan sebahagian lainnya akan tetap kekal tinggal di Haran? Kalau begitu berapa ramai orang yang akan berpindah?
Namun, dia harus menunggu untuk bertanya. Sarah telah menanggalkan sandalmya. Ia membimbing Hajar masuk kedalam khemah tersebut.
Khemah besar ini dihiasi dengan pelbagai perabutan. Karpet yang diinjak oleh kaki Hajar uang telanjang sangat lembut dan nyaman. Peti peti serta meja meja, hiasan dinding dan lampu gantung mengelilinginya dengan penataan yang teratur. Tercium pula bau dupa yang dibakar. Harum sekali, namu begitu sesekali tercium juga bau obat obatan.
Di tengah tengah khemah terbaring sang ketua kaummyang telah tua, kepalanya disangga setumpukan bantal. Jubah lenannya yang polos tidak menutupi sepasang kakinya yang kurus kering. Rambut dan janggutnya telah putih, namun wajahnya yang cengkung tidak terlalu berkeriput. Sepasang matanya yang jernih dibawah sepasang alis matanya yang putih mengamati kedua pengunjungnya.
"Ayah," ujar Sarah lembut. "Ini adalah syifkhak baruku. Namanya Hajar. Dia berasal dari Mesir."
Lelaki itu mengangguk. "Kesinilah, nak." Hajar melutut disisinya. Selama empat tahun terakhir masa masa perhambaannya,ia mengurus ayah tuannya yang tua renta sampai saat meninggalnya. Ia tahu sedikit sebanyak bagaimana merawat orang yang telah mendekati ajal.
"Bagaimana aku dapat melayanimu, Datuk."












Sunday, November 29, 2009

HAJAR: Bunda Sang Nabi 2

Imbang Penuh "Izinkanlah aku tuan! Aku berjanji akan mendapatkan harga yang terbaik untuk tuan! Izinkan aku melakukannya sendiri! Bolehkan?"



"Baiklah. Itu boleh kau coba." Kata lelaki itu sambil melanglah keluar dari gerainya, namun masih cukup hampir untuk dapat melihat dan mendengar apa yang akan berlaku.



Seorang peria bertubuh sasa mendatangi gerai. Dibawah sepasang alis matanya yang tebal, matanya menkilat tika menatap gadis kecil tanpa baju dihadapannya itu. Kedua tangannya sebentar dikepal dan sebentar dibuka dengan gugup. Ia mengatupkan bibirnya, berbetulan airliurnya menetis kejanggutnya yang pendek.



"Ah! Ah!! Seperti ini lah yang aku inginkan. Tepat....tepat sekali!"



Ia menghulurkan tannya untuk menjamah dada sigadis kecil yang ketakutan.



"Kemarilah! Aku punya hak untuk......"



Sang majikan sigadis itu bergegas masuk kegerainya, mendorong lelaki tersebut. "Hei, kau tidak ada hak untuk menjamah daganganku. Jauhkan tanganmu yang kotor itu!"



Sang calon pembeli mundur menyingkir. Matanya melotot. "Tapi, bukankah dia hanya saorang sahaya!" Sergahnya. Aku ada hak untuk......Ahh, sudahlah. Berapa harganya?"



"Enampuluh keping wang perak."



"Enampuluh? Benda apa dia ini? Apakah dia terbuat dari emas?....Aku bayar duapuluh perak."



"Enam puluh dan tidak ada tawar menawar."



Lelaki itu menggelengkan kepalanya. "Aku boleh membeli tiga orang sahaya dengan enam puluh perak itu."



"Kalau begitu, beli sajalah disana!" Bentak sang majikan. Lelaki itu berbalik dan bergegas keluar dari gerai.



Gadis kecil itu berpaling menghadap majikannya. "Terimakasih, Tuan."


Sang majikan mengernyit matanya kepada gadis kecil itu. "Klu tidak pernah......." ia menggelengkan kepalanya. "Apakah kau masih mau menjual dirimu sendiri?"


"Ya Tuan. Tapi...... tuan tolong tetap disini saja."


Sang majikan mengangguk dan kemudian melangkah kehadapan gerainya.


Sebentar kemudian masuk seorang wanita berwajah cantik kegerainya. Tulang pipinya tinggi dengan sepasang alis hitam dan bibir yang merah. Dia mengenakan pakaian gaya Babel dengan tiara yang tinggi, ikat kepala dari tembaga, gaun panjang dari kain lenan tipis berwarna biru dengan sulaman benang emas pada bahagian bawahnya. Ikat pinggangnya terbuat dari emas. Ia berjalan dengan kepalanya terangkat dan bahu tegak.


