HARI PENAMAAN CALON:
Ceh......SPR main kotor lagi. Nampak sangat nak menyusahkan calon calon dari parti parti alternative. Sekejap kata kena duty setem, tapi bila banyak calon BN yang tak dapat buat duty setem, batal pulak. Nampak sangat dipergunakan oleh BN. Ini apaunya SPR daaaa....patut pun gambar Rasid Raman di koyak rabakkan. Boneka BN aje dia tu.
Aku balik keKeratong dengan isteriku bercadang nak turut dalam perarakan pada hari penamaan calon tersebut. Tiba dah malam. Kemarkas kejap bertanya jamberapa berangkat.
Aku tak jadi pergi setelah semua mereka telah pergi lebih awal. Aku ambil keputusan untuk kembali keKajang melalui Tangkak, ziarah mak dan abah yang telah tua. Sampai Tangkak, mak tak ada. Ke Kulai, kata abah, kenduri rumah Pak Su, Adik mak. Pergi dengan kak Salmah.
Aku teringat pada kakak ku yang sulung, Kak Ramlah. Walau pun dia hanya kakak tiriku tapi alku sayang padanya. Dah lama benar aku tak jumpa. Rindu memang rindu, tapi aku susah nak pergi kerana kalau cuti banyak hal lain yang perlu aku selesaikan. Tak taulah bila aku akan menziarahinya. Sekarang ni dia selalu pula sakit sakit. Mak kata dah guna kereta sorong.
Keputusanya aku teruskan perjalanan balik melalui Jasin setelah aku minta izin dengan abah dan menitipkan sedikit duit. Sepanjang jalan, banyak poster telah mula terpasang. Sesetengah tempat bendera bulan hampir menyamai dacing. (Mana nak lawan bendera dacing dan poster mereka. Mereka ada penaja,Toke toke yang berkepentingan banyak melabur dengan perjanjian kalau BN menang mereka adan dapat habuan anugerah yang berlipat, dan dengan itu rakyat lah yang akan menanggung bebannya nanti dengan berbagai kenaikan).
Aku harap dan berdua kali ini BN akan kecundang kalu rakyat pandai menggunakan kesempatan. Berilah peluang BA memerintah. Rasakan perbezaannya.
Kepada rakyat Malaysia berfikirlah sebelum memangkah undi anda. Kita telah rasai 50 tahun pemerintahan BN. Dah tau tipu belit BN. Tukar la sekali....
Monday, February 25, 2008
Wednesday, February 20, 2008
XXX TAUUUU WOOOO....!!!!!
BANYAK YANG INGIN KU TULIS, TAPI DARI MANA AKAN KU MULAI?
TENTANG ANAK ANAK, TENTANG AGAMA, TENTANG MANUSIA,TENTANG HIDUP, TENTANG MATI, TENTANG PERANG, TENTANG DAMAI........TENTANG......TENTANG ......SEGALANYA MENCELARUKAN KOTAK FIKIR KU.
SELURUNYA PENTING.....PENTINGKAH?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG ORANG LAIN PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG HIDUP DAN MATI PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG DAMAI DAN PERANG PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG ANAK ANAK PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG SYURGA DAN NERAKA PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG SIAPA YANG AKAN MENANG PILIHANRAYA INI PENTING?
PENTINGKAH........??????
SIAPA KAH AKU YANG MAHU MEMIKIRKAN SEMUA ITU?
SIAPA AKU??????
AKU HANYA MANUSIA KOTOR YANG PENUH DOSA APAKAH MASIH BISA MEMIKIRKAN TENTANG SYURGA ALLAH? dOSA YANG JIKA KU HITUNG MAKA AKU SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK MENIKMATI WALAU SEDIKIT PUN BAU SYURGA ALLAH.......AHHHHHHH AKU TAK TAU......

Pilihanraya........??
Pilihan raya dah dekat. Sejak pembubaran parliment, kotak fikirku tak henti berputar. Macamana ni? Nak balik, aku dah banyak cuti kerana pertukaran sekolah anakku dulu. Tak balik.....sapakah yang sedang berjuang disana? Berapa orang saja yang tinggal? Aku sekarang berkerja diPutrajaya. Wah.....Masaalah.....Masaalah....
Zaini beberapakali talipon aku tanya bila balik. Siapa akan bertugas sebagai polling agent nanti? Siapa yang akan mengira undi?........Ahhhhh.......Pening...Pening.....
Aku, kalau dapat balik pun mungkin saat akhir waktu nak mengundi nanti. Ahhh....kena balik juga walau sekejap.
Balik kerja s'malam, isteriku beritau Adik talipon suruh ambil dia Junaat ni. Mana boleh... aku kerja petang Jumaat tu. Hai budak ni...Dia ingat kita senang senang aja ke ....Ahh.. entahlah...
Jangan banyak fikir.....pening......
Aku baca beberapa blog semalam.. Paling aku minat Faisal Tehrani....Macamana nak hubungi dia? Aku baru belajar tak tau lagi nak buat blog bagi cantik.
AHHHHHH....cukuplah sampai sini.......Pening.......

