Monday, May 18, 2009
APAKAH AGAMA TUAN MENGUNCI MATI AKAL, TUAN?
"Tidakk" sanggah sang guru. "Agama kami tidak mengunci mati akal. Tetapi, yang menyangkut agama kami, mesti mengambil apa apa yang ada dalam alQur'an dan Hadits tanpa boleh bertanya kenapa demikian, misalnya. Sebab, sudah kami katakan bahawa akal manusia terbatas. Maknanya, tidak mampu menjangkau kebenaran hakiki. Berbeda dengan agama yang dapat menjangkaunya."
"Baik, lalu dengan apa anda membenarkan agama anda? Apakah dengan agama anda pula dan tidak dengan akal?" Sang penanya mendesak.
"Be...be...benar." Sang guru menjawap terpaksa, kerana tiada pilihan lain dan sedikit tergagap. Sebab yang selama ini ia pelajari adalah dalam menentukan segala sesuatu harus dengan agama, tidak boleh dengan akal. Lhaa....! Sekarang ditanya dengan apa mengatakan dan membuktikan agama Islam itu benar? Waah.....ini susah menjawabnya........
SABDA YESUS A.S.
Di kutip dari: The Muslim Yesus.
Tarif Khalidi.
Sunday, May 17, 2009
tERKEnanG KAmpuNG ku.....DOOOluuu...
untuk kekampung ku hanya ada satu saja jalan penghubung nya dari bandar tangkak. melalui sebuah ladang getah, aku panggil estate, milik sebuah syarikat inggeris. dari bandar tangkak kekampung ku terpaksa melalui sebuah hutan yang agak tebal juga yang ada sabuah sungai yang sangat jernih dan dalam airnya. ah....sangat sejuk dan nyaman. disinilah kami selalu mandi dan bermain. (tapi sekarang segalanya hanya tinggal kenangan kerana sungai itu telah kering kerana kerakusan manusia atas nama pembangunan).
sebuah jambatan kayu dibena melintasi sungai tersebut. ditebing sungai ditumbuhi dengan pokok kayu yang besar besar, ada yang lebih sepemeluk besarnya. ada yang hampir tumbang kedalam sungai, yaa,,,,sangat indah dan cantik. sungguh sebuah hutan malar hijau yang sempurna.
dari atas jembatan tersebutlah aku dan kawan kawan ku akan terjun diving seperti tarzan. ada juga yang berani terjun dari pokok yang hampir tumbang tersebut. dan ada yang lebih berani lagi akan terjun secara bergayut macam tarzan kedalam sungai dari dahan pokok yang tinggi sambil mengigit sebilah pisau dimulutnya. macam tarzan sungguh. sambil menjerit dan melaung juga macam tarzan.
ya....tarzan....waktu itu filem tarzan sangat sering diputar dipawagam dengan pelakun pujaan kami....johnny wesmuller......dengan rambut panjangnya dapat berkawan dengan binatang binatang dihutan.....sangat mengagumkan.....dan kami seperti sebahagian dari diri tarzan itu sendiri.
kami terjun...berenang....menyelam...kemudian kami akan melakunkan watak watak dalam cerita tarzan tersebut. ada orang jahatnya yang kami akan bergaduh dan bertumbuk. bertembak pakai senapang kayu. cuma yang tak adanya adalah jean, watak perempuan yang menjadi heroin filem tarzan itu. mana nak cari perempuan dalam permainan macam itu.
Saturday, May 16, 2009
SIAPA ALLAH....TUAN?
"Allah itu adalah tuhan pencipta kita dan alam semesta ini" jawab sang guru.
"Dari mana anda tau, tuan bahawa alam ini ada penciptanya dan Dia itu adalah Allah?"
soal sipenanya.
"Dari alQur'an" jawab sang guru. Pendek.
"Apakah Ia satu satunya Tuhan bagi sekalian alam ini, Tuan? Sebab dalam agama kamiada tiga Tuhan" soal lagi sipenanya.
"Benar saudara, Dialah satu satunya tuhan bagi sekelian alam ini. Dan mustahil adanya dua tuhan atau lebih" Jelas sang guru.Tegas.
"Dari mana anda tahu itu, tuan?" Tanya lagi sipenanya yang memang nampak ingin tau.
"Dari alQur'an dan al Hadits"
"Apakah tidak ada pembuktian yang lain selain alQur'an dan alHadits itu, tuan? Seperti failosof failosof yunani da Parsi. Walaupun hasil pembuktian mereka memang ada yang berbeda" Kata sipenanya yang kelihatannya memang banyak tahu tentang ilmu pengetahuan.
"Tidak ada saudara. Para failosof berusaha mengenalNya dengan akal mereka , Sedang kan akal sangatlah terbatas kemampuannya. Oleh sebab itu dalam agama kami dilarang menggunakan akal dalam mengenaliNya, dan juga dalam menentukan baik buruknya sesuatu kami harus kembali kepada apa yang dikatakan alQur'an atau Hadits saja." jelas sang guru penuh yakin memantapkan posisinya.
