Dah lama tak tulis dalam blog aku ni. Tak tau apa nak tulis.
pagi pagi lagi, lepas arapan aku buka internet, baca beberapa laman blog.
ahhh.....Aku hampir menangis bila aku baca sebuah laman blog mengenai Presiden R.I.Iran....oh....alangkah bertuahnya rakyat Iran mendapat saorang presiden yang begitu rendah hati, warak dan .....alangkah bertuahnya mereka?
Pergi kerja dengan kereta buruknya dengan bekalan yang di bekalkan oleh isterinya.
Beg yang dibawanya bukan berisi pistol, bukan berisi laptop yang mahal tapi....berisi bungkusan bekalan yang disediakan oleh isterinya....
Bandingkan dengan pemimpin Malaysia.....baru peringkat ADUN sudah mewah dengan rumah puluhan juta ringgit.....oh...jauh bezanya bagai langit dan bumi....Inilah yang ditunjukkan Islam......
tapi apa boleh buat...rakyat Malaysia masih meraba dalam politik....Masih ramai yang tak dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.....Sabar.....Insya'Allah mereka akan sadar apabila tekanan semakin menghimpit nanti.....masa ni masih ramai yang tak terasa.
memang benarlah kata saorang pemikir politik barat....kalau rakyat miskin, mereka akan mudah diperintah kerana rakyat miskin tak sempat nak fikirkan politik negara, mereka lebih banyak menumpukan masaalah rumah tangga dan keluarga mereka.
Hai....PRU 12 dah dekat....rakyat malaysia....berfikirlah sebelum mengundi. janganlah kerana duit dua tiga puluh ringgit sanggup gadai maruah. BN dah banyak pelingkup harta rakyat, Pilih lah yang terbaik. Jangan takut nat tukar kerajaan. Cuba sekali, Kalau kerajaan BA pun dua kali lima macam BN PRU akan datang tukar lagi. Tapi kita tak mau ke pemimpin yang warak macam nik Aziz, haji Hadi, Anwar Ibrahim?
Monday, February 18, 2008
Tuesday, February 12, 2008
Ke SMT(PERTANIAN) CHENOR>
11.feb.2008
pagi lagi dah bangun. nak hantar Ikhwan ke sekolah menengah Teknik (Pertanian) di Chenor, Pahang. Bereangkat jam 7.00 nak sampai jam 8.30. Mana boleh sampai. Sarapan pun belum.
Kami sarapan di Petronas sebelum sampai di tol Bentong. Mahal......
Sampai sekolah orang dah ramai. Jumpa Napi. jadi jaga di sekolah tu.
siap daftar jam 12.30 ptg. Kesimpang awah sekejap, beli bantal Ikhwan. Aku singgah kedai aksesori kereta nak pasang cermin sisi yang pecah dilanggar orang. Apalaa...
orang lain bole aje lepas. Hantar Ikhwan balik kesekolah.
Kami terus ke rumah anakku di maran. Bertolak balik jam 6.00 ptg setelah ganti cermin sisi yang pecah tadi dimaran. Disimpang Chenor tak ada.
Singgah rumah Napi dekat kampung Embun. Setelah makan malam kami bertolak pulang lebih kurang jam 8.50 mlam. Kami sampai di kajang jam 11.20 mlm.

Sunday, February 10, 2008
PUISI RINDU BUAT SHARLINIE.....

MALAM INI ANAKKU
TELAH TIGAPULUH HARILAH KAMU HILANG
DAN MALAM INI JUGA
TELAH TIGAPULUH HARI JUGA LAH
KAU KU JEJAKI,
TAPI....DIMANAKAH ENGKAU?
TIAP SUDUT DESA INI TELAH KU INTAI, ANAKKU
TIAP LORONG KOTA INI TELAH SUSURI
TIAP LURAH KU TURUNI
TIAP BUKIT KU DAKI
HANYA KERANA ENGKAU ANAKKU.