Kepala Kepala Perang
Pilihanraya dah dekat. 8 mac 2008. tah kenapa bila aku selak balik buku saja tulisan tangan aku yang lama, t'jumpa plak satu sajak aku tahun 1972 dulu b'tajuk: KEPALA KEPALA PERANG. Agak aku sesuai dengan musim pilihan raya ni.....
KEPALA KEPALA PERANG.
Kepada ku iya,
kepadaku engkau ulurkan
senapang
kau berikan bom bom
dan mesingan
dan dengan angkuh
kau memerintahku
untuk memburu
memburu
dan terus memburu
manusia manusia yang kau namakan
pengganas pengganas
yang kau katakan
binatang binatang
untuk aku membunuhnya
dan terus membunuh
tanpa belas kasihan.
Engkau, kepala kepala perang
menunjuki peta peta dan
menchontengnya dimana suka
tapi
engkau sendiri tidak pernah pergi
engkau sendiri tidak pernah munchul
di medan medan perang
untuk berjuang dan membunuh
mereka mereka
yang sebenarnya memusuhi kamu.
Engkau,
kepala kepala perang yang angkuh
merunchingkan jejarimu dengan
hujung hujung senapang
untuk menggugurkan
satu....satu...manusia
dengan perantaraanku
demi jiwamu tidak hanchur keran
diburu maut peperangan
atau
hanya bersemnunyi di balk-balek meja
yang mengandungi peta peta
asal saja
peluru dan bom bom
tidak bisa memburu mu!
APRIL:13, 1972.
(AKU GUNA EJAAN LAMA, SAJA NAK INGAT)
KEPALA KEPALA PERANG.
Kepada ku iya,
kepadaku engkau ulurkan
senapang
kau berikan bom bom
dan mesingan
dan dengan angkuh
kau memerintahku
untuk memburu
memburu
dan terus memburu
manusia manusia yang kau namakan
pengganas pengganas
yang kau katakan
binatang binatang
untuk aku membunuhnya
dan terus membunuh
tanpa belas kasihan.
Engkau, kepala kepala perang
menunjuki peta peta dan
menchontengnya dimana suka
tapi
engkau sendiri tidak pernah pergi
engkau sendiri tidak pernah munchul
di medan medan perang
untuk berjuang dan membunuh
mereka mereka
yang sebenarnya memusuhi kamu.
Engkau,
kepala kepala perang yang angkuh
merunchingkan jejarimu dengan
hujung hujung senapang
untuk menggugurkan
satu....satu...manusia
dengan perantaraanku
demi jiwamu tidak hanchur keran
diburu maut peperangan
atau
hanya bersemnunyi di balk-balek meja
yang mengandungi peta peta
asal saja
peluru dan bom bom
tidak bisa memburu mu!
APRIL:13, 1972.
(AKU GUNA EJAAN LAMA, SAJA NAK INGAT)
Monday, February 18, 2008
malaysia vs iran
Dah lama tak tulis dalam blog aku ni. Tak tau apa nak tulis.
pagi pagi lagi, lepas arapan aku buka internet, baca beberapa laman blog.
ahhh.....Aku hampir menangis bila aku baca sebuah laman blog mengenai Presiden R.I.Iran....oh....alangkah bertuahnya rakyat Iran mendapat saorang presiden yang begitu rendah hati, warak dan .....alangkah bertuahnya mereka?
Pergi kerja dengan kereta buruknya dengan bekalan yang di bekalkan oleh isterinya.
Beg yang dibawanya bukan berisi pistol, bukan berisi laptop yang mahal tapi....berisi bungkusan bekalan yang disediakan oleh isterinya....
Bandingkan dengan pemimpin Malaysia.....baru peringkat ADUN sudah mewah dengan rumah puluhan juta ringgit.....oh...jauh bezanya bagai langit dan bumi....Inilah yang ditunjukkan Islam......
tapi apa boleh buat...rakyat Malaysia masih meraba dalam politik....Masih ramai yang tak dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.....Sabar.....Insya'Allah mereka akan sadar apabila tekanan semakin menghimpit nanti.....masa ni masih ramai yang tak terasa.
memang benarlah kata saorang pemikir politik barat....kalau rakyat miskin, mereka akan mudah diperintah kerana rakyat miskin tak sempat nak fikirkan politik negara, mereka lebih banyak menumpukan masaalah rumah tangga dan keluarga mereka.
Hai....PRU 12 dah dekat....rakyat malaysia....berfikirlah sebelum mengundi. janganlah kerana duit dua tiga puluh ringgit sanggup gadai maruah. BN dah banyak pelingkup harta rakyat, Pilih lah yang terbaik. Jangan takut nat tukar kerajaan. Cuba sekali, Kalau kerajaan BA pun dua kali lima macam BN PRU akan datang tukar lagi. Tapi kita tak mau ke pemimpin yang warak macam nik Aziz, haji Hadi, Anwar Ibrahim?

