Sunday, March 23, 2008

SATU TANDA ?.......

Kegaiban warna dari chinta yang terlena.
Apa yang ada padaku hanyalah airmata
yang menitis diaspal jalanraya. Dan dida
da desa ini ku tuang chinta dari nafas
daun daun. Rerama yang menari di kelopak
tanjung membawa bisik lembut nan jauh.
Oh, betapa dari perpisahan nan menjauh,
terasa dekat jua mata mu. Dan aku lah
yang tak akan jemu membacha puisi puisi
dan menatap bibirmu.............kekasih.

Dari nafas jalanraya dan deru mobil. Tak
tertangkap olehku apa yang kau lemparkan
Bahawa lambai yang mesra adalah lambai
yang lara, yang tak bisa ku bawa pulang
untukku dakap di mimpiku. Betapa laranya
jiwaku hanya Tuhan yang tahu. Dan harus
kau mengertikan bahawa senyumku bukanlah
setitik dari madu.

Dan relamu pada kembaraku nan jauh. Beta
pa siksa dan deritanya untukku leraikan
sebuah perpisahan. Engkau dalam mataku
dan tetaplah dimataku. Dengan lagu bebu
nga bambu dan ilalang bergeseran. Shorga
dalam matamu di asuh angin waktu. Lalu
lahirlah perchintaan ini yang kita ukir
bersama senja, kehidupan menemukan kita
akan kasih ajaib ini. Dengan bibirmu me
mendam penuh rahasia chinta.

Kekasih. Kalaulah beburung, rerama, dan
bebatu bisa berbichara,kita akan kembali
angkuh, kerana di gunung dulunya,saksimu
pun saksiku adalah beburung, rerama dan
bebatu yang kita injak dan kita pijak.
Itu adalah satu sumpah bahawa chinta
kita tak bisa diubah.

Di hatiku menyapa satu tanda ? kerana
dalam sesajakmu kau bicharakan perpisah
an. Aku bertanya....? di jiwaku tetaplah
punya tanda tanda .......?????


2261972

Wednesday, March 19, 2008

PEMILU 12 2008

MEMANG DAH LAMA AKU TAK MENULIS DALAM BLOG AKU NI, SEJAK SEBELUM PEMILU 12 LAGI. MEMANG BANYAK YANG NAK KU TULIS TAPI UNTUK JADI INGATAN KU NANTI, TAPI BILA AKU NAK TULIS AJE SEMUANYA BERSEPAI, HILANG BERDERAI DARI INGATAN.
MASA PEMILU 12 DULU AKU BALIK LA KE TEMPAT AKU MENGUNDI. AKU DAN ISTERIKU MENGUNDI DI KERATONG 5. SEBELUM PERGI MENGUNDI SEBELAH PAGI SEMPAT LA JUGA AKU JADI PACA TEMPAT PEMBUANGAN UNDI DI SEK KEB KERATONG 6. KERATONG ENAM......LUBUK MAS BAGI BN. TEMPAT PALING LIAT NAK PAHAM POLITIK. MUNGKIN DALAM DUNIA INILAH TEMPAT MANUSIA PALING.......HUUUUU.......BENGAP KEPALA OTAK AKU MEMIKIRKAN MEREKA.
PETANG AKU MASUK JAM 4.00 UNTUK MENGIRA UNDI. KAN AKU DAH KATA.....LUBUK MAS BN.....KALAU TAK KERANA PENGUNDI KERATONG 6 & 7 MAU TEWAS BN.
MALAM.....KEPUTUSAN MENGEJUTKAN.......5 NEGERI JATUH TERSUNGKUR...
ALHAMDULILLAH.....ALLAHU AKBAR!

Monday, February 25, 2008

Penamaan Calon; Rindu Kakak.......