GERSANG AIRMATA HANYA KERNA MENANGISI MU
TELAH KEMARAU RINDU KU KERANA MENGENANGMU
TIAP SUDUT TERATAK INI HANYA ADA KAMU
TIAP SUARA TERDENGAR ADALAH SUARAMU
TIAP APA YANG KU PANDANG ADALAH KAMU
TIAP APA YANG KU PEGANG ADALAH KAMU.
OH....KEMANAKAH AKAN KU SIMPAN RINDUKU
SEDANG HIDUP MATI MU TIDAK KU TAU?
MASIH TIDAK JEMU AKU MENCARI
KERANA RINDU TIDAK MENGENAL ERTI JEMU
KERANA KASIH TIDAK MENGENAL ERTI KECEWA
KERANA CINTA TIDAK MENGENAL PUTUSASA.
TERPANJAT DOA DALAM TIAP RUKUK SUJUDKU
SELAMATKANLAH KAMU, SELAMATKANLAN ANAKKU
TUHANKU....YA ALLAHKU....
AKU TAK BISA MEMINTA SELAIN KASIH MU, TUHAN
AKU TAK MAMPU MEMOHON SELAIN BELAS MU, ALLAH
ENGKAULAH MAHA PENGASIH
ENGKAULAH MAHA PENYAYANG
ENGKAULAH MAHA PEMUTUS APA YANG ENGKAU KEHENDAKI
KALAU AKU MENGASIHINYA AKU LEBIH MENYINTAINYA
JIKA ENGKAU MENGHENDAKINYA YA ALLAH
KERANA ENGKAU LEBIH MENYINTAINYA
KEMBALIKANLAH DIA MESKI SEMENTARA
MOGA IA TIDAK TERSEKSA DALAM RAHMATMU
KEMBALIKANLAH WALAU SEKEJAP CUMA
MESKI PUN HANYA JASADNYA......
AYAHMU
10.25 MLM
10022008

Friday, February 8, 2008
SEMALAM, HARI INI DAN ESOK
Kenangku
pada pesta semalam
betapa bisa ku sirnakan
dari bebayang impian
di mataku.
Disitu
ku lihat wajahmu terlalu ayu
tergantung di hujung rambutku
ah....senyummu terlalu manis
untyk sebuah kucupan
direkah bibirmu.
Kau lihat adikku
lima lima jariku membelai rambut mu
sejuts restu menguntum dikamar hatiku
ah....betapa lesunya sinar bulan
di hujung jarimu.....
Aku mau bersuara, dik
betapa akan ku tinggalkan engkau?
Pun
hari ini
sebuah kegelisahan meremang dijantungku
ah...betapa debarnya
tak bisa daku katakan
apa apa pada mu
meski dalam rindu
wajah mu di mataku'
Dan dalam lenaku
kau menjelma di mimpi
betapa ayunya wajah mu
di puncak malam
matamu begitu jernih
merenung bulan.
Ah....cintaku berbunga dik
mewangi didadaku...
Aku terkejut
oh..kenapa engkau tiada disisi ku?
lantas aku mengeluh
mau saja ku seru namamu
tapi bagaimana?
Dan untuk esok
apa yang akan ku bicarakan?
16041972
aku baru belajar menulis sajak
waktu mula ku kenal cinta...
pada pesta semalam
betapa bisa ku sirnakan
dari bebayang impian
di mataku.
Disitu
ku lihat wajahmu terlalu ayu
tergantung di hujung rambutku
ah....senyummu terlalu manis
untyk sebuah kucupan
direkah bibirmu.
Kau lihat adikku
lima lima jariku membelai rambut mu
sejuts restu menguntum dikamar hatiku
ah....betapa lesunya sinar bulan
di hujung jarimu.....
Aku mau bersuara, dik
betapa akan ku tinggalkan engkau?
Pun
hari ini
sebuah kegelisahan meremang dijantungku
ah...betapa debarnya
tak bisa daku katakan
apa apa pada mu
meski dalam rindu
wajah mu di mataku'
Dan dalam lenaku
kau menjelma di mimpi
betapa ayunya wajah mu
di puncak malam
matamu begitu jernih
merenung bulan.
Ah....cintaku berbunga dik
mewangi didadaku...