Tuesday, February 12, 2008
Ke SMT(PERTANIAN) CHENOR>
11.feb.2008
pagi lagi dah bangun. nak hantar Ikhwan ke sekolah menengah Teknik (Pertanian) di Chenor, Pahang. Bereangkat jam 7.00 nak sampai jam 8.30. Mana boleh sampai. Sarapan pun belum.
Kami sarapan di Petronas sebelum sampai di tol Bentong. Mahal......
Sampai sekolah orang dah ramai. Jumpa Napi. jadi jaga di sekolah tu.
siap daftar jam 12.30 ptg. Kesimpang awah sekejap, beli bantal Ikhwan. Aku singgah kedai aksesori kereta nak pasang cermin sisi yang pecah dilanggar orang. Apalaa...
orang lain bole aje lepas. Hantar Ikhwan balik kesekolah.
Kami terus ke rumah anakku di maran. Bertolak balik jam 6.00 ptg setelah ganti cermin sisi yang pecah tadi dimaran. Disimpang Chenor tak ada.
Singgah rumah Napi dekat kampung Embun. Setelah makan malam kami bertolak pulang lebih kurang jam 8.50 mlam. Kami sampai di kajang jam 11.20 mlm.

Sunday, February 10, 2008
PUISI RINDU BUAT SHARLINIE.....

MALAM INI ANAKKU
TELAH TIGAPULUH HARILAH KAMU HILANG
DAN MALAM INI JUGA
TELAH TIGAPULUH HARI JUGA LAH
KAU KU JEJAKI,
TAPI....DIMANAKAH ENGKAU?
TIAP SUDUT DESA INI TELAH KU INTAI, ANAKKU
TIAP LORONG KOTA INI TELAH SUSURI
TIAP LURAH KU TURUNI
TIAP BUKIT KU DAKI
HANYA KERANA ENGKAU ANAKKU.
GERSANG AIRMATA HANYA KERNA MENANGISI MU
TELAH KEMARAU RINDU KU KERANA MENGENANGMU
TIAP SUDUT TERATAK INI HANYA ADA KAMU
TIAP SUARA TERDENGAR ADALAH SUARAMU
TIAP APA YANG KU PANDANG ADALAH KAMU
TIAP APA YANG KU PEGANG ADALAH KAMU.
OH....KEMANAKAH AKAN KU SIMPAN RINDUKU
SEDANG HIDUP MATI MU TIDAK KU TAU?
MASIH TIDAK JEMU AKU MENCARI
KERANA RINDU TIDAK MENGENAL ERTI JEMU
KERANA KASIH TIDAK MENGENAL ERTI KECEWA
KERANA CINTA TIDAK MENGENAL PUTUSASA.
TERPANJAT DOA DALAM TIAP RUKUK SUJUDKU
SELAMATKANLAH KAMU, SELAMATKANLAN ANAKKU
TUHANKU....YA ALLAHKU....
AKU TAK BISA MEMINTA SELAIN KASIH MU, TUHAN
AKU TAK MAMPU MEMOHON SELAIN BELAS MU, ALLAH
ENGKAULAH MAHA PENGASIH
ENGKAULAH MAHA PENYAYANG
ENGKAULAH MAHA PEMUTUS APA YANG ENGKAU KEHENDAKI
KALAU AKU MENGASIHINYA AKU LEBIH MENYINTAINYA
JIKA ENGKAU MENGHENDAKINYA YA ALLAH
KERANA ENGKAU LEBIH MENYINTAINYA
KEMBALIKANLAH DIA MESKI SEMENTARA
MOGA IA TIDAK TERSEKSA DALAM RAHMATMU
KEMBALIKANLAH WALAU SEKEJAP CUMA
MESKI PUN HANYA JASADNYA......
AYAHMU
10.25 MLM
10022008

Subscribe to:
Posts (Atom)