Monday, December 6, 2010

MUNGKINKAH AGAMA HINDU ITU BERASAL DARI NABI IBRAHIM? BAGIAN 1

Mungkin pertanyaan sebagaimana judul tersebut akan mengelirukan. Kenapa keliru? Kerana sebagaimana yang kita ketahui bahawa Nabi Ibrahim a.s adalah seorang Hanif, beragama tauhid yang hanya menyembah Allah yang Maha Esa. Berbeda dengan keyakinan agama Hindu yang berkeyakinan kepada banyak tuhan yang menjadi sesembahan mereka.. Jadi bagai mana mungkin terjadi Agama Hindu itu berasal dari agama keyakinan Nabi Ibrahim? Pening.....
Ini hanya sebuah pendapat jer.....
kalau kita telitikan nama Nabi Allah Ibrahim a.s. sama dengan nama Abraham (dalam kitab Bible) dan Brahma (nama satu dari dewa Hindu). kan?
Beberapa dukumen sejarah ada memjelaskan bahawa Ibrahim, Abraham dan Brahma adalah orang yang sama. Dalam beberapa waktu yang berbeda, orang orang Arya yang terbahagi kepada beberapa puak adalah datang dari kota Ur, di Mesopotamia (Iraq sekarang). Dan kerana peredaran zaman, penduduk Ur (Urian) menjadi terkenal dengan pangilan Arya atau Aryan.Sebagaimana diketahui, Ur yang berada diMesopotamia adalah sebuah daripada pusat peradaban yang terkenal sebagaimana Babylon dan Nineveh. (Rujuk: A History of Ancient World; olehChester G. Starr, muka 29)

NABI NUH DAN MESOPOTAMIA

Nabi Nuh a.s. adalah datuk Nabi Allah Ibrahim yang kesepuluh. Ia di kenali sebagi Manu didalam kitab kitab suci agama Hindu/Brahma. Nabi Nuh a.s adalah penduduk asli Mesopotamia dan diutus oleh Allah sebagai Rasul di daerah tersebut. Kisah pembenaan bahtera dan banjir besar Nabi Nuh bukan sahaja tersebut dalam al Quran, tetapi terdapat juga dalam kitab kitab suci agama lain, juga terdapat dalam bentuk penceritaan lisan kepada berbagai bangsa didunia ini. Kisah tersebut dapat kita baca didalam Surah Hud dan al Mukminun
Didalam Kitab Bible: Kejadian; 6,7, dan 8. dan didalam kitab ugama Hindu terdapat dalam Mahabharata ayat bAB 3/187, dan didalam kitab Shata Patha Brahman ayat 1-8-1: 1-6.
Setelah banjir surut, anak anak dan keturunan Nabi Nuh serta pengikut pengikut nya yang setia telah memencar keberbagai tempat mengikut tujuan masing masing. Ada yang menyeberang ke Eropah, ada yang melanjutkan perjalanan keAfrika, China atau India, dan ada yang kembali menetap di Ur.
Sebuah hadits ada menjelaskan bahawa orang orang Romawi adalah berketurunan dari Sham bin Nuh. Orang orang Rusia, Moskow adalah keturunan dari Yafits bin Nuh, sebagaimana terdapat dalam kitab Kejadian: 10;2 dan di dalam kitab Yehezkiel:38;2,3.
Kejadian banjir Nabi Nuh ada suatu kejadian yang cukup mengerikan kepada penduduk penduduk Mesopotamia yang menurut penulis buku A History of the Ancient World pada halaman 40: "Suatu hikayat yang melukiskan dewa dewa marah dan mengirim banjir."
Anak Nabi Nuh, Sham mempunyai anak anak bernama Elam, Asyur, Arpakhshad, Lud dan Aram (Kejadian 10:22,23). Sedangkan anaknya yang bernama Yafits mempunyai anak anak yang bernama Gomer, Majuj, Madai, Yawan, Tubal, Mesech dan Tiras. (Kejadian 10: 2). Mereka ini lah yang mendirikan kerajaan disekitar Mesopotamia yang dinamakan dengan nama nama mereka masing masing.
Didalam kitab ugama Hindu, Adiparba Bab:85 dan Bonaparba Bab:51 dari kitab
Mahabharata berisi cerita tentang kerajaan Jawan. Kerajaan Assyria sangat menindas dan semua suku yang menduduki kerajaan tersebut sentiasa berada didalam ketakutan disebabkan penindasan yang keterlaluan. "Nama Assyria itu sendiri amat menimbulkn kepanikan kepada sesiapa saja yang mendengarnya": "dan " bahawa Assyria yang berkuasa sangat ditakuti dan disegani oleh dunia purba waktu itu." Kata penulis buku The History of the World. hal,28 dan 30 oleh John V.D Shourtworth.
Penduduk Ur sering diserang oleh orang orang Assyria dan oleh kerana itu mereka mulai menaruh pandangan rendah dan tidak menghargaimereka. Atas alasan inilah maka orang orang Hindu-Arya sangat memusuhi orang orang Assyur (Dari Rigveda Samhita halaman 28 dan 72, terjemahan Ramesh Chandra Batta)

malan ni ke kratong 10.....