Aku terkejut
oh..kenapa engkau tiada disisi ku?
lantas aku mengeluh
mau saja ku seru namamu
tapi bagaimana?
Dan untuk esok
apa yang akan ku bicarakan?
16041972
aku baru belajar menulis sajak
waktu mula ku kenal cinta...
Thursday, February 7, 2008
BERNIAGA DENGAN RAKYAT.......
'AKU SEPERTI SESEORANG YANG SEDANG MENCARI MANUSIA YANG MASIH HIDUP DIDALAM TIMBUNAN MAYAT DI SINI'. Begitu kata Syed Abul Ala al Maududi didepan sekumpulan mahasiswa yang akan menerima segulung ijazah disebuah universiti diPakistan.
Mengapa beliau berkata begitu. sedangkan mahasiswa tersebut adalah manusia, bukannya mayat? Apakah mahasiswa kita juga adalah seonggokan mayat yang tidak ada gunanya kepada masyarakat kita? Apakah mahasiswa kita adalah mayat-mayat? Dan apakah didalam onggokan mayat mahasiswa kita masih bisakita temui seorang manusia yang masih hidup demi memperjuangkan survival manusia? masih bisakah? sedangkan di universiti universiti kita telah terlalu bobrok dengan segala penindasan dari pemerintah zalim Islam Hadharinya Dollar Badwi yang tidak pernah kenal erti dosa, apalagi untuk mengintai pahala?
Sekarang, Kerajaan Islam Hadhari sedang menghentikan perniagaan dengan rakyat. hen ti sementara kerana PRU12 dah dekat. Nak sambung berniaga tunggu lepas PRU12 nanti.
Rakyat akan diberi hutang sebelum pilihan raya meski pun hutang itu tidak perlu bagi rakyat. Tapi rakyat kena berhutang juga, suka atau tak suka, ambil atau tak ambil hutang itu, rakyat tetap akan ditagih untuk membayar hutang hutang tersebut, dengan bunga (interest) yang melambung tanpa ada apa apa surat perjanjian yang ditanda tangani antara dua pehak. Ya, terpaksa bayar kalau Islam Hadhari menang lagi pilihan raya ini. Rakyat perlu ingat. Kata Mahathir, 'FIKIR SEBELUM PANGKAH BN (iSLAM HADHARI).
Kenapa aku kata kerajaan Islam Hadhari berniaga dengan rakyat? Tak percaya?
1; Hospital telah lama diniagakan, berniaga dengan orang sakit. kalau berhutang dengan hospital, nama black list, silap haribulan tak boleh masuk hospital kalau sakit. Kerajaan berniaga dengan orang sakit. Suka ke tak suka, tetap kena bayar. Sedangkan kalau mengikut konsep negara Islam, perubatan kepada rakyat adalah percuma.
2; Belajar sekarang kena bayar. Tak ada duit tak boleh belajar. Sekarang kerajaan benarkan siapa yang ada duit buka universiti.Melambak universiti di negara yang sekangkang kera ni. Setiap negeri nak adauniversiti tapi tahap pembelajaran...taktaula macamana kualitinya. Universiti Malaya yang dulu menjadi kebanggaan negara sebagai antara universiti yang terbaik didunia sekarang dah merudum jatuh corot. Itu universiti yang paling awal diMalaysia. jadi, apa kualiti universiti sekarang selain nak kaut untung saja. Bukan beri pelajaran yang terbaik kepada rakyat. Lepas belajar kena bayar hutang PTPTN yang bunganya melambung. Keja gajinya tak seberapa, itu kalau pelajar itu dapat keje. peluang pekerjaan banyak di rampas oleh pendatang asing. Siapa bawa pendatang asing? Berniaga manusia lagi untung woo....semua kroni kaut. Halal haram tolak tepi, asal masyuk.....
3; Nak cerita gejala sosial yang makin terlungkup diMalaysia? Siapa penyebar gejala sosial ini? Ini pun satu perniagaan maaa.....tunggu episode akan datang.