"Apa kah agama tuan mengunci mati akal?" soal si penanya ingin tau.
Thursday, May 14, 2009
TERKENANG DULU DULU.......
Inilah persoalan yang menjadi isu kerana aku sering bertengkar dengan kawan kawanku mengenai masaalah ketuhanan iaitu aku sering menyatakan/menanyakan kepada mereka:
"Kalau Tuhan itu adil dan Dia penuh dengan kasih sayang terhadap hambanya serta berkuasa terhadap hamba hambanya mengapa TUHAN MENJADIKAN MANUSIA BERBILANG BILANG AGAMA? MENGAPA DIA TIDAK MENJADIKAN HANYA SATU AGAMA SAHAJA? MENGAPA TIDAK TUHAN JADIKAN SEMUA MANUSIA BERIMAN KEPADANYA? BUKANKAH ALLAH YANG MENJADIKAN MANUSIA DENGAN KUASANYA DAN DIA BERKUASA MENJADIKAN SEMUA MANUSIA BERIMAN? TIDAKKAH DENGAN ITU DIA TELAH MENZALIMI HAMBA YANG DIA CIPTA SENDIRI DENGAN SEBAHAGIAN DIPILIH UNTUK MEMASUKU SYURGA DAN SEBAHAGIAN LAGI DIBIARKAN MEMASUKI NERAKA, SEDANGKAN IA BERKUASA UNTUK MEMASUKKAN SEMUA MEREKA KEDALAM SYURGA?
DIMANAKAH SIFAT TUHAN YANG ADIL ITU?
Dan banyak lagilah yang aku persoalkan sehingga aku dituduh telah sesat waktu itu. (Tapi dengan pertanyaan pertanyaan itulah aku dapat mencari kebenaran Islam yang telah menjawap segala pertanyaan tersebut sehingga keIslaman ku bukan kerana aku warisi dari keturunanku tetapi adalah hasil dari pengajianku sehingga aku tidak goyah dengan keIslamanku. Aku juga banyak membaca buku buku agama yang lain tetapi tidak ada jawapan yang aku cari. AlhamdulilLah, Islam telah mengajar ku erti kebenaran. Aku tidak menganut Islam kerana mengikut-ikut sahaja, walaupun amalanku kadang kadang rompong/rongak tetapi akidah ku tidak goyah.)
Ternyata persoalan yang terjadi kepada sang Prof. Jeffrey Lang telah mengingatkan aku kembali kepada apa yang terjadi kepada ku itu;
" JIKA TUHAN ADA DAN DIA PUNYA BELAS DAN KASIH SAYANG LALU MENGAPA ADA BEGITU BANYAK PENDERITAAN DIATAS BUMI INI? MENGAPA DIA TIDAK MASUKKAN SAJA SEMUA ORANG KESYURGA? MENGAPA DIA MENCIPTA ORANG ORANG DIATAS BUMI DENGAN BERBAGAI PENDERITAAN?
Kesimpulan yang dapat aku rumuskan dari kenyataan tersebut adalah KITA HARUS BANYAK BERTANYA UNTUK MENEMUKAN JAWAPAN.
Monday, May 11, 2009
MUNAFIK
"Apakah memang benar ada orang munafik, tuan? Sebab, kalau begitu mereka hanya berpenat penat serta sia sia mengerjakan sesuatu yang mereka tidak yakini?" Ujar sang penanya sedikit heran.
"Menurut sejarah serta alQuran, mereka memang benar benar ada" kata sang guru. "Bahkan semenjak dari zaman nabi lagi. Yang menunjukkan hal itu adalah adanya satu surah dalam alQuran yang dinamakan 'Surah alMunafiqun', yang bererti 'Orang orang Munafik. Atau dalam surah atTaubah ayat 101, disini bahkan dikatakan bahawa Nabi tidak mengetahui keadaan mereka itu. Ayat tersebut mempunyai makna demikian:
"Dan sebahagian orang orang desa yang ada disekelilingmu adalah orang orang munafik. Dan betu pula sebahagian orang orang Madinah. Mereka ketelaluan dalam kemunafikan. Engkau (Muhammad) tidak mengetahui mereka. Sedang kami mengetahui mereka".
"Lalu, untuk apa mereka berkelakuan begitu tuan?" tanya sipenanya kehairanan.
"Ya...Kami juga tidak tau. Mungkin mereka ada maksud tersembunyi, misalnya , untuk merosak Islam dari dalam atau untuk mendapat kepentingan duniawi lainnya, siapa tau. kata sang guru.
"Apa betuk mereka tidak dapat di ketahui, tuan?" lagi lagi sipenanya keheranan.
"Memang betul....ya, maklumlah namanya saja sudah munafik. Lain dimulut lain pula dihati. Dalamnya laut dapat diterka tapi dalam hati siapa tahu.Masaalah hati hanya Allah yang tau." Tegas sang guru dengan menghela nafas panjang.
"Siapa Allah yang dapat mengetahui isi hati itu, tuan?" Soal sipenanya.
Apakah jawapan sang guru?