HARI PENAMAAN CALON:
Ceh......SPR main kotor lagi. Nampak sangat nak menyusahkan calon calon dari parti parti alternative. Sekejap kata kena duty setem, tapi bila banyak calon BN yang tak dapat buat duty setem, batal pulak. Nampak sangat dipergunakan oleh BN. Ini apaunya SPR daaaa....patut pun gambar Rasid Raman di koyak rabakkan. Boneka BN aje dia tu.
Aku balik keKeratong dengan isteriku bercadang nak turut dalam perarakan pada hari penamaan calon tersebut. Tiba dah malam. Kemarkas kejap bertanya jamberapa berangkat.
Aku tak jadi pergi setelah semua mereka telah pergi lebih awal. Aku ambil keputusan untuk kembali keKajang melalui Tangkak, ziarah mak dan abah yang telah tua. Sampai Tangkak, mak tak ada. Ke Kulai, kata abah, kenduri rumah Pak Su, Adik mak. Pergi dengan kak Salmah.
Aku teringat pada kakak ku yang sulung, Kak Ramlah. Walau pun dia hanya kakak tiriku tapi alku sayang padanya. Dah lama benar aku tak jumpa. Rindu memang rindu, tapi aku susah nak pergi kerana kalau cuti banyak hal lain yang perlu aku selesaikan. Tak taulah bila aku akan menziarahinya. Sekarang ni dia selalu pula sakit sakit. Mak kata dah guna kereta sorong.
Keputusanya aku teruskan perjalanan balik melalui Jasin setelah aku minta izin dengan abah dan menitipkan sedikit duit. Sepanjang jalan, banyak poster telah mula terpasang. Sesetengah tempat bendera bulan hampir menyamai dacing. (Mana nak lawan bendera dacing dan poster mereka. Mereka ada penaja,Toke toke yang berkepentingan banyak melabur dengan perjanjian kalau BN menang mereka adan dapat habuan anugerah yang berlipat, dan dengan itu rakyat lah yang akan menanggung bebannya nanti dengan berbagai kenaikan).
Aku harap dan berdua kali ini BN akan kecundang kalu rakyat pandai menggunakan kesempatan. Berilah peluang BA memerintah. Rasakan perbezaannya.
Kepada rakyat Malaysia berfikirlah sebelum memangkah undi anda. Kita telah rasai 50 tahun pemerintahan BN. Dah tau tipu belit BN. Tukar la sekali....

Wednesday, February 20, 2008

XXX TAUUUU WOOOO....!!!!!

BANYAK YANG INGIN KU TULIS, TAPI DARI MANA AKAN KU MULAI?
TENTANG ANAK ANAK, TENTANG AGAMA, TENTANG MANUSIA,TENTANG HIDUP, TENTANG MATI, TENTANG PERANG, TENTANG DAMAI........TENTANG......TENTANG ......SEGALANYA MENCELARUKAN KOTAK FIKIR KU.
SELURUNYA PENTING.....PENTINGKAH?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG ORANG LAIN PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG HIDUP DAN MATI PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG DAMAI DAN PERANG PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG ANAK ANAK PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG SYURGA DAN NERAKA PENTING?
APAKAH MEMIKIRKAN TENTANG SIAPA YANG AKAN MENANG PILIHANRAYA INI PENTING?
PENTINGKAH........??????
SIAPA KAH AKU YANG MAHU MEMIKIRKAN SEMUA ITU?
SIAPA AKU??????
AKU HANYA MANUSIA KOTOR YANG PENUH DOSA APAKAH MASIH BISA MEMIKIRKAN TENTANG SYURGA ALLAH? dOSA YANG JIKA KU HITUNG MAKA AKU SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK MENIKMATI WALAU SEDIKIT PUN BAU SYURGA ALLAH.......AHHHHHHH AKU TAK TAU......

Pilihanraya........??

Pilihan raya dah dekat. Sejak pembubaran parliment, kotak fikirku tak henti berputar. Macamana ni? Nak balik, aku dah banyak cuti kerana pertukaran sekolah anakku dulu. Tak balik.....sapakah yang sedang berjuang disana? Berapa orang saja yang tinggal? Aku sekarang berkerja diPutrajaya. Wah.....Masaalah.....Masaalah....
Zaini beberapakali talipon aku tanya bila balik. Siapa akan bertugas sebagai polling agent nanti? Siapa yang akan mengira undi?........Ahhhhh.......Pening...Pening.....
Aku, kalau dapat balik pun mungkin saat akhir waktu nak mengundi nanti. Ahhh....kena balik juga walau sekejap.
Balik kerja s'malam, isteriku beritau Adik talipon suruh ambil dia Junaat ni. Mana boleh... aku kerja petang Jumaat tu. Hai budak ni...Dia ingat kita senang senang aja ke ....Ahh.. entahlah...
Jangan banyak fikir.....pening......
Aku baca beberapa blog semalam.. Paling aku minat Faisal Tehrani....Macamana nak hubungi dia? Aku baru belajar tak tau lagi nak buat blog bagi cantik.
AHHHHHH....cukuplah sampai sini.......Pening.......

