Wednesday, May 27, 2009
TIDAK MUNGKINKAH TUHAN TUHAN BERKERJASAMA....?
Sang penanya berkata lagi.
"Baik tuan, katakanlah Tuhan Maha Sempurna, Suci dan Kuat sehingga tak ada yang lebih bijak atau lebih kuat.Tapi itukan kalau dihubungkan dengan kita sebagai makhluk. Tapi kalau dinubungkan dengan sesama Tuhan bukan kah hal itu mungkin mungkin saja tuan. Dan kalau tidak mungkin apa dalilnya? Atau bisa saja malah diantara sesama Tuhan tidak bertengkar. Bisa saja bahkan mereka hidup rukun dan berkerjasama dalam penciptaan. Sehingga dengan demikian tidak akan ada perselisihan seperti yang anda katakan atau khawatirkan tadi. Sebab kalau kita saja suka kepada kerukunan, apalagi Tuhan. Dan kalau anda katakan 'tidak mungkin', kerana Tuhan tidak boleh berkerjasama kerana hal itu akan menunjukkan kekurangannya, apa dalilnya. Kita sesama makhluk berkerjasama,mengapa tidak mungkin sesama Tuhan berkerjasama? Bukankah hal itu tidak bisa dikatakan bahawa Tuhan bersifat seperti makhluk Nya yang kekurangan? Sebab, makhluk nerkerjasama dengan makhluk dan minta tolong kepada Tuhan, dan Tuhan berkerjasama dengan Tuhan dan mereka tidak perlu bantuan makhluk? Atau, katakanlah Tuhan mempunyai kesamaan sifatdengan makhluk, lalu kenapa? Misalnya anda katakan bahawa Tuhan mempunyai sifat wujud, hidup. Bukankah kita juga hidup dan wujud?"
Wah.........susah ni? (fikir sang guru). Yang satu masih belum terjawab datang lagi persoalan yang lain yang tak kalah susahnya. Mau saja di usirnya sang penanya ini, atau dia bangun saja meninggalkan majlis, malah mengajaknya bertengkar dan berkelahi saja, tapi (ia fikir) apakah begitu saorang yang mengaku pembela Islam? Membela Islam dengan kekurangan dan kebodohan? Ah........tidak......tidak.......aku tidak boleh berlaku begitu.
Kini dia semakin sedar bahawa ilmunya tidak dapat dengan baik menolong orang lain yang ingin mengetahui Islam. Maka dengan itu ia segera memutuskan untuk minta maaf atas kekurangannya itu dengan katanya:
"Maaf Tuan, dalam soal ini saya tidak dapat menjawabnya."
Tuesday, May 26, 2009
DARI BEIRUT KE JERUSALEM


Bagi sesetengah orang jenayah peperangan adalah dosa yang dilakukan oleh orang lain: dan itulah hakikatnya. Tetapi pada pagi itu, dan ditengah tengah bahang matahari Beirut,saya mengerti- rakyat Palestin dibunuh kerana, secara kolektif, kita membenarkannya berlaku.
Seperti peristiwa penyaliban Nabi Isa, sesetengah penganut Kristian menyalahkan pemimpin Yahudi ketika itu; sementara yang lain menyalahkan Pontius Pilate dan orang Rom. Malah ada pula pihak yang menyalahkan orang ramai yang menjerit, 'salib dia'. Justru, saya sering bertanya-"tangan siapakah yang dipenuhi darah rakyat Palestin?"
Stelah berkali kali memeriksa diri, saya membuat kesimpulan bahawa darah rakyat Palestin turut membasahi tangan saya. Sehingga kesaat itu, saya masih berprasangka dan bersikap berat sebelah. Saya tidak boleh memaafkan diri sebdiri dengan berlindung disebalik dakwaan kejahilan.
DARI BEIRUT KE JERUSALEM
DR.ANG SWEE CHAI.
Monday, May 25, 2009
DARI MANA TUAN TAHU BAHAWA........
"Tuan, bagi saya pertengkaran itu belum tentu membawa kehancuran. Sebab, tuhan tuhan itu kan berkuasa untuk tidak membuat kehancuran. lagi pula bisa saja tuhan tuhan yang lain itu membiarkan tingkah tuhan yang satu itu kerana mereka tidak memerlukan poengaruh dari manusia, tuan."
"Ah, .....hal itu tidak mungkin, tuan." kata sang guru,"Tak akan ada tuhan begitu. Ada yang buat masaalah dan ada pula yang mengalah...."
"Laa......Kenapa tidak mungkin? Apa alasannya, tuan?'
"Sebab, Tuhan itu Maha Sempurna" kata guru "kerana itu tidak mungkin ada yang lebih bijak dari Nya sehingga ada yang mengalah atas kelakuan Nya; atau Tuhan itu Maha Suci, hingga tak mungkin Tuhan itu akan saling berebut pengaruh; atau Tuhan itu Maha Berkuasa dan Kuat, hingga tidak mungkin ia membiarkan yang lain menganiayaiNya."
