Showing posts with label SAJA NAK CAKAP. Show all posts
Showing posts with label SAJA NAK CAKAP. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

PERASMIAN DHPP ROMPIN



ARINI AKU GI KE KAMPUNG SEBAYAN DG ABANG AMID KERANA ADA MAJLIS PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS KAWASAN ROMPIN DIKAWASAN ORANG ASLI DITAJA OLEH TOK BATIN KAMPUNG TU, ADIK BEKAS CALUN PKR TAHUN 2004 DULU, DATO LONG JIDIN, SEORANG ASLI YANG MENJADI SENATOR PERTAMA DARI PUAK ORANG ASLI DI MALAYSIA. BELIAULAH YANG TELAH MEMBUKA MATA SEDIKIT BETAPA SENGSARANYA KEHIDUPAN ORANG ASLI YANG TERSISIH DARI PEMBANGUNAN DI MALAYSIA. INI LAH MALAYSIAKU....YANG PEMIMPINNYA ASYIK DENGAN MEMENUHKAN POKET SENDIRI SAJA. LEPAS PILIHANRAYA AKAN BANYAK LAH HUTAN HUTAN DAN PENEMPATAN ORANG ASLI AKAN DITEROKA OLEH CUKONG CUKONG BN/UPNO/APCO. ORANG ASLI AKAN MAKIN TERPINGGIR DARI PEMBANGUNAN. TANAH AKAN DIAMBIL TANPA PAMPASAN DENGAN SESUKA HATI MEREKA SAJA. RAKYAT MAKIN MERANA.
SEKARANG ADA URA URA SUBSIDI UNTUK RAKYAT AKAN DIHAPUSKAN. KONONNYA SUBSIDI TELAH MENYEBABKAN MALAYSIA MENUJU KEBANGKRAPAN. BETUL KE???? BIASISWA TELAH LAMA DI TARIK. RAKYAT DIDULUKAN SUSAH.....PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN. SATU MALAYSIA DAH TAU.....TU NAK TEMBERANG LAGI TOK UBAN NI. NAK BUAT ISTANA NEGARA BARU UNTUK AGUNG ADA LAK DUIT.....??? SITU JE DAH BERAPA RATUS JUTA.... ????( 811 JUTA ??? UNTUK SATU KELUARGA JE YANG DUDUK?) KALAU BUAT UNTUK RAKYAT ORANG ASLI DAH BERAPA BANYAK ORANG ASLI YANG KAYA. (KALAU IKUT AKU SENANG JE....BAGI SATU KELUARGA SATU JUTA JE.....DAH 811 KELUARGA DALAM MALAYSIA NI JADI JUTAWAN.....KAN? KAN?) ISTANA AGUNG YANG NI BUKAN X BOLEH DUDUK LAGI. LAGI PUN AGUNG ADA MOHON KE?? KAT ENGLAND TU....ISTANA BUCKINGHAM TULAH YANG DIDUDUK OLEH QUEEN DARIPADA DULU LAGI DAH BERAPA RATUS TAHUN DAH....OKEY JE? ATAU KRONI PUNYA PROJEK .......? INILAH MALAYSIAKU....YANG KAYA TAMBAH KAYA, YANG MISKIN PAPA KEDANALAH SAMPAI ANAK CUCU CICIT. UNDILAGI BN, NILAH PADAHNYA.

Monday, June 8, 2009

HARI KEPUTRAAN YG DI PERTUAN AGUNG.....

1849 PENERIMA DARJAH KEBESARAN!!!!!
NEGERI CIPUT.....

Friday, May 22, 2009

DAH AGAK DAH.......

LEPAS BALIK KEJE, AKU KE MAHKAMAH PUTRAJAYA BERSAMA FARIZAL DAN TENGKU HASMAWI, NAK DENGAR KEPUTUSAN HAKIN BERKENAAN KES RAYUAN DS.NIZAR DAN ZAMBEROK TU. SEBELUM TU AKU DAH BERSEMBANG DENGAN BEBERAPA ORANG SEKERJA KU DAN AKU BERPENDAPAT BAHAWA SI ZAMBEROK TU AKAN MENANG RAYUAN MEMANDANGKAN KEADAAN SEKARANG BANYAK HAKIM DAH KENA BELI.
KEPUTUSANNYA.......BETUL 1000%.......TAK PAYAH NAK ULAS. SEMUA SKRIP TELAH DISEDIAKAN OEH NAJISALTANTUYA........