Sigadis kecil tersenyum. "selamat pagi, Nyonya." Sapanya.


Perempuan yang kelihatan kaya raya itu membalas senyumannya. "Wah," katanya, suaranya halus merdu berirama, "Kau benar benar saorang sahaya yang ceria!"


"Ada banyak hal yang harus saya syukuri," kata sang gadis, "Saya berharap saya akan segeran dibeli oeleh wanita tercantik di Haran!"

Perempuan itu tertawa kecil. "Dan mengapa aku harus membeli mu?"

"Kerana aku patuh, pandai, cantik.... dan sangat rendah hati!"

Perempuan itu tergelak lagi. "Aku tidak dapat membayangkan kamu sebagai sahayaku. Tingkah laku musama jauh sekali seperti sahaya!"

"Majikanku itu," sigadis menunjuk lelaki yang berada didepan gerai, "telah mengizinkan aku menjual diriku sendiri. Aku diberi izin untuk melakukan tawar menawar dengan nyonya. Jadi berapakah harga yang nyonya tawarkan untukku?"

"Dan berapa kau fikir harga yang pantas untukmu?" Tanya wanita tersebut. Sepasang matanya berbinar binar.

"Tadi barusaja ada seorang lelaki ingin membeliku. Majikan ku menetapkan seharga enampuluh perak. Dia menolak. Dia kurang pintar; aku sekurang kurang nya berharga enam puluh. Selain itu, aku juga sudah berjanji kepada majikanku untuk menawarkan harga yang terbaik untuk diriku."

Wanlta itu menggeleng gelengkan kepalanya dengan rasa hairan. "Aku tak dapat mempercayainya! Belum pernah lagi ak....." Ia berpaling kepada majikan gadis itu didepan gerai. "Apakah ini benar? Apakah ia diizinkan melakukan semua ini sendiri?"

"Benar nyonya," kata sang majikan. Ia cukuo cerdik untuk tidak berkata apa apa lagi.

"Kalau begitu......," permuan itu kembali menatap si gadi kecil. Ia mengusap dagunya. "Aku akan membayarmu dengan enampuluh wang perak. Setuju?"

Sang majikan terperanjat. "Begitu banyak?" Ia bergegas masuk. "Setuju. Setuju. Setuju sekali!"

Perempuan itu menghitung wangnya dan memasukan kedalam sebuah kantung kecil. Sebelum menyerahkan wang itu, ia berkata." Tetapi dia harus di beri pakaian. Tentunya ia berpakaian sebelum ia dibawa kepasar ini, bukan?"

"Ya, ya, tentu saja Nyonya." Sang majikan bergegas kebahagian belakang gerainya. Disana tergantung sehelai pakaian. "Aku ada sepasang pakaian disini, Ya. Ya. Pasti disini. Ia menggumam. Ia mengambil sehelai jubah yang telah lusuh dan memberikannya kepada sigadis kecil. Dengan pantas sigadis mengebakan pakaian itu.

"Skarang," ujar wanita itu sambik menyerahkan kantung wang kepada sang majikan. "Kau telah menjadi milikku. Bagai mana pendapat mu?"

Gadis kecil itu tersenyum. "Gembira sekali. Bagaimana seharusnya ku memanggil mu, Nyonya?"

"Aku Sarah. Isteri Ibrahim bin Azar."

"Azar?" Sepasang mata gadis kecil itu terbelalak."Pemilik ternak yang kaya raya dari Kota Ur? Betulkan?"

Perempuan itu mengangguk. "Dan apa akan ku panggil kamu. Maksud ku , nama mu."

Gadis itu menatap majikan barunya seraya menarik nafas dalam dalam. "Hajar." ujarnya kemudian.

"Hajar? Itu nama Mesir, bukan?"

"Ya,Nyonya. Orang tuaku orang Mesir."

"baiklah. Mari Hajar orang Mesir.." Kata perempuan itu sambil menggandeng tangan sigadis erat erat. Kita keluar dari sini sebelum orang lain datang untuk membeli kamu."

Mereka bergegaskeluar sambil tertawa tawa, sementara bekas majikan sigadis asyik menghitung hasil jualan yang tak terduga sambil terheran heran. Ia melayangkan pandangannya kearah mereka. Tampaknya lebih mirip seorang ibu dengan anak daripada seorang majikan dengan sahayanya.

Ia menggeleng kepala, mengangkat bahu dan kembali menghitung wannya.