Wednesday, February 6, 2008
kutuk sikit sikit jee........
ari ni aku cuti. malam tadi aku bali ke Keratong dengan anakku, Maryam dan Ikhwan. fizah tinggal dengan cucu ku,Mairah. dia keje esok, katanya. Sampai keratong jam 10.30 mlm, lebih kurang. Sebelum tu aku berhenti makan di simpang serting. Maryam tak nak makan.
pagi. aku kepejabat ambil tanda tangan pengurus untuk sekolah Ikhwan. Tak ada pulak pengurus. Kena tinggalkan dulu borang tu. Petang, ke Segamat satu keluarga,beli keperluan Ikhwan. kopaklah dekat RM300.00.
aku beli Wasilah. Wasilah sekarang okey. cantik. Muka depan Mahathir cakap "'FIKIR' SEBELUM PANGKAH BN"....HAI.....Mahathir sekarang macam pembangkang aje. terok Dollah Badwi kena hentam dek Mahathir kebelakangan ni.
Pilihanraya mungkin Mac ni, semalam Dollar Badwi dah dapat ilham bila nak pilihan raya, tapi masih tak istiharkan bila.Masih berteka teki lagi. Agaknya bimbang dengan faktor Anwar. Tapi kata Anwar, walau bila sekalipun Dollar Badwi nak adakan pihanraya dia tetap akan dapat ke Parliment. Adalaa caranya tu kan?....orang politik la katakan.
Kemungkinan empat orang MB gugur atau di pindahkan ke pusat oleh Dollar badwi. kita tengok nanti siapa yang kena....
BN sekarang dalam kritikal. Macam macam skandal. BN tengah menjunam. isu Hindraf, Demontrasi Bersih (22hb ni mungkin akan buat lagi demontrasi di K.T plak biar sampai si rasid raman tu letak jawatan). teroklah kalau jadi kaki bodek, macam tak tau dosa pahala. hai....apalaaaa yang aku melalut ni. kalau nak tulis, macam mavam aku nak tulis. lain kali pulak la, nanti tak ada modal. baru nak asah bakat.....

Tuesday, February 5, 2008
Ponteng..........?kah...kah...kah...
tak kerja harini. Ponteng. sebenarnya aku dah bangun pagi tadi tapi mata berat nak celek,tak tau kenapa. aku terlentang semula. lelap. sadar sadar matahari dah menggalah. sembahyang pun ponteng jugaaaaak......apa nak jadi aku ni. bangun tidur, tak makan apa pun. bini tak ada, balik kampung. nak masak sendiri.......oooo,malasnya....
aku bukak laptop aku, dah lama nak buat blog, tak jadi jadi. waktu dapat gaji aku terus beli buku panduan membena sebuah blog peribadi. cuba punya cuba....akhirnya berjaya juga......yaaahuuuu. bukan apa, saja aje nak cuba menulis....asah bakat.(dah tua nak asah bakat apalagi? saja mengada) ni la yang aku cuba tulis.... tulisla apa aje....merapu la apa aja, kita punya blog ikut suka kita la nak tulis apa...
kul 10.00 gi ka putrajaya, kepejabat tempat kerja. rupanya ramai yang ponteng.....
aku kena panggil mengadap, apa lagi.....kelentong dah sedia, kelentong aje la...tapi kelentong aku betul apa....aku kata anak aku dapat sekolah teknik, aku kena uruskan semua keperluan, memang betul apa, tatak tipu.last last dapat tambah cuti lagi. mampus aku bulan ni tak beduit, banyak cuti.
aku ke kay el naik erl, beli buku. tu la hobby aku sejak dulu. ada duit ke tak ada duit ke, buku tetap aku beli. kekadang tak habis baca lagi aku dah beli buku baru.
aku beli tiga buah, novel 'nama ku merah kirmizi, kamus hebrew-english dan sabuah buku belajar bertutur bahasa hebrew. kopak juga seratus lebeh.
malam aku bertolak kekeratong dengan anak anak ku. yatim nak buat majlis pertunangan anaknya si nurul. okey.....dah mengantuk......bini aku dah lama mimpi.

Subscribe to:
Posts (Atom)