Sunday, May 17, 2009

tERKEnanG KAmpuNG ku.....DOOOluuu...

kampungku.... dulu memang kampung yang sangat indah......sekurang kurangnya ia adalah yang terindah dimataku. bagi orang lain aku tak tau.
untuk kekampung ku hanya ada satu saja jalan penghubung nya dari bandar tangkak. melalui sebuah ladang getah, aku panggil estate, milik sebuah syarikat inggeris. dari bandar tangkak kekampung ku terpaksa melalui sebuah hutan yang agak tebal juga yang ada sabuah sungai yang sangat jernih dan dalam airnya. ah....sangat sejuk dan nyaman. disinilah kami selalu mandi dan bermain. (tapi sekarang segalanya hanya tinggal kenangan kerana sungai itu telah kering kerana kerakusan manusia atas nama pembangunan).
sebuah jambatan kayu dibena melintasi sungai tersebut. ditebing sungai ditumbuhi dengan pokok kayu yang besar besar, ada yang lebih sepemeluk besarnya. ada yang hampir tumbang kedalam sungai, yaa,,,,sangat indah dan cantik. sungguh sebuah hutan malar hijau yang sempurna.
dari atas jembatan tersebutlah aku dan kawan kawan ku akan terjun diving seperti tarzan. ada juga yang berani terjun dari pokok yang hampir tumbang tersebut. dan ada yang lebih berani lagi akan terjun secara bergayut macam tarzan kedalam sungai dari dahan pokok yang tinggi sambil mengigit sebilah pisau dimulutnya. macam tarzan sungguh. sambil menjerit dan melaung juga macam tarzan.
ya....tarzan....waktu itu filem tarzan sangat sering diputar dipawagam dengan pelakun pujaan kami....johnny wesmuller......dengan rambut panjangnya dapat berkawan dengan binatang binatang dihutan.....sangat mengagumkan.....dan kami seperti sebahagian dari diri tarzan itu sendiri.
kami terjun...berenang....menyelam...kemudian kami akan melakunkan watak watak dalam cerita tarzan tersebut. ada orang jahatnya yang kami akan bergaduh dan bertumbuk. bertembak pakai senapang kayu. cuma yang tak adanya adalah jean, watak perempuan yang menjadi heroin filem tarzan itu. mana nak cari perempuan dalam permainan macam itu.


Thursday, May 14, 2009

TERKENANG DULU DULU.......