Saturday, November 28, 2009

HAJAR: Bunda Sang Nabi

1: DIPASAR SAHAYA.........
HARAN, pasar sahaya mulai tampak ramai, seiringan dengan terbitnya sang surya diufuk timur. Semua orang tahu bahawa sahaya yang terbaik adalah sahaya yang termahal nilainya, dan...lebih cepat terjual. Dan....menjelang tengahari, hanya sahaya yang sakit serta pembangkang sahaja yang akan tersisa.
Di sebuah gerai ditengah pasar, seorang anak tanpa baju berdiri disamping tuannya, menanti ketika untuk dijual. Wajahnya cantik serta bersih, memperlihatkan kebersihan hatinya. Berwajah bundar serta dengan rambutnya yang hitam panjang. Kulitnya yang coklat halus menandakan ia akan membesar menjadi seorang gadis yang cantik ayu. Satu satunya orang lain di gerai itu adalah majikannya, yang sedang tekun menunggu pembeli yang tepat dengan keinginannya.

Mata gadis kecil itu nyalang, berkeliaran memerhatikan persekitarannya. Ia mengamati seorang pedagang sahaya berbangsa Mesir yang sedang menjelajahi seluruh gerai dan kios, membeli para sahaya untuk kemudiannya di perdagangkan dikota lain. Ia berjalan dengan diiringi seorang penyelia dan tujuh orang pengawal yang berwajah kasar serta membawa sebatang tongkat. Sembil menjelajah dari gerai kegerai, ia membeli ramai sahaya setelah melakukan tawar menawar. Seketika kemudian, sahaya yang dibelinya telah mencapai seramai duapuloh orang. Mereka ditarik dibelakannya dengan rantai yang terikat dikaki dan tangannya.

Gadis kecil bermata nyalang itu terus memerhati sang pedagang sahaya itu memasuki sebuah gerai. Disitu, berdiri seorang lelaki yang bertubuh perkasa tanpa baju ditengah gerai. Tubuhnya yang kekar dan gagah menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang kuat berkerja. Cara berdirinya yang tegak dan penuh keyakinan menyatakan bahawa dia adalah seorang yang merdeka, yang kini terpaksa menjada sahaya kerana hutangnya yang tidak bisa dilunasi. Hal itu semakin nyata kerana disampingnya berdiri dua orang lelaki digerai tersebut sedang memegang senjata, seolah olah mengancamnya. Jelas bahawa kedua mereka adalah penagih hutang.
"Tangan yang kekar. Kuat" Ujar siPenyelia kepada tuannya."Mungkin seorang petani." Katanya dalam bahasa Mesir sambil memegang megang tubuh pemuda tersebut sembari mengelilinginya. "Beri ia makan hingga kenyang. Kita akan mengaut keuntungan nanti, Mungkin di Mari atau di Babel." Katanya kepada pengiring pengiringnya.
SiPedagang menganggukkan kepala, menyetujuinya. "Tawar dia seharga duapuluh perak."
Mereka terkejut kerana tawaran mereka segera diterima. Kedua penagih hutang tersebut segera membahagikan wang tersebut antara mereka. Kemudian sahaya lelaku itu dirantai menjadi satu bersama sahaya yang laindalam iring iringan tadi yang kini jumlahnya telah menjadi duapuluh satu orang.
Gerai yang bersebelahan dengan gerai gadis tersebut memperlihatkan sejumlah sahaya. Sahaya lelaki kelihatan tidak senang dan membangkang. Dan otot ototnya tubuhnya yang keras menunjukan kekuatan kudratnya. Isterinya kelihatan bungkuk dan wajahnya memperlihatkan usianya. Kedua anak gadis remajanya bertubuh tinggi jangkung berdiri sambil meliuk lintukkan tubuhnya seakan menggoda.
Sang pedagang sahaya menyeringai. "Aku tau sebuah rumah pelacuran di Babel." katanya."Dan disana aku akan mengutip keuntungan dua kali ganda dari harga yang ku bayar disini."
"Jangan beli lelaki itu, punggungnya cedera." Kata si Penyelia.
"Perempuan tua itu juga, tak ada gunanya."
Pedagang itu mengeluarkan pundi pundi wang nya. "Coba tawar kedua gadis itu seharga tiga puluh perak."
Gadis kecil bermata nyalang itu tergedik kengerian. Ia mendengar dan mengerti semua percakapan dalam bahasa Mesir itu.
Si Penyelia yang berbicara dengan loghat tempatan melakukan tawar menawar dengan pemilik sekeluarga sahaya tersebut. Akhirnya disepakati bahawa setiap gadis tersebut seharga duapuluh wang perak.Sa g pedagang menghitung wangnya. Kedua gadis tersebut disatukandengan rantai bersama dengan sahaya lainnya. Mata mereka meliar menggoda para pengawal. Kedua ibu bapa mereka yang telah sangat lama menderita kelihatan tidak peduli lagi dengan perpisahan yang berlaku.
Mereka kemudian mendatangi gerai yang berikutnya, tempat dimana sigadis kecil itu sedang berdiri mengamati mereka.Ia menggeletar ketakutan ketika mata mata mereka memeriksanya. Ia sudah terbiasa tanpa baju, tetapi pandangan mata mereka membuatkan dia merasa kotor.
"Rumah pelacuran di Babel itu maukah membeli gadis yang sekecil ini?"
Sang penyelia segera berkata." Beli dia! Mereka akan menawarkan dua kali ganda dari harga dua gadis tadi."