Monday, June 28, 2010

ke ikm sp

semalam aku antar anak aku iqwan ke ikm sg petani. bertolak dari kajang. tidur dulu rumah fizah. maryam ikut skali. masa aku datang kekajang kete dah buat hal. air panas. aku berenti beberapakali untuk sejukkan injin. dah tu aku ikut jalan lama lak tu. baik baik boleh sampai sejam setengah dah jadi lima jam. nah, ambik kau. nak jimat tol konon.....
dari kajang aku bertolak jam 7.00 lebe skit. sampai sg. petani kul 3.00 la lebih kurang. malam tu tidur kat permaipura homestay. kopak rm130.00. bole la utk 4 orang. rumah okey, 2 tingkat. cantik dan bersih. kira macam hotel taraf 4 * bagi aku la. kau aku x tau. sekarang kalau nak jalan dan perlukan penginapan, cari homestay je, mudah.
pepagi jam hampir 8.00 aku checkout, dapat lak cenderamata sabuah surah yassin. allhamdullah. moga murah rezeki puan. t k.
sampai ikm minum kat kantin dulu. orang x ramai lagi. lepas tu baru g daftar..orang dah ramai. selesai daftar dekat tghari gak. prut dah kebulur. nak kena bli barang ikhwan lagi memacam, kunci, rantai locker, baju sluar, cadar....ptg dia ade taklimat. kenalaa aku tunggu sampai kul 5.00 baru bagi bebarang tu n bagi la skit duit poket. kalau x cukup nanti aku masukkan dlm akaun.
g penang ikut jembatan. rm7.00 jem lak skit pasal orang balik keje. cari homestayni pun penin gak tapi sampai gak. okey. dah ponat den.

Sunday, June 27, 2010

keikm sg petani

aku antar anak aku kesg petani.

Saturday, June 19, 2010

awas!!



cantik kan kaligrafi ni.....? tapi ini bukan ayat alquran ya.... ini kaligrafi dari INJIL!!

PERASMIAN DHPP ROMPIN



ARINI AKU GI KE KAMPUNG SEBAYAN DG ABANG AMID KERANA ADA MAJLIS PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS KAWASAN ROMPIN DIKAWASAN ORANG ASLI DITAJA OLEH TOK BATIN KAMPUNG TU, ADIK BEKAS CALUN PKR TAHUN 2004 DULU, DATO LONG JIDIN, SEORANG ASLI YANG MENJADI SENATOR PERTAMA DARI PUAK ORANG ASLI DI MALAYSIA. BELIAULAH YANG TELAH MEMBUKA MATA SEDIKIT BETAPA SENGSARANYA KEHIDUPAN ORANG ASLI YANG TERSISIH DARI PEMBANGUNAN DI MALAYSIA. INI LAH MALAYSIAKU....YANG PEMIMPINNYA ASYIK DENGAN MEMENUHKAN POKET SENDIRI SAJA. LEPAS PILIHANRAYA AKAN BANYAK LAH HUTAN HUTAN DAN PENEMPATAN ORANG ASLI AKAN DITEROKA OLEH CUKONG CUKONG BN/UPNO/APCO. ORANG ASLI AKAN MAKIN TERPINGGIR DARI PEMBANGUNAN. TANAH AKAN DIAMBIL TANPA PAMPASAN DENGAN SESUKA HATI MEREKA SAJA. RAKYAT MAKIN MERANA.
SEKARANG ADA URA URA SUBSIDI UNTUK RAKYAT AKAN DIHAPUSKAN. KONONNYA SUBSIDI TELAH MENYEBABKAN MALAYSIA MENUJU KEBANGKRAPAN. BETUL KE???? BIASISWA TELAH LAMA DI TARIK. RAKYAT DIDULUKAN SUSAH.....PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN. SATU MALAYSIA DAH TAU.....TU NAK TEMBERANG LAGI TOK UBAN NI. NAK BUAT ISTANA NEGARA BARU UNTUK AGUNG ADA LAK DUIT.....??? SITU JE DAH BERAPA RATUS JUTA.... ????( 811 JUTA ??? UNTUK SATU KELUARGA JE YANG DUDUK?) KALAU BUAT UNTUK RAKYAT ORANG ASLI DAH BERAPA BANYAK ORANG ASLI YANG KAYA. (KALAU IKUT AKU SENANG JE....BAGI SATU KELUARGA SATU JUTA JE.....DAH 811 KELUARGA DALAM MALAYSIA NI JADI JUTAWAN.....KAN? KAN?) ISTANA AGUNG YANG NI BUKAN X BOLEH DUDUK LAGI. LAGI PUN AGUNG ADA MOHON KE?? KAT ENGLAND TU....ISTANA BUCKINGHAM TULAH YANG DIDUDUK OLEH QUEEN DARIPADA DULU LAGI DAH BERAPA RATUS TAHUN DAH....OKEY JE? ATAU KRONI PUNYA PROJEK .......? INILAH MALAYSIAKU....YANG KAYA TAMBAH KAYA, YANG MISKIN PAPA KEDANALAH SAMPAI ANAK CUCU CICIT. UNDILAGI BN, NILAH PADAHNYA.