Hari ini aku baca dalam Harakah e-mel dari seberang menceritakan kisah masuknya Islam saorang lagi ilmuan barat, Prof. Dr. Jeffrey Lang. dan salah satu paragraf yang sangat menyentuh hatikecilku adalah persoalan yang terungkap dalam hatinya sangat mirip dengan apa yang pernah terjadi kepada ku sewaktu aku berada ditingkatan 4 yang telah menjadi satu isu kontroversi disekolahku waktu itu sehingga aku dipandang serong oleh kawan serta guru ku.
Inilah persoalan yang menjadi isu kerana aku sering bertengkar dengan kawan kawanku mengenai masaalah ketuhanan iaitu aku sering menyatakan/menanyakan kepada mereka:
"Kalau Tuhan itu adil dan Dia penuh dengan kasih sayang terhadap hambanya serta berkuasa terhadap hamba hambanya mengapa TUHAN MENJADIKAN MANUSIA BERBILANG BILANG AGAMA? MENGAPA DIA TIDAK MENJADIKAN HANYA SATU AGAMA SAHAJA? MENGAPA TIDAK TUHAN JADIKAN SEMUA MANUSIA BERIMAN KEPADANYA? BUKANKAH ALLAH YANG MENJADIKAN MANUSIA DENGAN KUASANYA DAN DIA BERKUASA MENJADIKAN SEMUA MANUSIA BERIMAN? TIDAKKAH DENGAN ITU DIA TELAH MENZALIMI HAMBA YANG DIA CIPTA SENDIRI DENGAN SEBAHAGIAN DIPILIH UNTUK MEMASUKU SYURGA DAN SEBAHAGIAN LAGI DIBIARKAN MEMASUKI NERAKA, SEDANGKAN IA BERKUASA UNTUK MEMASUKKAN SEMUA MEREKA KEDALAM SYURGA?
DIMANAKAH SIFAT TUHAN YANG ADIL ITU?
Dan banyak lagilah yang aku persoalkan sehingga aku dituduh telah sesat waktu itu. (Tapi dengan pertanyaan pertanyaan itulah aku dapat mencari kebenaran Islam yang telah menjawap segala pertanyaan tersebut sehingga keIslaman ku bukan kerana aku warisi dari keturunanku tetapi adalah hasil dari pengajianku sehingga aku tidak goyah dengan keIslamanku. Aku juga banyak membaca buku buku agama yang lain tetapi tidak ada jawapan yang aku cari. AlhamdulilLah, Islam telah mengajar ku erti kebenaran. Aku tidak menganut Islam kerana mengikut-ikut sahaja, walaupun amalanku kadang kadang rompong/rongak tetapi akidah ku tidak goyah.)
Ternyata persoalan yang terjadi kepada sang Prof. Jeffrey Lang telah mengingatkan aku kembali kepada apa yang terjadi kepada ku itu;
" JIKA TUHAN ADA DAN DIA PUNYA BELAS DAN KASIH SAYANG LALU MENGAPA ADA BEGITU BANYAK PENDERITAAN DIATAS BUMI INI? MENGAPA DIA TIDAK MASUKKAN SAJA SEMUA ORANG KESYURGA? MENGAPA DIA MENCIPTA ORANG ORANG DIATAS BUMI DENGAN BERBAGAI PENDERITAAN?
Kesimpulan yang dapat aku rumuskan dari kenyataan tersebut adalah KITA HARUS BANYAK BERTANYA UNTUK MENEMUKAN JAWAPAN.

Monday, May 11, 2009

MB PERAK; DS NIZAR

SAH....MB PERAK DS IR. NIZAR JAMALUDDIN.
AMACAM BN......?
MELOPONG........

Thursday, May 7, 2009

PERAK:UmpNo-BeEnd.......

Perak makin kecoh.......makin berjerebu dengan gelagat kerakusan UmpNo-BeEnd.
Rampas kerusi Speaker.....Apa ni......Kata pendukung undang undang....ceehhh...Ptuuii....
Jenis buta dan tamak kuasa.....Buat apa aje ikut suka ati dia. Polis yang dah jadi sekutu BeEnd pun ikut tumpang sekaki......tunggulah PRU13 nanti.....itupun kalau SPR sekutu BeEnd tu tak istiharkan tak payah Pilihanraya lagi......Perintah terus sampai muntah............
heeeh........meluatnya aku. sekarang nik aku dah hilang langsung rasa hormat pada semua sekutu BeEnd ni.........Tak boleh nak cakap lagi dah ni.......Mendidih darah aku ni...........

Tuesday, April 21, 2009

PUTRAJAYA OH PUTRAJAYA


Putrajaya.......satu nama yang amat gah dan dibanggakan di tanahair ku.....Malaysia. pelancong ramai nak tengok keindahan Putrajaya. Canteeeek. Indaaaah. Mempersonakan. dan kata sesetengah pemandu pelancong yang pernah aku bawa memandu untuk pelancong......Putrajaya adalah seperti syurga. Woooow.........Betul keee??? Tapi pada aku Putrajaya tak mesra rakyat. Tempat tunggu bas jadi syarat aje, kalau hujan basah kuyup juga. tak ada ciri ciri pondok tunggu bas. Janji ada aje. lagi teruk kalau di presint 2,3,4, di persiaran perdana, MOF,JPN,MAHKAMAH,MOA dan seangkatan dengannya langsung tak ada pondok bas, kalau hujan ribut, basah ruyub le bebudak pempuan yang keja kat pejabat tu. Tunggu bas bawah pokok je. malang nyer bebudak tu, dengan basah kuyub tu la mereka naik bas aku. kalau pemandu yang miang skit, ada la peluang mengintai bentuk tubuh anak dara, mak dara ,mak janda dan sesiapa aje lah yang berkenaan. benda free.....sapa tak nak tengok. Kepada Perbadanan Putrajaya, atau Putrajaya holding ni.....tolong la buat pondok hentian bas tu....seksa tunggu bas dalam hujan. Negara kita ni negara banyak hujan.....Bukan Padang Pasir Gobi kat Mongolia tu.....Ops...Mongolia jangan sebut......sensatif........

