Thursday, September 24, 2009

lagi lagi hassan ali......

lagi lagi hassan ali......betul betul dia ni buat masaalah dengan PR. susah susah kau ni masuk umNo je lah. suruh orang wala'......sendiri tak mau wala' dengan jamaah. apparaa......nak sangat jadi mb ker..??
ni yang bikin kitaorang penin niii...janganla buat kecoh macam pembangkang. kalau tak setuju.....bincang.....bukan buat kenyataan akhbar. atau kamu ni memang ejen umNo dalam PAS ker. saja masuk PAS untu menjahanamkan lagi.
tokoh motivasi konon......diri sendiri pun tak boleh nak motivasi......rupanya orang yan ada dr ni x bley pakai.....motibasi syooook sendri.

Tuesday, September 8, 2009

PERSELISIHAN DIKALANGAN MADZHAB EMPAT. (2)

Perhatikanlah! Bagaimana Syafi'i telah menyusun madzhabnya yang lama (Qadim) dan menyibarkannya dikalangan kaum muslimin di Iraq, Hijaz, Yaman dan Syria. Kemudian ia berpindah ke Mesir kerana sebab sebab tertentu. Disana ia bergaul dengan orang Maghribi dan mengambil ilmu daripada mereka. Lalu dia berpindah dari madzhabnya yang lama dengan menyusun madzhab lain yang menamakannya madzhab baru (Jadid). Sehingga beberapa masaalah sahaja yang tinggal pada madzhabnya yang pertama.
Lalu timbul pertanyaan: Sekiranya madzhab pertamanya betul kenapa ia mencipta madzhab yang kedua dan sebaliknya?
Begitu pula kita perhatikan Abu Hanifah memberi pendapatnya dalam satu satu masaalah, murid muridnya Abu Yusuf, Muhammad dan Zufar menyalahkannya. kadangkala seorang dari mereka sependapat dengannya, yang dua lagi tidak. Atau ketiga tiga mereka menyalahinya. Atau kadang kala ketiga mereka menyetujuinya.
Demikian pula dengan Malik dan Ahmad bin Hanbal, perselisihan berlaku dikalangan mereka dalam semua masaalah dan ia tentu sekali membuat kita berada didalam keraguan.

Wednesday, September 2, 2009

PERSELISIHAN DIKALANGAN MADZHAB EMPAT.

Selama 15 tahun kami menkaji perselisihan (khilaf) dikalangan madzhab empat. Aku dan saudaraku, Ahmad, merasai sesuatu kepelikan kerana kami dapati perselisihan berlaku didalam satu masaalah didalam madzhab yang sama.Lebih lebih lagi perselisihan yang berlaku antara satu madzhab dengan tiga madzhab yang lain. Sehingga kami dapati satu madzhab menghalalkan satu masaalah sementara madzhab yang lain mengharamkannya. Begitu juga satu madzhab mengatakan ianya makruh sementara madzhab yang lain mengatakan ianya sunat. Begitulah seterusnya. Sebagai contoh, Syafi'i berpendapat bahawa menyentuh perempuan ajnabi membatalkan wudhu' sementara hanafi berpendapat ianya tidak membatalkan wudhu'.
Malik pula berpendapat bahawa sentuhan jika dengan syahwat atau sengaja membatalkan wudhu', jika tidak maka ia tidak membatalkan wudhu'.
Syafi'i mengharuskan seseorang mengahwini anak perempuan zinanya, sementara Abu Hanifah, Malik dan Ahmad bin Hanbal mengharamkannya.
Hanafi berpendapat bahawa sedikit darah yang keluar dari tubuh badan adalah membatalkan wudhu', sementara yang tiga lagi berpendapat bahawa ia tidak membatalkan wudhu'.
Hanafi berpendapat bahawa wudhu' harus dilakukan dengan Nabidh (umpamanya air kurma) dan susu yang bercampur dengan air. Sementara yang tiga lagi berpendapat ianya tidak harus.
Malik berpendapat bahawa memakan daging anjing adalah harus. Sementara yang tiga lagi berpendapat ianya tidak harus.
Syafi'i berpendapat bahawa memakan daging serigala (tha'lab), daging musang (dhab) dan daging belut (jar'y) adalah harus. Sementara Abu Hanifah berpendapat bahawa memakannya adalah haram.
Syafi'i berpendapat bahawa landak (qubfuz) adalah halal sementara yang tiga lagi berpendapat ianya haram. Dan banyak lagi perselisihan perselisihan yang berlaku dikalangan mereka beemula dari bab pertama fiqh hinggalah keakhirnya.
SubhanalLah! Apakah syariat Islam itu tidak lengkap sehingga mereka melengkapi dengan perselisihan dikalangan mereka? Satu madzhab menghalalkannya, dan yang satu lagi mengharamkannya? Sementara yang lain pula mengharuskannya? Dan yang lain pula berpendapat sebaliknya?
Tetapi apa yang jelas daripada RasululLah s.a.w ialah sabdanya;
"Halal Muhammad adalah halal sehingga hari kiamat dan haram Muhammad adalah haram sehingga hari kiamat."

Dikutip dari tulisan;
Syaikh Muhammad Mar'i al-Amin
al-Antaki.
MENGAPA AKU MEMILIH
AHLUL-BAIT A.S?

Monday, August 31, 2009

MANA SATU YANG BETUL?????