Gadis kecil itu bergedik kengerian. Saat terakhir kali berada di pasar sahaya kurang lebih empat tahu lalu, ia pernah mendengar 'para perawan abadi' yang di latih untuk berpura puramenjadi perawan berkali kali. meskipun baruberusia enam tahun ketika itu dia telah mengertidan merasa ketakutan.
Sang pedagang menatapnya.....tajam.Sepasang matanya menyepet. "Tanyakan kepada tuannya, berapa usianya."
Sebelum si Penyelia itu membuka mulutnya untuk bertanya. si gadis kecil itu berbicaradalam bahasa Mesir yang fasih. "Umurku empatbelas tahun, tuan."
"hah, memang telah ku duga dia orang Mesir. Wajahnya seperti orang Mesir Mata si pedagang membesar. "Empatbelas, katamu?"
"Ya, tuan."
Ia mengamati dada gadis yang rata dan punggungnya yang kecil.
"Kau kelihatan seperti baru berumur sembilan tahun."
"Yaa....tuan....Tuan tau kan,,,,penyakit ini....."
"Penyakit....? Penyakit apa?"
Tapi gadis itu hanya menundukan kepala memandan sepasang kakinya, dan tidak berkata lagi.
"Ahh! Ptuiii....!" Sang penyelia meludah. Jangan dibeli dia!....Kita tidak tau apa penyakitnya!"
Kedua lelaki itu mundur dan bergegas ke gerai sebelah.
Sang majikan gadis kecil berpaling memandang sembari bertanya, "Apa yang kau katakan pada mereka?" Katanya dengan marah.
Sigadis kecil berpaling menghindari tatapan mata majikannya. "Mereka.....mereka menanyakan umurku lalu akukatakan umurku empatbelas tahun."
"Empatbelas!? Tapi......kau baru sepuluh tahun!"
"Ya, tuan....Aku katakan itu kerana penyakit....."
"Apa!...Penyakit apa? Lelali itu mengernyitkan dahinya dengan marah. "Kau baru saja menggagalkan penjualan ini! Kenapa kau melakukannya?"
"Mereka.....mereka ingin menjadikan aku pelacur di Babel."
"Ohh....." Wajah tuannya kelihatan berubah lembut. Dan sekonyong konyong ia tertawa tergelak gelak. "Empatbelas tahun! ...Penyakit!....Ah, Nak....kau memang bijak! Aku seharusnya membiarkan kamu menjual dirimu sendiri! Kamu kelihatan mampu untuk memilih calun majikanmu sendiri!"


Friday, November 27, 2009

KAMUS KHAZAR


sangat lama aku tak menulis dalam blog aku ni. tak sempat. tak ada masa yang terluang. memang aku kerja sebelah petang aje, tapi balik dah pukul 2.00 pagi. ngantuk maa......pagi lak sibuk la kepasar dan lepas balik tu......apa lagi, tidooooo laa.....kah....kah...kah.....
arini baru aku buka balik blog aku ni. dah berserabt dengan jelaga dan sarang lelabah.....tu dia.....baru tau lama tak lamanya aku tinggalkan blog aku ni.
ari ni ghaya aji keee? ceh..bebuat lupa lak.
wah....apa kabo asan ali yer.....tak kan sonyaaap jo. tak de apa pa perkembangan ker?
ari ni aku mula baca buku dalam online serambi.....best buku ni nampaknya. sebuah novel yang mungkin buku sejarah gak.
nak tau tajuknya.......KAMUS KHAZAR. nanti aku taruh covernya. tak ade jual kat malaysia ni. kan malaysia ni negara yang menyekat ilmu kot. banyak buku yang diharamkan, takut rakyat sesat konon.....yang dia sesat, tak tau?