Saturday, March 21, 2009

QUO VADIS!?

Berbulan aku tak menulis dalam blog aku. Tak sempat. Dan dalam masa berbulan itu banyak yang telah berlaku dalam sejarah Malaysia, juga dalam sejarah hidup aku.Perginya kakak ku kealam baqa sangat menyedihkan aku. Dan yang tebaharu perhimpunan 100000 Gerakan Mansuhkan PPSMI yang aku turut serta. hai entahlah.....dunia yang penuh dengan pancaroba......akan kemanakah kita?

Sunday, January 4, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

SELAMAT TAHUN BARU......dah empat hari tahun baru, baru aku sempat ucap selamat. Dah lama tak buka dan tulis dalam blog. tak sempat. harini baru aku sempatkan sikit masa nak tulis.

Nak tulis apa?....tak tau. kadang kadang masa duduk saja banyak ilham tapi bila nak tulis semua terbang melayang. kalau melayang macam lelayang boleh juga ditarik balik tapi ni lelayang putus tali. ghaib terus.

Saturday, November 15, 2008

baca buku....?

AKU DAH LAMA TAK MENULIS DALAM BLOG AKU NI, SAMPAI AKU LUPA PASSWORD AKU SENDIRI. APA AKU NAK TULIS ARINI?
..............................................................................KOSONG.......................................................................
OTAK KOSONG.............................................
Baca novel BALTHASAR'S ODYSSEY tak habis habis lagi. Dekat sebulan. Cerita menarik, tapi aku lebih banyak buka internet. Leka. Novel yang lain tak bersentuh lagi. Lain lain buku lagi.......
Hai........PONENG DEN.......kerja selalu balik malam, mana nak masak lagi, bini aku balik keratong lama dah, nak tunggu rumah Yatim kenduri Nurul nanti. Ni, sambil nulis ni aku makan
nasi goreng tengahari tadi, aku panaskan. Cucu aku siMairah pun tak de. Kat pucong. Rindu pulak aku padanya.
Tadi aku baca la beberapa blog pemimpin PAS. Dah lama tak baca.

Saturday, September 20, 2008

lawat

Lepas sahur, aku tetidur sebentar. Harini kami telambat bangun, dah hampir 5.20 pagi. nasib baik harini aku tak kerja. Aku tesedar apabila handset isteri ku berbunyi. Ahh.....dari anakku Basyirah rupanya, menanyakan apakah kami akan pergi menlawat cucuku nanti dan jam berapa kami akan berangkat. Aku menyatakan, kami akan berangkat sekitar jam 8.30 pagi.
Kami sampai jam 11.45, tak boleh masuk lagi. Jam 12.30 baru kebenaran untuk masuk diberikan. Alhamdullilah......kebimbangan kami tentang penyakitnya sirna sama sekali apabila kami melihat cucu kami ceria meski pun ada bintik bintik hitam pada wajahnya. Pada firasatku, cucuku akan segera sembuh, Insya Allah....
Kami berangkat kembali sekitar jam 2.30 petang, masih sempat berbuka dirumah setelah membeli juadah berbuka di pasar Ramadhan......hai.....bulan puasa rupanya menjadi bulan jamu selera......

Friday, September 19, 2008

sakit

Harini isteriku terima message dari anakku, Basyirah, cucuku Hakim dimasukan kehospital. Badannya bertompok hitam. Mulut dan hidungnya berdarah. Apakah cucuku telah dijangkiti denggi berdarah? Na'uzubilLah.... moga djauhkan Allah. Ya Allah..... selamatkanlah cucuku....dia tak tau apa apa........Beberapakali aku talipon anakku, tapi tak berjawab, mungkin dia sibuk dengan cucuku.....kasihan anakku......