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
UMATKU AKAN BERPECAH KEPADA 73 GOLONGAN, SEMUANYA MASUK NERAKA MELAINKAN SATU GOLONGAN SAHAJA.
Semua umat Islam didunia ini mengucap kalimah syahadah;
LA-ILAHA ILLA LAH MUHAMMADUN RASULULLAH,
Tak kira lah merka itu dari apa madzhab sekali pun, SUNNAH, SYIAH, QADARIAH, JABARIAH, MUKTAZILAH, IBADHI, KHAWARIJ, RAFIDHI, WAHABI atau lain lain madzhab yang mengaku sebagai Islam termasuk AHMADIAH, semua mengaku sebagai umat Muhammad.
TAPI......
YANG MANA SATU YANG SEBENARNYA YANG DIJAMIN MASUK SYURGA OLEH RASULLAH????????
TAK MUNGKIN SEMUANYA BENAR????????
ATAU SEMUANYA SALAH???????
JADI TUGAS KITA SEBAGAI MANUSIA YANG BERAKAL.......
KENA MENGAJI, KENA MENGKAJI DAN KENA BERFIKIR.
BUKAN KERANA KITA LAHIR DARI IBUBAPA SUNNAH, MAKA SUNNAH YANG BETUL.
BUKAN BILA KITA DILAHIRKAN DARI IBUBAPA SYIAH, MAKA SYIAH YANG BETUL.
SEMUA UGAMA DALAM DUNIA NI MENGAKU MEREKA BETUL.
HINDUKATA MEREKA BETUL.
BUDDHA KATA DIA MEREKA BETUL.
KRISTIAN KATA MEREKA BETUL.
YAHUDI KATA MEREKA LAH YANG BETUL.
DAN....SEMUA AGAMA AGAMA INI BERPECAH DALAM BERBAGAI MADZHAB, YANG MENGAKU MADZHAB MEREKA LAH YANG BETUL DAN MEMBAWA MEREKA KE SYURGA.
JADI.....SIAPA SEBENARNYA YANG BETUL???????
ALLAH MEMBERI KITA AKAL, MAKA GUNAKANLAH UNTUK MENCARI KEBENARAN.
BUKAN MENERIMA SESUATU ITU DENGAN MEMBUTA TULI SAJA.
BACA DAN KAJI, PELAJARILAH DARI SEMUA ALIRAN TAK KIRA DARI AGAMA APA PUN UNTUK DI BUAT PERBANDINGAN.
BUKA MINDA DAN BUKA HATI.
MASIH BANYAK YANG KITA TIDAK TAHU WALAUPUN KITA SAORANG YANG MENGAKU TAHU.

Thursday, August 13, 2009

DIMANA KAN KU CARI RENDRA LAGI......

BEGITU AKU TERMANGU TIKA KU TAU KAU PERGI, RENDRA KU
SAAT MANA PUISI MU SANGAT KU RINDU
TAK KU TAU APA KAN KU UCAPKAN
APA KAN KU KATAKAN BUAT DIRIKU
APAKAH HANYA SEBUAH BELASUNGKAWA
ATAU SECICIP DOA BUAT KEPERGIANMU
ATAU SEBUAH RASA RINDU YANG TAK TERUNGKAPKAN?

RENDRA KU
DIMANA AKAN KUCARI PAMAN DOBLANG MU
YANG TERPENJARA DALAM JERIJI TAK TERLIHAT
DIMANA AKAN KU CARI PELACUR PELACUR MU
YANG MERANGKAN SETIAP GANG BERDEBU DIKOTAMU
DIMANA AKAN KU CARI PARA PENCOPETMU
YANG SELALU DI BURU DAN SENTIASA DIBURU KELAPARAN
DIMANA AKAN KU CARI RAJAWALIMU
YANG KIAN TINGGI DAN TINGGI DAN TINGGI
DIMANA AKAN KU CARI SI BURUNG MERAK MU
YANG TAK SEMPAT MENGEMBANGKAN EKORNYA
APAKAH MEREKA AKAN SIRNA BERSAMA PEMERGIANMU?

BELASUNGKAWA DAN DIRGAHAYU
AKU TIDAK TAU YANG MANA PALING UTAMA
APABILA KEHENDAK TUHAN MENJEMPUT MU
SEJAHTERALAH
SEJAHTERALAH
RENDRAKU
SIBURUNG MERAK
DISISI TUHANMU YANG MAHA MENYINTAI
DAN SENTIASA SANGAT MENYINTAI.

AMIN......

14 AGUSTUS 2009

Thursday, August 6, 2009

W.S.RENDRA......


W.S RENDRA MENINGGAL.......?
SATU SATUNYA PENYAIR YANG AKU KAGUMI.
AL FATEHAH. SEMOGA ROH PERJUANGANNYA SENTIASA HIDUP BERSAMA RAKYAT MARHAEN.
SELAMAT KEMBALI,
SIBURUNG MERAKKU.

Tuesday, August 4, 2009

BEER BUKAN ARAK.....RONNIE LIU.

HASSAN ALI........KENAPA MELATAH........!
PERKARA CIPUT MACAM TU PUN BOLEH BUAT SIDANG AKHBAR?
umNO bN GELAK LER, JOLOK SIKIT AJE PIMPINAN PAS DAH MELATAH.....
TAK BOLEH BAWAK BINCANG SESAMA EXCO KER? MACAM NIE KER NAK PERINTAH MALAYSIA. SITI SIKIT MELENTING
MACAM umNO GAK.
KAN KE RONNIE TU KAFIR......MANA DIA TAU, TUGAS KAMU LER BAGI DIA FAHAM. BUKAN SIDANG SIKIT SIKIT SIDANG AKHBAR.....SIUKIT SIKIT SIDANG AKHBAR.....MASING MASING NAK TUNJUK KUASA LEBIH..
.. KALAU BOLEH BINCANG BAWAK BINCANG LA.....ISU TU KECIK SANGAT.