"Dari mana tuan tahu bahawa Tuhan mempunyai sifat sifat seperti itu? Dan bukan kah tuab sendiri yang mengatakan bahawa kalau ada lebih dari satu tuhan akan timbul persaingan? Lagi pula kalau anda boleh mengatakan bahawa tuhan tuhan itu akan bersaing, mengapa saya tidak boleh mengatakan bahawa sebahagian dari mereka ada yang mengalah? Bukankah yang saya katakan masih lebih baik dari apa yang anda katakan, sebab masih ada sebagian yang lain yang masih ada sifat kesempurnaan? Dan kalau saya dalam perkataan saya itu apa yang anda jadikan dalil untuk menyalahkan saya?" Soal sang penanya terus mendesak. Sang guru tak mampu menjawab. Dia bahkan hanyut dalam lamunan.
Celaka! Sang guru makin bingung. Kata kata sang penanya sekilas nampak lucu dan mengada ngada. Tapi.....bagaimana mau menjawabnya?.......Kalau dijawab dalilnya alQur'an, dalam hal ini alQur'an masih belum dapat dibuktikan kebenarannya. Dan justru sekarang ini dalam merangka membuktikan kebenaran alQur'an. Dan kalau dijawab semacam itu bererti untuk membuktikan satu ayat perlu ditunjang dengan ayat yang lainyang masih akan dipertanyakan kebenarannya, dan akan begitu seterusnya sampai akhir ayat alQur'an. Memang..... ia pernah mendengar golongan kaum Muslimin yang membolehkan penggunaan akal dalam agama walaupun dalam batas batas tertentu. Tapi dia tidak dapat memanfaatkan i;mu mereka, sewbab ia tidak sealiran dan memang belum mempelajarinya. Walau pun ia telah berpuluh tahun belajar dipendidikan Islam.
TUHAN HANYA SATU.....BUKAN TIGA!
"Tuan, anda tidak dapat berdalil dengan ayat yang mengatakan bahawa Tuhan hanya satu itu, lalu anda menutup kemungkinan bahawa Tuhan lebih dari satu." Ujar sipenanya.
"Kenapa?"
"Sebab anda sendiri tidak dapat membuktikan kebenaran ayat itu tuan, kerana keterbatasan akal sebagaimana yang anda katakan tadi. Dan mengenai alQur'an yang tidak bisa ditiru, bukankah telah saya katakan bahawa hal itu hanya membuktikan bahawa alQur'an datang dari Tuhan. Kerana ia mempunyai kekuatan yang tidak bisa dijangkau manusia, tapi tidak dapat dijadikan bukti akan adanya satu Tuhan." Ujar lagi saipenanya.
Wah..... Pening. Sang guru jadi pening. Ia tidak mengira sama sekali permasaalahan akan jadi serumit ini. Bahkan belasan tahun ia belajar, tidak pernah menghadapi permasaalahan seperti ini. Dan kitab yang di bawa oleh beberapa ekor unta itu tidak dapat menjawap pertanyaan sipenanya iniu. Ya, maklumlah, sang guru ini selama belasan tahun hanya belajar dipusat ilmu pengetahuan dari kalangan yang mengharamkan akal dalam agama. Kasihan....Akhornya kerana ia bingung, ia ganti bertanya.
"Apakah hal itu mungkin tuan? Apakah mungkin salah satu diantara Tuhan tuan menurunkan alQur'an dan merubah nama serta mengaku hanya sendirian?" Tanya sang guru.
"Ya, kalau hanya dari jawapan jawapan anda, hal itu mungkin saja. Apalagi anda pernah jelaskan dulu kepada kami bahawa seandainya ada dua Tuhan atau lebih, maka dunia ini akan hancur kerana mereka akan bersaing. Ya, barangkali mereka bersaing khususnya yang satu ini, mung ia ingin mendapatkan pengaruh dari manusia, maka dari itu ia mengaku sendirian dan menurunkan alQur'an. Dan tiga tuhan ini sebenarnya sekedar contoh, sesuai keyakinan kami. Akan tetapi barangkali sebenarnya tuhan malah lebih dari itu." Kata sipenanya tadi.
"Ini tidak mungkin, tuan." kata sang guru.
"Kenapa pula tidak tian?" tanya si penanya pula.
Friday, May 22, 2009
APA YANG RUMITNYA......?
"Tadi tuan mengatakan bahawa akal itu terbatas, dan anda mengatakan pula Tuhan ada dan Esa dari alQur'an. Sementara sekarang anda mengatakan bahawa kebenaran alQur'an harus dibuktikan sebelum kemudian mengimaninya. .....Wah......... kalau akal terbatas bagaimana caranya membenarkan ayat ayat alQur'an yang mengatakan bahawa 'Tuhan itu ada' atau 'Tuhan itu Esa dan lain lainnya?"