Sunday, April 20, 2008


lama tak membuka blog, hampir sebulan. lepas balik bercuti ke keratong kerana kenduri rumah ida rosli pada 5 april 08, aku balik kejap ke tangkak jumpa mak. dah lama tak tengok mak, dulu aku balik mak tak ada. mak ke rumah kak ramlah kat sungai sayong. mak kata kakak sakit dah tak boleh bangun, duduk kat kerusi roda aja. kakak pun dah tak boleh bercakap kerana kena stroke. kesian kakak....rasa rindu tu memang ada kerana memang dah lama samgat aku tak kerumahnya. sakit kakak pun dah lama tapi apa nak buat aku pun sibuk dengan keluarga. ada aja masaalah yang nak di selesaikan. cadang tu pada bulan ni nak pergi, tup...tup...ali kata dia dapat masuk matrikulasi kat melaka pada 12 mei ni, dan maryam balik pada mei juga tapi tak tau bila tarikhnya. tak taulah bila aku dapat tengok kakak aku tu.
gaji sekarang kalau 2-3 ribu bukannya banyak, kejap je licin......
lepas balik aku sempat juga meninjau ke pesta buku kat pwtc belilah dua buah buku kat ikapi indonesia, athies ngan helo moskow. aku tak banyak duit tahun ni, kalau tengok buku tu semua aku nak beli. lepas tu aku singgah kejap kat fajar ilmu baru kat masjid india, kedai buku faverit aku, beli dua buku lagi, hitler's pope dengan sejarah bangsa israel.
harini aku selesai baca ungu karmilanya ramli awang murshid, satu satunya novelis melayu yang aku minat selain faisal tehrani. sebelum tu aku selesaikan baca buku terjemahan doughter of god. tu dalam rak buku banyak lagi yang tak di baca.....bila aku nak baca semua ni??????

Saturday, March 29, 2008

rezeki......

jumaat, 20 rabi'ul awwal 1429 (h)
friday, 28 mac 2008 (m)
21 adar ll 5768 (j)
9 farvardin 1387 (i)

aku ke pasar tani putrajaya dg. hj. hassan selepas kerja (jam 3.00 ptg). bercadang nak cari daging salai. dah lama tak makan daging salai masak lemak campur rebung. kami makan mee sup di sebuah gerai, perut dah kebulur gila la katakan. memang aku sekarang cepat lapar. tak lama datang seorang wanita berjilbab makan kat situ, satu meja dg.kami. dia menegur kami dulu. nampak gaya bukan orang susah, tapi cara dia menegur dan bersembang dengan kami cukup mesra. jangan salah sangka, suaminya ada di pejabat imigresen menguruskan pemergian mereka ka cairo, mewnghantar anaknya belajar disana. sembang sikit bab politik,
lepas makan kami nak balik. aku nak bayar tapi wanita itu melarang pemilik warung tersebut menerima pembayaran aku. nampak gayanya dia nak belanja kami. hai....rezeki. inilah yang dikatakan rezeki. dia hanya tolong simpan rezeki aku. patut la aku bertat nak kesini. rupanya Allah nak beri rezeki aku yang dia tolong simpan. itu pun aku tak mau bersyukur lagi ke? kalau Allah nak tolong macam macam cara Dia ada. subhanalLah.....hanyan Engkaulah pemberi rezeki.

2; kesian deris jusuh....dah la tak diperkenan jadi embi teganu, kena lucut dato' seri pulak.... nak sangat deraka pada sultan.....amik kau....baru nangis tak belagu.

