Showing posts with label NAHJUL BALAGHAH. Show all posts
Showing posts with label NAHJUL BALAGHAH. Show all posts

Tuesday, May 19, 2009

SURAT 68: kepada salman al farisi sebelum kekhalifahan Amirul Mukminin.


Amma ba'du. Contoh dunia ini adalah ibarat ular yang lembut dalam sentuhan tapi racunnya mematikan. Oleh kerana itu jauhkanlah diri anda dari apa saja yang nampak baik bagi anda, kerana tinggalnya berserta anda singkat. Janganlah anda cemas atasnya kerana keyakinan anda bahawa ia akan meninggalkan anda dan keadaannya tak tetap. Bilamana anda merasa sangat tertarik kepadanya, jauhkanlah ia sekuat mungkin, kerana bilamana sesaorang telah yakin akan kebahagiaan didalamnya, ia melimparkannya kedalam bahaya; atau bilamana ia merasa aman didalamnya, dunia mengubah keamanannya menjadi ketakutan. Wassalam.


NAHJUL BALAGHAH: PUNCAK KEFASIHAN.
ALIMAM AMIRUL MUKMININ
ALI BIN ABI THALIB A.S.

Sunday, November 16, 2008

NAHJUL BALAGHAH


KHUTBAH 223
YA TUHANKU! PELIHARALAH [KEANGGUNAN] MUKA KU DENGAN KELONGGARAN HIDUP DAN JANGANLAH HINAKAN WAJAHKU DENGAN KEMISKINAN DAN KEFAKIRAN, JANGANLAH SAMPAI AKU HARUS MENGEMIS REZEKI DARI ORANG ORANG YANG MENGEMIS KEPADA "MU", BERUSAHA MENCARI KESUKAAN MAKHLUK MAKHLUK "MU" YANG JAHAT, MENYERTAKAN DIRIKU DALAM MEMUJI ORANG ORANG YANG MEMBERI KEPADAKU, DAN TERGODA DALAM MENCERCA ORANG ORANG YANG TIDAK MEMBERI KEPADA KU, PADAHAL DIBALIK SEMUA INI "ENGKAU" ADALAH RAJA YANG MEMBERI DAN MENOLAK.
"SESUNGGUHNYA 'ENGKAU' MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU"
QS: 66:8
NAHJUL BALAGHAH

Sunday, March 23, 2008

CONTOH DARI 'ISA A.S.

Apabila anda menginginkan, saya akan menceritakan kepada anda tentan 'Isa putra Maryam(a.s). Ia menggunakan sebongkah batu untuk bantalnya, memakai pakaian kasar dan memakan makanan kasar. Bumbunya adalah lapar. Lampunya dimalam hari adalah bulan. Tempat berteduhnya dimusim dingin hanyalah rentangan bumi ke timur dan ke barat. Buah buahab dan bunga bungaannya hanyalah yang tumbuh dari bumi bagi ternak. Ia tak mempunyai isteri untuk menggodanya, tak ada pula putra untuk memberikan kepedihan kepadanya, tak ada kekayaan untuk menyelewengkan [perhatian], dan tak ada keserakahan untuk melalaikannya. Kedua kakinya adalah kenderaannya dan kedua tangannya adalah pelayannya.

UCAPAN SAIDINA 'ALI DALAM
NAHJUL BALAGHAH
KHUTBAH 159
M.S 359
23 MAC 2008 MASEHI
16 ADAR II 5768 (TAHUN YAHUDI)
15 RABI'UL AWAL 1429 HIJRAH