Kepala Kepala Perang

Pilihanraya dah dekat. 8 mac 2008. tah kenapa bila aku selak balik buku saja tulisan tangan aku yang lama, t'jumpa plak satu sajak aku tahun 1972 dulu b'tajuk: KEPALA KEPALA PERANG. Agak aku sesuai dengan musim pilihan raya ni.....

KEPALA KEPALA PERANG.


Kepada ku iya,
kepadaku engkau ulurkan
senapang
kau berikan bom bom
dan mesingan
dan dengan angkuh
kau memerintahku
untuk memburu
memburu
dan terus memburu
manusia manusia yang kau namakan
pengganas pengganas
yang kau katakan
binatang binatang
untuk aku membunuhnya
dan terus membunuh
tanpa belas kasihan.


Engkau, kepala kepala perang
menunjuki peta peta dan
menchontengnya dimana suka
tapi
engkau sendiri tidak pernah pergi
engkau sendiri tidak pernah munchul
di medan medan perang
untuk berjuang dan membunuh
mereka mereka
yang sebenarnya memusuhi kamu.

Engkau,
kepala kepala perang yang angkuh
merunchingkan jejarimu dengan
hujung hujung senapang
untuk menggugurkan
satu....satu...manusia
dengan perantaraanku
demi jiwamu tidak hanchur keran
diburu maut peperangan
atau
hanya bersemnunyi di balk-balek meja
yang mengandungi peta peta
asal saja
peluru dan bom bom
tidak bisa memburu mu!


APRIL:13, 1972.
(AKU GUNA EJAAN LAMA, SAJA NAK INGAT)

Monday, February 18, 2008

malaysia vs iran

Dah lama tak tulis dalam blog aku ni. Tak tau apa nak tulis.
pagi pagi lagi, lepas arapan aku buka internet, baca beberapa laman blog.
ahhh.....Aku hampir menangis bila aku baca sebuah laman blog mengenai Presiden R.I.Iran....oh....alangkah bertuahnya rakyat Iran mendapat saorang presiden yang begitu rendah hati, warak dan .....alangkah bertuahnya mereka?
Pergi kerja dengan kereta buruknya dengan bekalan yang di bekalkan oleh isterinya.
Beg yang dibawanya bukan berisi pistol, bukan berisi laptop yang mahal tapi....berisi bungkusan bekalan yang disediakan oleh isterinya....
Bandingkan dengan pemimpin Malaysia.....baru peringkat ADUN sudah mewah dengan rumah puluhan juta ringgit.....oh...jauh bezanya bagai langit dan bumi....Inilah yang ditunjukkan Islam......
tapi apa boleh buat...rakyat Malaysia masih meraba dalam politik....Masih ramai yang tak dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.....Sabar.....Insya'Allah mereka akan sadar apabila tekanan semakin menghimpit nanti.....masa ni masih ramai yang tak terasa.
memang benarlah kata saorang pemikir politik barat....kalau rakyat miskin, mereka akan mudah diperintah kerana rakyat miskin tak sempat nak fikirkan politik negara, mereka lebih banyak menumpukan masaalah rumah tangga dan keluarga mereka.
Hai....PRU 12 dah dekat....rakyat malaysia....berfikirlah sebelum mengundi. janganlah kerana duit dua tiga puluh ringgit sanggup gadai maruah. BN dah banyak pelingkup harta rakyat, Pilih lah yang terbaik. Jangan takut nat tukar kerajaan. Cuba sekali, Kalau kerajaan BA pun dua kali lima macam BN PRU akan datang tukar lagi. Tapi kita tak mau ke pemimpin yang warak macam nik Aziz, haji Hadi, Anwar Ibrahim?