Sang guru terperangah....Dia bingung,bagaimana harus menjawab nya. Jelas sipenanya yang satu ini bukan sembarangan. Tapi dia berusaha menutupi kebingungannya, walau kurang berhasil. Dia bingun kerana permasaalahannya kian bertambah pelik, padahal sebelum itu tidak pernah ada permasaalah yang serumit ini. Dan satu satunya yang menjadi alat pembuktian kebenaran alQur'an selama ini, kerana tidak adanya orang yang mampu membuat satu ayat pun seperti alQur'an. Dia tidak tau mengapa dulu dia tidak mempermasaalahkan alQur'an seperti sipenanya ini. Tapi, seandainya ia pernah kafir atau dilahirkan dari ibu saorang kafir, maka ia akan tahu bahawa pertanyaan tersebut adalah wajar saja, dan mesti pula ada jawabannya. Tapi apa boleh buat, dia sudah terlanjur memasuki aliran 'anti akal' dalam memahami agama. Maka, tinggal satu lagi jawaban yang ia harap mampu memberi penjelasan mengenai kebenaran alQur'an kepada sang penanya tersebut.
"Tuan, Dalam alQur'an Allah berfirman, bahawa kalau manusia manapun tidak percaya dan ingin membuktikan kebenaran alQur'an maka hendaklah ia membuat satu ayat saja seperti ayat alQur'an. Tapi ternyata sudah beabad abad tidak seorang pun yang mampu melakukannya. Apalagi sampai sati surat, satu juz bahkan satu kitab. Dengan bukti ini dapat ditarik suatu kesimpulan bahawa alQur'an memang datang dariNya." Ujar sang guru. Yakin.
"Baik!" Kata siPenanya. "Dalil anda tadi hanya membuktikan bahawa alQur'an dari Tuhan, bukan dari manusia. Tapi, hal tersebut tidak dapat membuktikan bahawa Tuhan hanya satu. Sebab, seperti agama kami, Majusi, ada tiga Tuhan, iaitu Ahuramazda, Yazdan, dan Ahriman. Nah, barangkali alQur'an itu datang dari salah satu dari mereka. Apa jawab tuan tentang hal ini?"
"Ah....itu tidak mungkin, tuan!" Sergah sang guru.
"Kenapa?"
DAH AGAK DAH.......
KEPUTUSANNYA.......BETUL 1000%.......TAK PAYAH NAK ULAS. SEMUA SKRIP TELAH DISEDIAKAN OEH NAJISALTANTUYA........
Thursday, May 21, 2009
PERCAYA KEPADA ALQUR'AN DULU SEBELUM......

Rupanya sang guru ini belum faham juga. Dia pun bertanya.
"Kenapa aneh tua?"
"Dengan semua itu, iaitu alQur'an adalah ukuran segala galanya, termasuk ada dan satunya Tuhan dan tidak boleh dengan jalan lain, menandakan bahawa manusia harus beriman dulu dengan alQur'an itu tuan, sebelum mereka mengimani Tuhan itu sendiri. Bukankah hal itu cukup aneh?"
"E.....er....maaf, saudara, saya masih belum faham maksud saudara?" Tanya sang guru ingin penjelasan dari sang penanya.
"Tuan, apakah tidak aneh kalau manusia disuruh mengimani kata kata Tuhan sebelum mengimani adanya Tuhan itu sendiri? Atau mereka disuruh mengimani alQur'an terlebih dahulu sebelum mengimani adanya pengirim alQur'an?" Soal sipenanya.
Sang guru tertegun sejenak. Sekarang ia faham apa maksud sebenarnya soalan sipenanya. Dan ia ada jawapan untuk soalan itu. Maka ia pun berkata.
"Katakanlah itu aneh, akan tetapi yah......memang harus begitulah pada kenyataannya. Sebab, seperti yang saya katakan tadi bahawa akal kita terbatas, yakni tidak akan dapat mengenaliNya. Maka, dengan itu kita harus kembali kepada firman-firman Nya."
"Baik. ...Bererti manusia disuruh percaya kepada alQur'an lebih dahulu sebelum mempercayai Tuhan krerana keterbatasan akal mereka. Begitu bukan? Sekarang saya mau bertanya kepada tuan, bagaimanakah caranya supaya manusia mempercayai alQur'an?" Tanya sang penanya.
"Yah.....kita harus melihat bukti buktinya." jawab sang guru.
"Kalau begitu kita harus membuktikan kenaran ayat-ayatnya, bukan?"
"Benar." Jawab sang guru pendek.
"Wah.....permasaalahnya sekarang bertambah rumit." Kata sipenanya, mengeluh.
Kenapa rumit?