Wednesday, March 19, 2008

PEMILU 12 2008

MEMANG DAH LAMA AKU TAK MENULIS DALAM BLOG AKU NI, SEJAK SEBELUM PEMILU 12 LAGI. MEMANG BANYAK YANG NAK KU TULIS TAPI UNTUK JADI INGATAN KU NANTI, TAPI BILA AKU NAK TULIS AJE SEMUANYA BERSEPAI, HILANG BERDERAI DARI INGATAN.
MASA PEMILU 12 DULU AKU BALIK LA KE TEMPAT AKU MENGUNDI. AKU DAN ISTERIKU MENGUNDI DI KERATONG 5. SEBELUM PERGI MENGUNDI SEBELAH PAGI SEMPAT LA JUGA AKU JADI PACA TEMPAT PEMBUANGAN UNDI DI SEK KEB KERATONG 6. KERATONG ENAM......LUBUK MAS BAGI BN. TEMPAT PALING LIAT NAK PAHAM POLITIK. MUNGKIN DALAM DUNIA INILAH TEMPAT MANUSIA PALING.......HUUUUU.......BENGAP KEPALA OTAK AKU MEMIKIRKAN MEREKA.
PETANG AKU MASUK JAM 4.00 UNTUK MENGIRA UNDI. KAN AKU DAH KATA.....LUBUK MAS BN.....KALAU TAK KERANA PENGUNDI KERATONG 6 & 7 MAU TEWAS BN.
MALAM.....KEPUTUSAN MENGEJUTKAN.......5 NEGERI JATUH TERSUNGKUR...
ALHAMDULILLAH.....ALLAHU AKBAR!

Monday, February 25, 2008

Penamaan Calon; Rindu Kakak.......

HARI PENAMAAN CALON:
Ceh......SPR main kotor lagi. Nampak sangat nak menyusahkan calon calon dari parti parti alternative. Sekejap kata kena duty setem, tapi bila banyak calon BN yang tak dapat buat duty setem, batal pulak. Nampak sangat dipergunakan oleh BN. Ini apaunya SPR daaaa....patut pun gambar Rasid Raman di koyak rabakkan. Boneka BN aje dia tu.
Aku balik keKeratong dengan isteriku bercadang nak turut dalam perarakan pada hari penamaan calon tersebut. Tiba dah malam. Kemarkas kejap bertanya jamberapa berangkat.
Aku tak jadi pergi setelah semua mereka telah pergi lebih awal. Aku ambil keputusan untuk kembali keKajang melalui Tangkak, ziarah mak dan abah yang telah tua. Sampai Tangkak, mak tak ada. Ke Kulai, kata abah, kenduri rumah Pak Su, Adik mak. Pergi dengan kak Salmah.
Aku teringat pada kakak ku yang sulung, Kak Ramlah. Walau pun dia hanya kakak tiriku tapi alku sayang padanya. Dah lama benar aku tak jumpa. Rindu memang rindu, tapi aku susah nak pergi kerana kalau cuti banyak hal lain yang perlu aku selesaikan. Tak taulah bila aku akan menziarahinya. Sekarang ni dia selalu pula sakit sakit. Mak kata dah guna kereta sorong.
Keputusanya aku teruskan perjalanan balik melalui Jasin setelah aku minta izin dengan abah dan menitipkan sedikit duit. Sepanjang jalan, banyak poster telah mula terpasang. Sesetengah tempat bendera bulan hampir menyamai dacing. (Mana nak lawan bendera dacing dan poster mereka. Mereka ada penaja,Toke toke yang berkepentingan banyak melabur dengan perjanjian kalau BN menang mereka adan dapat habuan anugerah yang berlipat, dan dengan itu rakyat lah yang akan menanggung bebannya nanti dengan berbagai kenaikan).
Aku harap dan berdua kali ini BN akan kecundang kalu rakyat pandai menggunakan kesempatan. Berilah peluang BA memerintah. Rasakan perbezaannya.
Kepada rakyat Malaysia berfikirlah sebelum memangkah undi anda. Kita telah rasai 50 tahun pemerintahan BN. Dah tau tipu belit BN. Tukar la sekali....

Wednesday, February 20, 2008

XXX TAUUUU WOOOO....!!!!!

BANYAK YANG INGIN KU TULIS, TAPI DARI MANA AKAN KU MULAI?
TENTANG ANAK ANAK, TENTANG AGAMA, TENTANG MANUSIA,TENTANG HIDUP, TENTANG MATI, TENTANG PERANG, TENTANG DAMAI........TENTANG......TENTANG ......SEGALANYA MENCELARUKAN KOTAK FIKIR KU.
SELURUNYA PENTING.....PENTINGKAH?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG ORANG LAIN PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG HIDUP DAN MATI PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG DAMAI DAN PERANG PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG ANAK ANAK PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG SYURGA DAN NERAKA PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG SIAPA YANG AKAN MENANG PILIHANRAYA INI PENTING?
PENTINGKAH........??????
SIAPA KAH AKU YANG MAHU MEMIKIRKAN SEMUA ITU?
SIAPA AKU??????
AKU HANYA MANUSIA KOTOR YANG PENUH DOSA APAKAH MASIH BISA MEMIKIRKAN TENTANG SYURGA ALLAH? dOSA YANG JIKA KU HITUNG MAKA AKU SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK MENIKMATI WALAU SEDIKIT PUN BAU SYURGA ALLAH.......AHHHHHHH AKU TAK TAU......

Pilihanraya........??

Pilihan raya dah dekat. Sejak pembubaran parliment, kotak fikirku tak henti berputar. Macamana ni? Nak balik, aku dah banyak cuti kerana pertukaran sekolah anakku dulu. Tak balik.....sapakah yang sedang berjuang disana? Berapa orang saja yang tinggal? Aku sekarang berkerja diPutrajaya. Wah.....Masaalah.....Masaalah....
Zaini beberapakali talipon aku tanya bila balik. Siapa akan bertugas sebagai polling agent nanti? Siapa yang akan mengira undi?........Ahhhhh.......Pening...Pening.....
Aku, kalau dapat balik pun mungkin saat akhir waktu nak mengundi nanti. Ahhh....kena balik juga walau sekejap.
Balik kerja s'malam, isteriku beritau Adik talipon suruh ambil dia Junaat ni. Mana boleh... aku kerja petang Jumaat tu. Hai budak ni...Dia ingat kita senang senang aja ke ....Ahh.. entahlah...
Jangan banyak fikir.....pening......
Aku baca beberapa blog semalam.. Paling aku minat Faisal Tehrani....Macamana nak hubungi dia? Aku baru belajar tak tau lagi nak buat blog bagi cantik.
AHHHHHH....cukuplah sampai sini.......Pening.......

Monday, February 18, 2008

malaysia vs iran

Dah lama tak tulis dalam blog aku ni. Tak tau apa nak tulis.
pagi pagi lagi, lepas arapan aku buka internet, baca beberapa laman blog.
ahhh.....Aku hampir menangis bila aku baca sebuah laman blog mengenai Presiden R.I.Iran....oh....alangkah bertuahnya rakyat Iran mendapat saorang presiden yang begitu rendah hati, warak dan .....alangkah bertuahnya mereka?
Pergi kerja dengan kereta buruknya dengan bekalan yang di bekalkan oleh isterinya.
Beg yang dibawanya bukan berisi pistol, bukan berisi laptop yang mahal tapi....berisi bungkusan bekalan yang disediakan oleh isterinya....
Bandingkan dengan pemimpin Malaysia.....baru peringkat ADUN sudah mewah dengan rumah puluhan juta ringgit.....oh...jauh bezanya bagai langit dan bumi....Inilah yang ditunjukkan Islam......
tapi apa boleh buat...rakyat Malaysia masih meraba dalam politik....Masih ramai yang tak dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.....Sabar.....Insya'Allah mereka akan sadar apabila tekanan semakin menghimpit nanti.....masa ni masih ramai yang tak terasa.
memang benarlah kata saorang pemikir politik barat....kalau rakyat miskin, mereka akan mudah diperintah kerana rakyat miskin tak sempat nak fikirkan politik negara, mereka lebih banyak menumpukan masaalah rumah tangga dan keluarga mereka.
Hai....PRU 12 dah dekat....rakyat malaysia....berfikirlah sebelum mengundi. janganlah kerana duit dua tiga puluh ringgit sanggup gadai maruah. BN dah banyak pelingkup harta rakyat, Pilih lah yang terbaik. Jangan takut nat tukar kerajaan. Cuba sekali, Kalau kerajaan BA pun dua kali lima macam BN PRU akan datang tukar lagi. Tapi kita tak mau ke pemimpin yang warak macam nik Aziz, haji Hadi, Anwar Ibrahim?